Pageviews

03 Februari 2013

Analisa blog bulan Januari 2013

As salam,



Tidak terlewat rasanya nak keluarkan analisa bulan Januari 2013 bagi blog yangbaik walaupun hari ini telah masuk 3 Februari 2013.  Sebahagian daripada azam dan tekad untuk blog yangbaik juga untuk mengeluarkan analisa secara konsisten setiap bulan.  Pada tahun-tahun yang lepas pernah mengeluarkan analisa bulanan tetapi tidak konsisten dan ada juga yang terus terhenti tanpa noktah.

statistik pengunjung | Unik dan tidak unik

Analisa dan Statistik pada kali ini aye gunakan dari nuffnang.  Pada bulan Januari 2013, terdapat 5,939 pengunjung berbanding 3,831 sahaja pengunjung unik.  Agak jauh juga perbezaannya namun satu peningkatan buat blog yangbaik.

statistik pengunjung mengikut negara

Sungguh benar kebanyakan pengunjung ke blog yangbaik adalah dari Malaysia diikuti US, Indonesi dan Singapura.  Lain-lain negara luar kebanyakan aye merasakan pengunjung yang membawa SPAM ke blog jika dirujuk kepada komen yang diberi dan boleh dikatakan semuanya telah dipadam kerana pengunjung meninggalkan pesan tanpa nama.


statistik katakunci

Jika diperhatikan katakunci utama adalah 'nelydia senrose'.  Pada pengamatan aye timbulnya kembali pencarian 'nelydia senrose' adalah berkaitan dengan drama 'Setia Hingga Hujung Nyawa' lakonan Nik Nelydia.  Diikuti pula dengan 'maulidur rasul', berikutan bulan Rabiul Awal jatuh pada bulan Januari.  Pada hemat aye, katakunci yang disiarkan adalah 10 yang teratas.  Walaupun begitu banyak lagi katakunci yang singgah pada bulan Januari.  Tetapi tidak dapat disiarkan atau digambarkan disini.

statistik pautan link
Masih lagi 10 yang teratas, aye pasti banyak lagi pautan link blog yang singgah di blog yangbaik.  Tetapi hanya pautan dari blog hasrulhassan.com yang timbul.  Mungkin juga kerana blog yangbaik tersenarai dalam segmen 'tambah trafik tambah follower'.

Terima kasih kepada semua pengunjung yang sempat singgah atau tersinggah secara tidak sengaja di blog ini.  Dan jika sudi tinggalkan lah jejak atau komen anda mengenai catatan yang dilakarkan di sini.  Sungguh aye masih belum berkesempatan nak singgah ke semua blog rakan blogger yang telah meninggalkan jejak atau komen kerana ada sebahagiannya meninggalkan 'jejak' tidak bertapak.

Suka duka pentas dunia.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.