Pageviews

30 April 2015

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah


Apa juga cabaran dan halangan, hidup mesti diteruskan.
Kehidupan pastinya membosankan sekiranya tiada perubahan atau penambahbaikan. 
Namun, pastikan perubahan itu membawa kepada kebaikan untuk hidup kita dunia dan akhirat.
Penambahbaikan dari segi kekuatan jiwa dan mental untuk berhadapan dengan sebarang kemungkinan yang akan tiba masa depan... 

Intro di atas tu pastinya membosankan kerana tiada kaitan dengan segmen yang saya join kali ini.


Jom lah kita tengok ada apa dengan segmen kali ini...


29 April 2015

Siapa orang yang beradab

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Siapa orang yang beradab


Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. (Khalifah Abdul Malik Marwan)


Muliakah kita

posted from Bloggeroid

Doa untuk kebaikan diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Doa untuk kebaikan diri


Doa

posted from Bloggeroid

5 jenis ubat hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Obat hati ada lima : (1) Membaca al-Qur'an dengan disertai tadabbur (merenungkan maknanya), (2) mengosongkan perut (berpuasa), (3) shalat malam, (4) Berdoa dan memohon ampunan di penghujung malam dan (5) bermajelis bersama orang-orang shalih

(Ibrahim al-Khawwash)


28 April 2015

segmen: saya sayang blog saya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

segmen: saya sayang blog saya


Bestkan ada blog.  Hari-hari update blog.  
Saya sayang blog saya.  Walaupun ada hari saya tidak dapat update blog saya tidak bermakna saya tidak sayang.  Kerana sayang blog jugalah saya berhati-hati bila menulis, bimbang ada hati yang terluka.

Kali ini sikit sangat yang dapat nak dibebelkan.

Banner Segmen

Klik sini


27 April 2015

Jangan sewenangnya bicara tanpa ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Barangsiapa berbicara tentang perkara agama tanpa didasari ilmu maka sesungguhnya ia telah berdusta walaupun ia tidak berniat untuk berdusta secara sengaja dengan ucapannya tersebut.

(Ibnu Taimiyah)

24 April 2015

Giveaway 1st Luarteko.Blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway 1st Luarteko.Blogspot.com


Join giveaway lagi.  Giveaway dari rakan blogger yang namanya agak unik iaitu luarteko.  

Tiba-tiba malas pulak nak tulis panjang lebar.  Walaupun sifu dah pesan dalam entri kena tulis panjang sebelum gambar supaya jadi mesra SEO.  

Ha kau... dalam entri GA pun ada SEO juga ker?


23 April 2015

Dia melukis lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dia melukis lagi


Malam ini, ketika entri ini dikeluarkan dia masih lagi melukis.

Petang tadi katanya letih, nak mengaji pun tak larat. Alasan yang baik juga sebab dari pagi sampai petang belajar, masa rehat pun sejam dua saja.

Tadi lepas hantar mengaji, umi dan ayah dengan senang pi shopping barang dapur. Bukan suka-suka nak tinggalkan dia, tetapi dengan harapan selepas mengaji boleh dua balik rumah terus tidur atau paling tidak rehat depan tv.

Giveaway I AM Keychain by Hidayuayumie

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway I AM Keychain by Hidayuayumie


Jemu juga buat entri tanpa ada Giveaway.  Rasa macam sunyi jer blog nie. Jadi blogwalking ke blog rakan blogger terjumpa pula GA ni.  Kita cubalah, selain tumpang trafik boleh juga berkenalan dengan rakan blogger baru dan tambah kenalan

Bila join GA atau segmen baru rasa meriah... ewahh. Perasan jer. Dah memang blog ni dari dulu sunyi.  Sebab ownernya tak mesra alam.  :P

Tak sempat nak membebel panjang lebar.  Jom kita tengok apa yang ditawarkan melalui Giveaway By Hidayu Ayumie. 

Bagaimana mendapatkan kekuatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana mendapatkan kekuatan


Bagaimana hendak dimulakan hari yang penuh dengan cabaran.  Setiap hari ada saja cabaran. Setiap cabaran yang kita tempuhi itu secara tidak langsung memberikan kita kekuatan... sedikit demi sedikit. Kita kadang-kadang tidak sedar ada di antara cabaran itu hanya kecil sahaja tetapi mampu mengubah cara kita berfikir dan bertindak.  Ada sebahagian pula cabaran dilihat sebagai terlalu besar tetapi tiada tindakan yang diambil... mungkin juga kerana terlalu sukar untuk dihadapi.

Jam tangan Guess 

gambar hiasan

Jam tangan berjenama, contohnya Guess pastinya menjadi sebahagian daripada kekuatan untuk kita. Untuk mendapatkan jam tangan berjenama yang asli pada segelintir orang mungkin tidak sukar tetapi agak sukar bagi kita yang kurang berkemampuan.  Dengan sumber kewangan yang terhad terpaksa dibahagikan kepada beberapa bahagian, mana mungkin kita mampu memiliki jam tangan berjenama asli.

Walaupun jam tangan itu hanya sebagai kekuatan untuk kita di dunia, kita tidak seharusnya leka dengan kekuatan yang wajib kita tempuhi untuk mendapatk kebaikan di akhirat sana... suatu tempat yang abadi tanpa pengakhiran.  Kekuatan kita yang abadi adalah doa, ikhtiar dan tawakkal.

Semoga kita beroleh kekuatan dan kemenangan.