Pageviews

02 Mei 2013

Perbuatan zalim mengundang kegelapan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak dan motif hiasan


1.  Waspadalah terhadap perbuatan kezaliman karena kezaliman adalah kegelapan di hari kiamat.

2.  Jauhilah kekikiran karena kekikiran telah membinasakan orang-orang sebelum kamu, mengantarkan mereka kepada pertumpahan darah di antara mereka dan menghalalkan segala cara.

(HR Muslim)


Semoga kita semua tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim dan kedekut.

01 Mei 2013

Masuk Bloglist Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

sebahagian daripada 19 blog yang terpilih.

Alhamdulillah, pada hari pertama bulan Mei 2013, aye telah terpilih dan termasuk dalam senarai bloglist Mialiana.com bagi bulan Mei dan Jun 2013.  Terdapat 96 peserta Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com dan blog yangbaik termasuk dalam 19 yang terpilih.  Terima kasih Mia.


Selepas ini akan bertambah rajin lagi nak update blog.  Bukan senang nak dapat peluang masuk dalam bloglist blogger popular macam Mialiana.com.


Wordless Wednesday : Tetamu di hari cuti

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Selamat Menyambut Hari Pekerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 1Malaysia




1 Mei 2013.  Hari Pekerja.  
Tema:  Pekerja Pemangkin Transformasi Negara

Bersempena dengan Hari Pekerja kali ini, aye ingin kongsikan cebisan artikel yang dipinjam dari Majalah Nur keluaran Mei 2011.  Ianya adalah berkaitan semangat di tempat kerja.

sumber

Tips Bersemangat di Tempat Kerja

1.  Ingat, kerja adalah ibadah.
Kita bekerja bukan sahaja untuk diri sendiri, keluarga dan organisasi tetapi yang lebih penting adalah kerana Allah.  Rezeki yang berkat itu datangnya daripada kerja yang dilakukan dengan ikhlas dan tekun.  Harus diingat bahawa kita yang mencari kerja itu dan tiada siapa memaksa kita memohon jawatan sesuatu jawatan itu.

2.  Kenal dan faham penyebab.
Semangat yang merudum pasti ada penyebabnya.  Ianya adalah mudah untuk diatasi sekiranya kita mengetahui sebabnya dengan jelas.  Mungkin juga kita boleh mengubah posisi meja atau ruang kerja.  Susunan meja dan atau ruang kerja yang kurang sesuai mungkin boleh menyebabkan timbunan kerja.  Cara yang terbaik adalah dengan mengemas dan menyusun atur semula kedudukan ruang kerja agar lebih lapang dan rasa lebih selesa.

3.  Susun keutamaan.
Adalah lebih baik kita mempunyau pelan kerja dan perancangan tersusun dengan mendahulukan kerja yang paling penting dikehendaki organisasi.  Menyiapkan kerja yang paling penting mampu meringankan beban dan mempengaruhi tindakan ke atas tugas-tugas berikutnya.

4.  Disiplin.
Menentukan dan mengenalpasti dateline sesuatu tugasan.  Pastikan deadline kita tidak bercanggah dengan ketetapan yang telah dibuat oleh organisasi.  Kesegeraan menyiapkan sesuatu tugasan akan dapat mengelakkan kerja daripada bertimbun atau 'hilang dalam perhatian'.

5.  Letakkan foto orang atau pemandangan yang kita suka.
Seringkali ketika melihat orang yang kita cintai atau pemandangan yang indah perasaan sedih dan tidak bersemangat akan pudar dan boleh diubah, kerana hal ini dapat merangsang semangat untuk bekerja dengan lebih tekun.


meja kerja di pejabat terdahulu

Sekian adanya.  Semoga tips di atas dapat memberikan manfaat dan sedikit sebanyak dapat memberikan semangat baru dalam meneruskan kerjaya untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.

Selamat Hari Pekerja dan Selamat Bercuti.

30 April 2013

Pengetahuan yang terbatas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar hiasan

Barangsiapa ingin mengetahui kadar pengetahuannya tentang Allah, maka hendaklah ia melihat (dan membandingkan antara) apa yang dijanjikan oleh Allah untuknya dan apa yang telah dijanjikan oleh manusia untuknya, manakah diantara keduanya yang lebih diyakini oleh hatinya?
(Syaqiq bin Ibrahim)

29 April 2013

Potret keluarga di waktu malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Bukan dengan sengaja tetapi tiba-tiba terasa nak potretkan di sini wajah-wajah spontan ahli keluarga terutama anak-anak.

Gambar yang tidak seberapa ini dirakam hanya dengan handphone nokia C3 sahaja.  Ragam anak-anak spontan kadang-kadang membawa seribu erti dan memang suka melihat gelagat dan aksi mereka.


Didahulukan dengan potret spontan Muhammad Alif.  Nak tahu kenapa Alif kelihatan melepek dan moyok semacam?  Sebabnya dia rindukan ayahnya.  Baru sepetang tak berjumpa.  Hari ini ayah kerja malam dan balik lewat.  Alif kalau tiada ayahnya di sini beginilah keadaannya.  Lepas dapat cakap dengan ayah melalui telefon okeylah ... boleh senyum-senyum sikit.



Ini pula Irdina Huda.  Memang spontan tak suruh pun senyum.  Baru lepas ketawa dengan adiknya yang dah lari ke belakang tu.  Gambar kedua pula Dina larikan muka sebab menangis baru lepas berebut pensil warna dengan adiknya.  Ingat tadi nak tangkap gambar dia merajuk... tak dapat pula.



Seperti biasanya Inas Insyirah agak susah sikit nak rakamkan wajahnya.  Tadi elok dah senyum tiba-tiba ditutup pula wajahnya dengan penutup bekas planta (besar punya).  Jenuh pusing sana sini yang dapat ini sebahagian daripada hasilnya.



Dan, akhir sekali gambar Muhammad Abid dan ayahnya.  Ini gambar lama beberapa hari lepas bukan gambar malam ini.  Abid dahpun tidur.  Ayahnya, seperti biasa tak mau 'interframe' dah elok tengok sini tiba-tiba pusing sana pulak... oooo tengok side mirror ada kereta laju nak memotong... (alasan!)

Dan ini pula gambar umi?
Doodle ini adalah sumbangan atau giveaway dari blogger Fizgraphic.com.


Cukuplah dulu celoteh memalam nie... dah nak tidur, anak-anak pun dah mula meragam dan merengek nak siapkan tempat tidur pula.



Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2013 di Mialiana.com bermula tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen #2 Bloglist 12 Jam Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh Mia Liana sendiri dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Bicara dusta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar hiasan


Barangsiapa berbicara tentang perkara agama tanpa didasari ilmu maka sesungguhnya ia telah berdusta walaupun ia tidak berniat untuk berdusta secara sengaja dengan ucapannya tersebut.

(Ibnu Taimiyah)

28 April 2013

Baru guna ubat gigi Colgate Optic White

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Colgate Optic White

Baru guna ubat gigi Colgate Optic White.  Jenuh juga menunggu ketibaannya.  2 minggu lepas baru ternampak di TESCO Seri Iskandar.  Dengan pantas encik suami membelinya.  Terima kasih kepada encik suami di atas keperihatinan serta memahami keperluan si isterinya.



Walaupun sudah beli 2 minggu lepas, baru saja guna minggu lepas disebabkan ubat gigi terdahulu masih ada lagi, kena tunggulah ubat gigi lama habis dulu jika tidak nanti membazir pula.

Baru guna ubat gigi Colgate Optic White minggu lepas.  Kesannya?  Adalah nampak sikit perubahannya.  Memandangkan aye ini antara penggemar kopi itu sebab kot lambat nampak kesannya.  Tunggu lagi seminggu mungkin baru ketara perubahannya.  Agak-agak boleh setanding tak dengan gigi Fazura kita tunggu dan lihat sajalah.

Jom putihkan gigi dan maniskan senyuman! :D

"Biar putih gigi jangan putih mata"


Kumpul dan hafal ilmu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


motif dan corak hiasan


Hafalkanlah ilmu yang telah Anda kumpulkan! Karena orang yang mengumpulkan ilmu namun ia tidak menghafalnya, bagaikan seorang laki-laki yang duduk di depan hidangan, lalu ia mengambil hidangan tersebut sesuap demi sesuap, namun ia lemparkan suapan-suapan itu ke belakang punggungnya. Kapankah Anda akan melihatnya kenyang?
(al-A'masy)