Pageviews

08 Julai 2014

Juadah istimewa berbuka puasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Juadah istimewa berbuka puasa



Bersempena dengan bulan puasa dan juga bulan Ramadhan banyak juga orang mencari sesuatu yang berkaitan dengan puasa atau Ramadhan antara carian yang paling popular ialah lokasi PARAM atau Pasar Ramadhan.

Saya tidaklah nak bercerita mengenai PARAM kerana saya amat jarang ke PARAM untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.  Tetapi suatu hari nanti mungkin ada artikel mengenai PARAM belum tentu juga sebab saya memang malas nak mengarang panjang.  Sekarang pun Rank Alexa dah jatuh banyak sebab saya tak banyak berceloteh di bulan Ramadhan.  Banyak entri copy paste.  Kalau ada ayat pun sekadar sepatah dua kata tidak lebih dari pengenalan dan minta pengunjung fikir sendiri kerana saya malas nak fikir :P

Catatan kali ini adalah untuk berkongsi pengalaman mengenai penyediaan juadah istimewa berbuka puasa.

  


Ha... gambar tertera di atas bukanlah koleksi juadah istimewa sempena Ramadhan tetapi selepas Ramadhan. :P

Nak tengok juadah istimewa berbuka puasa?

Meh ... layan gambar-gambar di bawah :-

Menu wajib setiap kali buka puasa; Kurma 

Hasil air tangan encik suami; sup bubur ayam.  Mengapa sup ada bubur ayam?  Sebabnya encik suami dah terlebih kreatif masukka tepung jagung dalam sup untuk memekatkan kuah sup.... layan  jer

 
Budak kecil yang sentiasa 'puasa' setiap hari.  Siap saja hidangan dia dulu yang jadi tukang rasa.  Roti Prata ... beli bukan buat kerana belum ada kepakaran dalam menghasilkan roti prata yang nipis :P


Bila ayam dah tinggal sikit, sayur pula masih banyak.  Buat saja ayam goreng kunyit dan sembunyikan dengan sayur campur.


Akhir sekali setiap juadah yang dihidangkan hendaklah ditutup dengan tudung saji supaya tidak dihinggapi lalat.  Paling penting untuk kesihatan.


Apa macam?  Boleh cuba menu juadah istimewa berbuka puasa saya?
Gambar-gambar di atas memang sengaja bagi kecil supaya tidaklah lambat sangat nak muncul.  Kan banyak gambar tu... berat weh.

Nanti bila lapang lagi saya letakkan pula gambar lain berkaitan menu dan juadah istimewa berbuka puasa.

Terima kasih kerana sudi melayan gambar juadah yang tidak seberapanya ini.







THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




THEBEST GIVEAWAY BY ADAMFAIZ


Jemput join GiveAway ni ramai-ramai ! Para peserta berpeluang memenangi hadiah best seperti monopod ,produk shaklee,tudung bawal,purse,kain sulam,crystal brooch dan banyak lagi ! 

KLIK BANNER ATAU KLIK SINI UNTUK JOIN

Zikir Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Zikir Ramadhan 

sumber :  group whatsapp

Bulan Ramadhan yang penuh berkat dan rahmat ini ada baiknya dipenuhkan dengan zikir.  Supaya lebih mendapat berkat dan mengelakkan dari perkara yang tidak berfaedah.

Semoga bermanfaat.




05 Julai 2014

Sahabat atau musuh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sahabat atau musuh

Langit tidak selalu cerah?  Gambar hiasan

Janganlah Anda termasuk ke dalam golongan orang yang apabila mereka berada di tengah orang banyak, mereka menjadikan Iblis sebagai musuh. Akan tetapi, ketika mereka menyendiri, mereka menjadikan Iblis sebagai sahabat dekat.
(Sahnun)


(^-^)

04 Julai 2014

[Puisi] Kerana hati itu bisu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kerana hati itu bisu















Kerana hati itu bisu
Dia tidak bisa bersuara
Dia menerima seadanya
Dia tidak rapuh... dia tidak sekeras kaca mahupun batu

Kerana hati itu bisu
Dia adakalanya sepi... biarpun di kelilingnya riuh
Dia rela sendiri ... mencari erti

Kerana hati itu bisu
Dia tidak akan pernah bersuara
Kerana suara tiada pada dia... peti itu disimpan rapi
Nada suaranya pasti sumbang

Kerana hati itu bisu
Dia menjadi nanar
Dia kehilangan kata juga suara
Dia seperti mati .... tanpa jenazah tanpa keranda tanpa pusara

Kerana hati itu bisu
Dia masih lagi bernafas
Nafasnya bukan di dalam lumpur
Nafasnya berbau hampa... hancur luluh bertebaran di ruang kedap

Kerana hati itu bisu
Dia semakin sayu
Menatap aksara serupa batu
Mengukir senyum seumpama duri

Kerana hati itu bisu
Dia rela terima biarpun perit
Dia tak akan bersuara biarpun pedih
Dia rela tangis itu menjadi teman... hatta tawapun menjadi hambar

Kerana hati itu bisu
Dia di sini lagi mencari damai
Kepada Yang Maha Besar tempat mengadu
Tempat mensuci hati yang bisu....
Menanam kesumat dikalbu ... biar kelodak itu berlalu
Menebar jala keampunan ... serkap rindu biar bertamu
     dipintu Mukarramah harapan menunggu


Nukilan:  yangbaik | 472014 | 6 Ramadhan 1435 | 14:00


Cara mensyukuri nikmat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cara mensyukuri nikmat

Buku menjadi sumber rujukan ilmiah.  gambar hiasan

Cara mensyukuri nikmat ilmu adalah dengan mengamalkannya. Adapun cara mensyukuri nikmat amal adalah dengan menambah ilmu.
(Sahal bin Abdullah)


(*-*)






03 Julai 2014

Bila rasa nak demam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bila nak demam


Bila nak demam macam-macam ragam.
Malam tadi, lepas berbuka puasa sibuk sangat minta nak makan ubat.
Bila tak nak bagi... macam-macam alasan dia bagi.  Sakit telinga, sakit kaki, sakit mata dan demam.
Macam dah tiada benda lain nak dimakan... ubat juga yang jadi sasaran.

Pagi ni... bukan dia yang demam tetapi umi dia yang dah semacam. 
Badan ni dah rasa semacam.... dedor jer
Mungkin juga sebab perubahan cuaca... atau dah memang nak demam maka demamlah .... yer.
Bersilih ganti dengan ayah dan kakaknya yang dah demam
Dah satu rumah mana lagi nak lari

Petang ni kena siapkan jintan salai pulak.






Sahabat yang baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sahabat yang baik


Sahabat yang baik adalah:
1.  apabila dipandang wajahnya membawa kita mengingati Allah
2.  mendengarkan katanya menambahkan ilmu
3.  terlihat gerak-gerinya meninggikan rasa takut kepada Allah
4.  berkawan dengan berjuang ke jalan Allah

Sebaik-baik sahabat dapat membantu kita ke syurga bukan ke neraka.


Semoga kita menjadi sahabat yang baik kepada anak-anak kita dan orang sekeliling kita.