Pageviews

05 Februari 2013

Sukarnya menyatakan hasrat hati

As salam,



design hiasan |  Mana arahmu


Mengapa sukar diluahkan
Sungguh saya tidak mengerti
Sesiapa juga tidak mengerti
Disetiap perbuatan baik atau buruk
pasti balasan yang setimpal
dan ianya tidak setimpal dengan apa yang kita sendiri balaskan
jadi... hentikan pembalasan itu
semuanya sia-sia belaka

Sukar diluahkan
Entah dimana dan bagaimana harus dimulakan luahan
Tawaran untuk saya mungkin juga tidak sebesar tawaran untuk dia
Tetapi... dia juga sukar terima tawaran itu

Tiba-tiba terhenti di sini
mengapa harus saya bermonolog sendirian lagi
apakah ini untuk mengisi kekosongan kanvas ini
apakah maksud semua ini

design hiasan (lagi)|  dalam kebiruan

Mengapa harus saya dan dia
Mengapa bukan mereka atau dia yang lain
Bagaimana harus kerusi ini dipanaskan
Atau sekadar ujian yang menguji penerimaan

OH!
memang sukar difahami
saya mengerti kamu tidak faham
tetapi saya sendiri tidak mengerti bagaimana pusingan ini harus berlangsung

Tunggu dan lihat sahaja hitam dan putihnya
atau siap siaga menghadapinya
 
semuanya itu ketentuan dariNya...
harus terima dengan redha dan pasrah


 

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

As salam,


Intan Berlian Mega Giveaway
 Klik gambar banner di atas untuk lihat lebih lanjut berkaitan syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry

04 Februari 2013

Maafkanlah mereka yang tidak sengaja atau sengaja buat awak kecewa

As salam,


corak hiasan|  Batik Pirus

Nak kata pada orang lain
sebenarnya terkena juga kepada diri sendiri
Nak beri peringatan kepada orang lain
perlu juga ingatkan diri sendiri

Memang senang berkata bila tidak kena pada diri sendiri
Tetapi tidaklah sukar untuk melaksanakan walaupun setelah terkena pada diri sendiri

Saya tiada ada apa-apa
Saya datang ini kosong tangan kosong dada
Saya juga sering tersalah buat perkara
Saya hendak pulang ke sana dengan pahala
Saya tahu saya juga pernah buat salah kepada mereka, awak, kamu dan dia
Saya mohon maaf kepada semua  atas segala dosa terkasar bahasa, gerak badan juga bicara
Semoga bila kita pulang ke sana nanti... bawa pahala penuh berkat suci bersih dari noda



Akhlak yang paling mulia adalah menyapa mereka yang memutus silaturahim, memberi kepada yang kikir terhadapmu, dan memaafkan mereka yang menyalahimu.
(HR Ibnu Majah)

03 Februari 2013

Segmen Blogger i2 Sahabat ku

As salam,


Segmen Blogger i2 Sahabat ku

Segmen menarik untuk menambah kenalan di alam maya.  Walaupun tidak pernah bersua tetapi dapat berbual secara online dan bertukar-tukar pendapat melalui blog pun baik juga untuk menambah motivasi dan menguatkan semangat yang kadang-kadang hampir luntur.

Segmen Bloger i2 Sahabat ku dianjurkan oleh blogger ceritarahmad.

Berikut adalah cara untuk menyertai segmen ini:

  1. Buat 1 entri tajuk “Segmen Blogger i2 Sahabat ku”
  2. Tempek gambar tu kat entri korang
  3. Linkkan ke entri ini (http://ceriterahmad.blogspot.com/2013/01/segmen-blogger-i2-sahabat-ku.html)
  4. Folow blog buruk ni (http://ceriterahmad.blogspot.com). Tak follow pun takpe dia tak paksa..
  5. Link kan entri korang kat ruangan komen (http://ceriterahmad.blogspot.com/2013/01/segmen-blogger-i2-sahabat-ku.html). Mudah bukan.. 
  6. Jom join tarikh tutup penyertaan 28 Feb 2013..
Kelebihan Join Segmen ni:
  1. Siapa yang join secara automatic masuk dalam bloglist sepanjang tahun 2013
  2. Trafik blog akan meningkat
  3. Follower semakin bertambah
  4. Kenalan blogger semakin ramai
  5. Perkongsian antara blogger dengan blogger


J
J

Anda tidak mengetahuinya

As salam,


gambar hiasan



Jangan pula Anda merasa aman dari bahaya dosa-dosa yang Anda lakukan, karena sesungguhnya Anda tidak mengetahui apakah Allah mengampuni dosa-dosa Anda tersebut atau tidak.
(Hasan Al Bashri)

.

Analisa blog bulan Januari 2013

As salam,



Tidak terlewat rasanya nak keluarkan analisa bulan Januari 2013 bagi blog yangbaik walaupun hari ini telah masuk 3 Februari 2013.  Sebahagian daripada azam dan tekad untuk blog yangbaik juga untuk mengeluarkan analisa secara konsisten setiap bulan.  Pada tahun-tahun yang lepas pernah mengeluarkan analisa bulanan tetapi tidak konsisten dan ada juga yang terus terhenti tanpa noktah.

statistik pengunjung | Unik dan tidak unik

Analisa dan Statistik pada kali ini aye gunakan dari nuffnang.  Pada bulan Januari 2013, terdapat 5,939 pengunjung berbanding 3,831 sahaja pengunjung unik.  Agak jauh juga perbezaannya namun satu peningkatan buat blog yangbaik.

statistik pengunjung mengikut negara

Sungguh benar kebanyakan pengunjung ke blog yangbaik adalah dari Malaysia diikuti US, Indonesi dan Singapura.  Lain-lain negara luar kebanyakan aye merasakan pengunjung yang membawa SPAM ke blog jika dirujuk kepada komen yang diberi dan boleh dikatakan semuanya telah dipadam kerana pengunjung meninggalkan pesan tanpa nama.


statistik katakunci

Jika diperhatikan katakunci utama adalah 'nelydia senrose'.  Pada pengamatan aye timbulnya kembali pencarian 'nelydia senrose' adalah berkaitan dengan drama 'Setia Hingga Hujung Nyawa' lakonan Nik Nelydia.  Diikuti pula dengan 'maulidur rasul', berikutan bulan Rabiul Awal jatuh pada bulan Januari.  Pada hemat aye, katakunci yang disiarkan adalah 10 yang teratas.  Walaupun begitu banyak lagi katakunci yang singgah pada bulan Januari.  Tetapi tidak dapat disiarkan atau digambarkan disini.

statistik pautan link
Masih lagi 10 yang teratas, aye pasti banyak lagi pautan link blog yang singgah di blog yangbaik.  Tetapi hanya pautan dari blog hasrulhassan.com yang timbul.  Mungkin juga kerana blog yangbaik tersenarai dalam segmen 'tambah trafik tambah follower'.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang sempat singgah atau tersinggah secara tidak sengaja di blog ini.  Dan jika sudi tinggalkan lah jejak atau komen anda mengenai catatan yang dilakarkan di sini.  Sungguh aye masih belum berkesempatan nak singgah ke semua blog rakan blogger yang telah meninggalkan jejak atau komen kerana ada sebahagiannya meninggalkan 'jejak' tidak bertapak.

Suka duka pentas dunia.

.

02 Februari 2013

Segmen Free Header + Review Blog by NFH

As salam,

Dengan pantasnya jari jemari ini yang tadi hampir lumpuh kembali segar sejurus terserempak dengan segmen ini.

  
Segmen dijangka berakhir jam 9.00 malam ini.

Klik banner di atas untuk maklumat lanjut.

K-Pop pula... :D
.

2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away

As salam,


Tiba-tiba terasa bebal,bukan malas nak update blog tetapi sukarnya nak agihkan masa dengan kesibukan kerja dan anak-anak serta urusan keluarga.  Dua tiga hari ni asyik terima berita yang tidak menyenangkan.  Namun masuh lagi mampu meneruskan kehidupan.  Kerana memang benarlah ujian yang diturunkan itu adalah sekadarnya dengan kemampuan kita.

Dalam kebebalan kemaskini blog tiba-tiba pula teringin nak meriahkan give away ini.

2nd year Ohsem Anniversary Aku cuma seorang kulikutif !!! Give away

Give away pertama aye join untuk bulan Februari 2013. 
Anjuran Remi Hazza. 
Segmen yang ringkas.
Dijadualkan berakhir pada 28 Februari 2013, masih ada banyak masa lagi.
Untuk sertai klik pada banner di atas.



01 Februari 2013

Sekali lagi sebagai tanda cinta

As salam,





Diantara tanda kecintaan seorang hamba kepada Allah adalah banyak berdzikir (mengingat dan menyebut) nama-Nya, karena tidaklah Anda mencintai sesuatu melainkan Anda akan banyak mengingat dan menyebut-nyebut namanya.
(Ar Rabi' bin Anas)
 
 
(6-6)

31 Januari 2013

Gembirakah saat ini?

As salam,




Amat sukar untuk digambarkan perasaan ini
Gembira bercampur baur gelisah
Resah dan keliru bercampur aduk
Kesedihan pula datang bertamu
Di kamar kelam ia berputar
Lalu dimanakah lagi harus diadukan perasaan ini

Hanya pada Yang Esa tempat mengadu
Hanya Yang Maha Esa Maha Mengetahui
Semoga dimudahkan segala urusan
Semoga dirungkaikan segala kekusutan yang melanda
Semoga disembuhkan segala kesakitan hati dan perasaan
dengan kesembuhan yang tidak berulang sakit dan penyakitnya
Semoga kegembiraan itu hanya untuk yang Satu
bukan kerana bahan mainan



Banyak orang gembira yang tertipu. Dia makan, minum dan tertawa, padahal telah jelas di dalam kitab Allah bahwa dia adalah bahan bakar neraka  (Bilal bin Sa'ad)