Pageviews

11 Mei 2015

Blog sedang dikemaskini | New Thesis SEO v3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Blog sedang dikemaskini | New Thesis SEO v3


Pertama kami mohon maaf kerana kedudukan dan susunan dalam blog ini agak celaru.  Ini adalah kerana YangBaik sedang dalam proses mengemaskini blog menggunakan template baru iaitu New Thesis SEO versi 3.  Template ini baru saja dibaca dari blog otai SEO melalui entri INI.

Untuk rekod berikut adalah paparan awal blog YangBaik untuk hari ini.

New Thesis 1


New Thesis 2


Nantikan perubahan seterusnya yang bakal berlaku sedikit waktu lagi.

Semangat SEO baru... yezzzaaa

Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri


YangBaik nak bebel sekejap mengenai tanggungjawab kepada diri sendiri.  Tajuk entri idea spontan yang datang tiba-tiba ketika dalam perjalanan ke bilik air di pejabat.  Nampak tak?  Kalau dah namanya blogger apa saja yang terlintas di minda pasti akan menjadi tajuk.  Cuma bezanya cara kita mengolah mengikut kefahaman dan kebijakan kita dalam membuat karangan.

Kalau nak menyusun mengikut turutan keutamaan tajuk selalunya YangBaik memang akan kalah. Kalah dengan diri sendiri yang tidak bijak menyusun ayat dan kata-kata.  Sama juga bila bos suruh buat surat, dua tiga jam baru nak siap.  Bukan senang nak faham kehendak soalan dan kehendak tajuk.


GMBM 1st GIVEAWAY 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GMBM 1st GIVEAWAY 2015


Assalamualaikum !! Alhamdulillah,sempena Hari Ibu 2015,buat julung-julung kalinya kami berjaya melancarkan satu segmen yang di taja sepenuhnya oleh sebahagian ahli Grup Mama Bloggers Malaysia [GMBM]. Segmen ini di adakan adalah untuk memanjangkan ukhuwah sesama blogger yang menyertai segmen ini. Hadiah yang di tawarkan dalam segmen ini juga sangat menarik dan berbaloi untuk di menangi. Masa pelancaran segmen selama sebulan memberi lebih peluang penyertaan dan memenuhi syarat bagi para peserta.


http://grupmamabloggersmalaysia.blogspot.com/2015/05/gmbm-1st-giveaway-2015.html

09 Mei 2015

Pemenang Giveaway 1st Anjuran Luarteko.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang Giveaway 1st Anjuran Luarteko.blogspot.com


Masih lagi bercerita mengenai hadiah harijadi.

Beberapa kali buat entri penghargaan kepada penganjur menjadikan YangBaik kehilangan idea, tak tahu nak tulis macam mana lagi.  Nak kaitkan antara penyertaan, penganjur dan kemenangan.  Yang pastinya ucapan terima kasih tidak terhingga kepada LuarTeko atas pemilihan ini.

Mengambil petikan dari entri LuarTeko berkenaan senarai pemenang, terdapat seramai 57 orang blogger telah menyertai giveaway yang pertama ini.  Daripada 57 peserta, seramai 17 blogger yang bertuah telah dipilih menggunakan khidmat encik random.org.  Sekali-sekala mesra pula encik random.org.  Namun itulah yang dinamakan rezeki, silih berganti.


Mencari maksud cikai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mencari maksud cikai


Cikai... bukan satu perkataan baru atau bukan baru dibaca.  Cuma YangBaik sedikit musykil dengan maksud, cara guna dalam ayat dan untuk apa perkataan cikai itu digunakan.  Kenapa nak cari maksud cikai?  Bukan untuk buat thesis jauh sekali untuk tujuan SEO. Sebabnya perkataan cikai itu sendiri tiada dalam kamus google.  Entahlah google nak bagi maksud yang bagaimana untuk perkataan cikai. Sekali lagi YangBaik tewas dengan SEO... sungguh lah tak faham.

Baiklah bagi tujuan mendapatkan maksud yang akademik sikit, maka dengan gigihnya YangBaik pun mendapatkan khidmat encik DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka) melalui laman web PRPM.

Nak tahu apa maksud cikai sangat kan...

Nah ... tengok dan baca sendiri.

Maksud cikai

"Cikai atau chikai tidak ada dalam pangkalan data kami. Berkemungkinan kata tersebut merupakan bahasa basahan yang dituturkan dalam komuniti setempat"

Nampak soalan itu ditanya dari tahun 2013 lagi.  Sehingga tahun 2015 masih belum ada jawapan yang akademik.  Berapa tahun tu?  Kiralah sendiri.

Nak tahu juga kenapa YangBaik cari maksud cikai.  Untuk apa susah-susah.

Nih... sebab ni pulak...

Blog cikai


Nak tahu dari entri mana?

Meh baca kat SINI.

Jadi, sekarang ni sedang gigih berusaha untuk buktikan bahawa blog YangBaik bukanlah blog cikai.

Sekian.

Bloglist Awesome di Blog CekguNorazimah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bloglist Awesome di Blog CekguNorazimah


Alhamdulillah.  Sekali lagi terpilih masuk ke dalam senarai bloglist CekguNorazimah (CN) bagi bulan Mei - Jun 2015.  Rezeki bulan lagi bersempena dengan bulan kelahiran.  Sudah beberapa hari entri ini tertangguh kerana memberi ruang kepada entri lain.

Pemilihan ini dibuat menggunakan khidmat random.org oleh CN bagi penyertaan ke dalam Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN yang telah diadakan mulai 1 hingga 30 April 2015.


08 Mei 2015

SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ



Suka kan dapat join segmen.  Tambah-tambah lagi segmen yang ringkas dan mudah.

Kali ini Papaglamz mengajak rakan blogger catwalk.  Nak catwalk kat mana pula tu?  Meh kita tengok apa yang Papaglamz nak buat dengan sesi Catwalk kali ini.


http://www.papaglamz.com/2015/04/Project-runnaway-catwalk-next-top-model.html



SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN MENJELANG RAMADHAN 2015


Selagi ada segmen, yang mana sempat kita join.  Ada juga segmen yang kita tidak dapat join sebab kita tidak tahu, sedar-sedar dah tamat ada juga segmen yang dah keluar keputusan pemenang... baru tahu jugak pun ada.

Tu lah nak menunjukkan betapalah ramainya rakan blogger kita yang rajin anjurkan segmen.  Bukan susah sangat nak beri sokongan kepada segmen rakan blogger.  Buat entri ringkas jer tak perlu panjang berjela.  Bukan macam contest SEO yang memerlukan kita memerah otak bagai nak cari idea dan karang panjang lebar mengikut kehendak SEO.  

Kan... toksah la pening-pening sangat pasai SEO nie.  Tengok jer segmen ni... bersempena dengan Ramadhan yang bakal tiba.  


15 koleksi ucapan bergambar hari Jumaat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


15 koleksi ucapan hari Jumaat


Salam Jumaat, penghulu segala hari.  Semoga hari ini membawa seribu rahmat dan kebaikan dalam hidup kita dunia dan akhirat.

Teruja sebenarnya nak keluarkan entri ini.  Saban hari ada saja yang singgah bertanya mengenai mutiara kata atau hikmah berkaitan hari Jumaat.  Justeru, dengan gigihnya YangBaik kumpul semua mesej yang diterima dan terbitkan semula untuk tontotan bersama.  Semoga ada sedikit kebaikan dari apa yang telah diusahakan.

Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah


Terima kasih rakan blogger 3.15

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Terima kasih rakan blogger 3.15


Kali tiba giliran blog list 3.15 pula dibubarkan.

Bukanlah satu kejutan bagi YangBaik untuk mengeluarkan senarai rakan blogger yang telah diikuti sepanjang bulan Mac sehingga ke hari ini.  Tujuan bloglist ini dibubarkan adalah untuk memberi peluang kepada YangBaik memasukkan rakan blogger yang baru diikuti mulai Mei.

Rakan blogger Mac 2015 ini akan sentiasa dikunjungi bila berkelapangan.