Pageviews

21 Ogos 2013

Gambar untuk hari Rabu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia



Dalam kesibukan kerja... masih lagi berpeluang mendapatkan bahan untuk blog.  Syukur Alhamdulillah masih diberi peluang untuk dipamerkan di sini.

Untuk mengisi masa dan melepaskan keletihan bekerja.  Jadilah buat cuci mata.


Bekas hantaran.  Ada banyak koleksi dan warna yang menarik sangat.



Pelapik dulang hantaran.  Juga dalam banyak pilihan warna dan corak.


Antara bahan untuk gubahan hantaran.  Walaupun sebenarnya boleh juga dibuat untuk lain-lain aktiviti.


Himpunan bunga kecil yang comel dan menarik sangat-sangat.  Banyak pilihan warna.



Satu lagi bekas hantaran yang menarik.



Himpunan bunga mawar (plastik) yang banyak jenis dan warna serta saiz.


Mawar lagi.... cantik nyer



Mawar juga lagi...



Salah satu daripada gubahan yang menarik perhatian.  Bukan sahaja untuk hantaran tetapi boleh juga buat pameran terutama butik pakaian pengantin...

Weh... buat promosi percuma pulak hari ini.  Cer teka kat mana ni?

Ehhh eh... korang ni, kalau buat giveaway atau segmen cepat jer ... saja-saja jer nie, nak menguji.  Maaf yer!

Semuanya adalah gambar berkaitan perkahwinan dan pengantin serta segala persiapan dan hiasan.

Walaupun pada asalnya lebih dari 9 tetapi tidak dapat dimuatkan semuanya di sini atas sebab kurang sesuai kerana tidak cantik... ehhh bukan gambar porno yer... tetapi gambar berkaitan bunga dan kelengkapan perkahwinan.

Sekian dulu... selamat untuk semua.


(8-8)

Peraturan dibuat untuk memudahkan urusan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar dari google

Pada hari Rabu yang biasanya ramai orang tidak berkata-kata sebaliknya hanya memberi gambaran sahaja, aye terasa nak tulis panjang lebar... bukan berkata tetapi menulis apa yang terbuku dalam hati.  Bila menulis begini paling tidak dapat mengurangkan rasa hati yang membekam.  Nak bercakap atau bercerita pada orang bimbang mengganggu emosi dan perasaan mereka mula... jadi tulis di sini dan sesiapa yang sudi membaca tulisan ini tidak berhasrat mengganggu perasaan tetapi sekadar luahan sahaja.

Perghhh... (ayat apa ni aye tak tau) pengenalan punya la panjang belum masuk isi cerita lagi.

sekadar hiasan

Seperti biasa kita akan berhadapan dengan situasi tertentu di mana kita perlu akur dengan peraturan. Sekadar nak berkongsi bukan senang sebenarnya nak mencipta arahan atau peraturan... perlu diteliti satu persatu agar ayat yang dibuat tidak menyukarkan mana-mana pihak untuk memahaminya.  Dan... untuk membuat pindaan pada mana-mana senarai peraturan perlu juga melalui kelulusan dan perbincangan bersama dan bukan keputusan seorang.

Seringkali juga peraturan yang senang akan nampak susah bila tidak dibaca dengan teliti.  Hal ini akan membawa pula kepada kerenah birokrasi yang seterusnya akan memburukkan keadaan.

Birokrasi dicipta bukan untuk menyusahkan tetapi untuk memudahkan.

Baca dengan teliti arahan dan syarat yang dikenakan.  Ikutlah kenyataan yang dibuat supaya dapat memudahkan semua pihak termasuk diri sendiri.

Tidak susah sebenarnya nak ikut peraturan atau syarat yang dikenakan.  Sekiranya tidak faham boleh bertanya... begitulah yang sering dikatakan oleh cikgu-cikgu ketika kita disekolah.  Tetapi sekiranya cikgu sendiripun malas nak bertanya... macam mana anak murid nak memahaminya.

Tiada siapa yang hendak susah termasuk juga orang yang tergolong dalam pembuat peraturan dan keputusan.  Tetapi bila bersendirian... nak tukar peraturan dan syarat akan memakan diri... kerana ditegaskan sekali lagi... peraturan yang dibuat secara bersama perlu dipinda secara bersama juga.

Semoga memahami.

Sekian adanya, terima kasih kerana sudi membaca dan memberi pandangan.

(*-*)

20 Ogos 2013

Jawapan kepada pertanyaan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia







Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasannya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah)Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran

(QS. Al Baqarah: 186)



Antara syukur dan ingkar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia





Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni'mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni'mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih
(QS Ibrahim :7)



19 Ogos 2013

Peluang istimewa kepada yang pantas | 222222

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia


222014

Nampak nombor di atas?  Sila klik pada gambar untuk lebih jelas.

Peluang ini diberikan kepada yang istimewa dan pantas sahaja.

Caranya mudah sahaja. Peluang ini terbuka kepada blogger dalam Malaysia dan beralamat di Malaysia.

Pada penjuru sebelah kanan blog ini terdapat nombor di atas.  Semasa nombor ini diambil ia bernombor 222014 jam 11.53 malam.

Apa yang perlu dilakukan adalah blogger yang tiba pada nombor 222222 dikehendaki capture nombor berkenaan berserta jam (waktu) nombor 222222 diperolehi.

1.  Buatkan satu entry dengan tajuk "Peluang istimewa kepada yang pantas | 222222".

2.  Masukkan keratan gambar berserta nombor 222222 dan waktu nombor berkenaan diperolehi (seperti contoh gambar di atas)

3.  Tinggalkan komen berserta link entry ke ruangan komen di bawah pada entry ini.

4.  Pemilihan pemenang adalah tertakluk kepada siapa cepat yang capture waktu (jam) sekiranya terdapat dua atau lebih nombor 222222 dicapture.

Hadiah berupa Top Up berjumlah RM30.00 seorang.

Itu saja...mudah kan.

Peluang istimewa kepada yang pantas | 222222

Selamat untuk semua.

Peluang telah ditutup.  
Tahniah kepada Aina Amirah.




18 Ogos 2013

Jangan jadi orang sombong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan


Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina
(QS. Al Mu'min: 60)
 
 
Semoga kita tidak meninggi diri, tidak sombong sesama manusia dan sentiasa ingat pada yang Satu dalam setiap detik dan langkah kehidupan.
 
^-^

17 Ogos 2013

Berani kerana kuasa yang tidak seberapa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Kalau engkau merasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingat pula bahwa Allah lebih berkuasa membalasnya.
 
(Umar Al Khatab)

10 Syawal 1434 aka Hari Raya ke-10

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Agak dah terlalu lama sangat aye dah berkomunikasi dengan pembaca blog ini.  Hanya sempat singgah sekejap dan publish komen serta entry yang sekadarnya.  Langsung tiada komunikasi kan?

Apa apa ajelah. Blog aye memang tidak ramai yang kenal tapi kepada sesiapa yang sudi singgah dan tinggal jejak tu ... terima kasih banyak-banyak.  Jejak yang ditinggalkan kalian telah aye selusuri, ada aye tinggal kan jejak kembali  dan ada aye singgah saje... Sori yer... bukan apa kadang-kadang tak sempat.  Sesekali sempat juga tukar template blog... masih belum berpuas hati lagi neh... nak tukar lagi biar sampai sedap mata memandang...

Dan, hari ini pada hari raya yang ke-10.  Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin atas segala kekasaran bahasa tulisan yang menyinggung perasaan semua.  Masih belum terlewat untuk ucapan keramat itu kan? 



Dah lama simpan gambar (tulisan) di atas tu... simpan dalam draf sebelum hari raya lagi... entah mengapa la pulak tak sempat nak publish... macam-macam alasan kan?

Sekarang memang sibuk sikit dengan aktiviti di pejabat... kadang-kadang terbawa-bawa ke rumah.  Tambahan lagi dengan kerenah anak-anak memang membataskan masa untuk menghasilkan karya.  Bukan tiada idea ... melambak-lambak ...

Kebelakangan ini juga mood nak mengadap notebook dan netbook tidak berapa nak ada.  Sibuk dengan aktiviti keluarga bersama anak-anak.

Sekianlah dulu celoteh pada hari raya ke-10.  Terima kasih .

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2


Kembali menemui uols setelah sekian lama... Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2... ^_^...

Seperti maklum, segmen ini dibuat bagi memudahkan saya a.k.a. Cik Puan Bubbly serta rakan2 lain untuk follow dan bloghopping semua blog peserta segmen ini. Dalam masa yang sama, nak bagi ruang buat kita semua untuk berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra giteww... he he he...

Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com bermula dari hari ini, 15/8/2013, jam 1.00 petang SEHINGGA 22/8/2013, jam 1.00 petang... Aci tak? *_^ ... Hopefully segmen ni dapat sambutan dari uols macam segmen2 yang lepas dan semua blogger dijemput join... Pada yang rajin datang, rajin komen, silent reader, stalkers, he he he...stalkers pun boleh, x ada masalah...masa serta peluang untuk anda menonjolkan diri...ekekekeke...

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. Follow blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk Segmen: Follow & Bloghopping Bubblynotes.Com #2
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah ini, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.


Kemudian, pastekan ker ruangan HTML uols seperti di bawah ni...


4. Tinggalkan URL entry uols ke dalam ruangan komen entri ini.

Pemilihan Pemenang:
1. 10 blog akan dipilih melalui Pakcik Random. (random.org)
2. Pemenang akan diumumkan pada 25/8/2013.
3. URL Blog pemenang akan diletakkan di sidebar bubblynotes untuk tempoh sebulan bermula dari 25/8/2013 sehingga 25/9/2013.

So, kalau2 sudi tu, silalah support dan juga join... *_^... Selamat Bersegmen & Ber-Bloghopping!

16 Ogos 2013

Keadilan pada syurga dan neraka

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Keadilan itu syurga bagi yang terzhalimi dan neraka bagi yang menzhalimi.
(Umar Al-Khatab)

'Siapalah lah kita hendak berbuat zalim kepada orang lain'