Pageviews

25 Disember 2012

Bosan bila blog sepi

As salam,



Bosan dengan blog?  Kenapa pula nak bosan. Blog kan tempat untuk mencari ketenangan.  Tajuk kat atas memang tak berapa sesuai sebab hari ni kan hari cuti.  Cuti umum pulak tu... seperti lazimnya pada hari cuti macam ni kebanyakan orang akan berehat bersama keluarga dan jarang-jarang sangat yang online ...

Walaupun hari ini sehari saja cuti umum tetapi sejak dari semalam (Isnin) dan hari Jumaat juga dah ramai yang mula cuti, ada yang nak menghabiskan cuti dan tak kurang juga yang ambil kesempatan untuk membeli kelengkapan dan peralatan persekolahan anak-anak.  Dah macam cuti nak raya pulak... ofis pun lengang jer...

Bukan sahaja ofis yang sunyi sepi... blog pun sunyi jugak.  Tapi itu cerita untuk cuti hujung minggu lepas dan harapnya bukanlah untuk cuti akan datang....

Entahlah... sambil mengadap anak-anak melayan makan minum tengahari (ayahnye yang layan).  Umi pulak dok sebok ngan blog....

Mereka okey jer bila ada ayah semuanya okey....




Suara anak ibu

As salam,





Diceritakan bahwa pernah suatu hari, Ibnu 'Aun al-Muzani dipanggil oleh ibunya, maka ia pun menjawabnya dengan suara yang lebih keras dari suara ibunya agar dapat didengar oleh sang ibu. Tak beberapa lama kemudian, Ibnu 'Aun tersadar atas apa yang baru saja ia lakukan. Ia pun menyesalinya dan segera memerdekakan dua orang budak yang ia miliki.

()
 
Kesimpulan:
Sungguh kadang-kadang tidak sengaja tertinggi suara dengan Ibu.  Mudah-mudahan ibu tidak tersinggung.  Tinggi suara bukan kerana marah atau tidak suka tetapi supaya ibu dapat dengar dengan jelas.
 
Sebagai Ibu, kita juga kadang-kadang mungkin juga akan terasa hati dengan sikap anak-anak.  Itulah kita manusia biasa. 
 
Semoga anak-anak menjadi insan yang berguna dan diberkati Allah dunia dan akhirat.

24 Disember 2012

Sediakan duit syiling secukupnya

As salam,


gambar atas diedit semula.  sumber gambar tidak diketahui.

Sebagai pelanggan kita memang biasa berurusan dengan mana-mana kaunter perkhidmatan atau kaunter jualan.  Sudah tentu dan lazimnya di mana-mana kaunter kita akan diminta menyediakan duit syiling mencukupi bagi menjelaskan bayaran tertentu terutama kaunter perkhidmatan seperti kaunter hasil di Pejabat  Tanah dan Daerah.

Dalam hal-hal tertentu kita amat memahami kaunter perkhidmatan memang tidak mempunyai sumber bagi mengeluarkan wang kecil atau duit syiling. Berbeza pula dengan kaunter jualan seperti di kedai-kedai makan atau pasaraya yang mana kita mungkin semua faham bahawa pihak pengurusannya akan menyediakan duit pecah atau duit tukar yang secukupnya.


sumber gambar:  denaihati.com (duit raya 2012)

Apabila berada di pasaraya terutama pasaraya besar (toot.... tak perlu sebut sendiri mau ingat la) bila tiba masa nak bayar cashier akan tanya kita puan atau kakak ada duit dua posen atau lima sen, atau seringgit atau lima posen.  Hmmm... memang tak berapa gemar lah dengan situasi ni... terpaksa pula nak buka semula purse dan belek-belek cari duit syiling yang tersepit.

Memanglah bukan niat kita sengaja bagi duit besar untuk beli barang berharga kecil.  Tetapi bagaimana kalau duit kecil yang ada pada kita memang tak cukup...

Bukan isu besar pun dan tak adalah susah mana nak keluarkan duit kecil tu.  Saja nak buat cerita.  Pernah sekali makan nasi kerabu di booth kat RTC Gopeng.  Harganya RM4.50.  Bagi duit bukannya sampai RM50.00 tetapi RM5.00 itupun nak minta duit syiling 50 posen.  Jenuh jugaklah korek sana sini... cukup2 jer... hai..cam ni lah selalunya

Duit tukar tu bukankah sepatutnya disediakan lebih awal oleh pihak penjual supaya tidak mendatangkan kesulitan kepada pelanggannya...

Tetapi memang ada pelanggan yang melampau pun... saja-saja nak 'pecahkan' duit yang besar, beli air mineral baru RM1.20 (kat RTC Gopeng ler di tempat lain tak tau ler)  bagi duit sampai seratus hinggit... mana cashier tu tak hangin.

Sudah-sudah lah... bukan nak menuding jari kepada sesiapa, kita sendiri yang perlu beringat.  Sediakan duit syiling secukupnya setiap masa.

.... Bila penjual tiada duit tukar kita juga yang susah...

'suka duka pentas dunia'

.

Anugerah dari yang dicintai

As salam,




Apabila Anda berharap agar Allah senantiasa menganugerahkan kepada Anda apa-apa yang Anda cintai dan sukai maka hendaklah Anda senantiasa menjaga dan melaksanakan apa-apa yang dicintai dan disukai oleh Allah.
(Salah seorang ahli hikmah)
 
Kesimpulan:
Dalam setiap detik hidup ini apa yang sering diharapkan adalah menerima anugerah dari yang tersayang. 
Walaupun sesekali terleka dan alpa untuk menjaga apa yang disukai. 
Biarpun begitu bukan menjadi sesuatu yang sukar untuk melaksanakan suruhanNya dengan hadirnya kekuatan semangat dan tekad yang jitu.

23 Disember 2012

Segmen Review Sesama Blogger

As salam,




Masih sempat lagi untuk sertai Segmen Review Sesama Blogger anjuran puanbee.com ... last minit baru dapat info dari blog ciklaili.com.

alamak... kena ada pengenalan blog pulak... okeylah aye salin sebahagiannya dari catatan INI semoga boleh diterima.  Kalau tulis semula nanti jadi lain pulak jalan cerita... kan dah bercanggah pulak... sat kata lain sat lagi kata lain pulak.

1.  Mengenai blog ini (yangbaik)

Selain daripada kisah kehidupan sendiri, kekosongan cerita di blog ini turut diisi dengan mutiara kata, kehidupan insan dan makhluk sekitar (flora dan fauna) serta giveaway dan contest.  Sesekali ada juga tercatat di sini cerita berkaitan pendapat, pandangan dan kritikan yangbaik terhadap sesuatu isu dan juga perasaan mengenai sesuatu kejadian yang lazimnya dalam keadaan tertentu masa, tempat dan nama dirahsiakan (untuk tidak mengaibkan).


Blog ini sesekali akan menceritakan kisah anak-anak seramai 4 orang berumur 3 bulan, 2 tahun, 6 tahun dan 7 tahun (umur anak2 pada tahun 2013).

Nak dedahkan UV/PV?  Oh tidak! Bukan tidak mahu tetapi segan sangatlah dengan puan bee. UV/PV blog ni nak kata rendah tu tidaklah sangat sesekali tu tinggi sikit jer cuma belum lagi mencecah angka 1k.

2.  Mengenai blog puanbee.com

Aye baru saja mengenali dengan lebih dekat blog ini.  Sebelum ini biasanya cuma singgah sekali lalu bak sekilas ikan di air tenang jer.  Tak banyak yang dapat diperkatakan ianya memang terbaik kerana nampaknya banyak info dan aye suka.


3.  Mengenai lensablogger.com


Baru juga menjumpainya... aduh... sungguhlah aye ni ketinggalan.  Susunan menarik dan kemas serta tersusun serta disulami dengan kisah-kisah artis dan juga isu-isu semasa.


Maaf lah tak dapat nak komen panjang lebar.  Belum lagi kenal sepenuhnya.  Bak kata artis Malaysia sekarang "Baru nak mengenal hati budi" dan mendalami apa yang terkandung di dalamnya... ayat skema kan?...

Cukup dulu kot... hari dah larut malam nie... esok nak kerja pulak... 




Sebelum tu diucapkan selamat maju jaya kepada puanbee.com semoga impiannya untuk memperolehi iPhone 5 tercapai.  Good luck!


" Segmen review sesama blogger ini di anjurkan oleh Puanbee.com dan kerjasama antara Lensablogger.com  , Pondokkecil.com ,  Servis Tempahan Design  ,Anarm.net  , PaPaMifz.com , Ciklaili.com  ”




Lawatan ke Mydin dan Agro Mall di RTC Gopeng

Lawatan ke Mydin dan Agro Mall di RTC Gopeng


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ini adalah gambaran di dalam salah satu blok bangunan di RTC Gopeng.  Dirakam ketika Karnival Pengajian Tinggi anjuran KPT pada 16 - 19 Februari 2012.  Sungguh banyak kejadian yang tersembunyi di sebalik karnival berkenaan.  Tak kiralah kepada penulis ini ataupun pengunjungnya.

Itu dulu.  Sekarang ni pemandangannya sudah berubah.  Kerana telah dijadikan Pasaraya Mydin.  Memang jauh berbeza di dalamnya.  Manakan tidak dahulu ia adalah ruang pameran semata-mata sekarang ni dah penuh dengan keperluan harian milik Pasaraya Mydin.  


Terdapat juga booth-booth kecil milik peniaga di luar pasaraya tetapi masih lagi bawah satu bumbung.  Rasanya aye tak perlulah nak promote sangat pasal Pasaraya Mydin ni... sebabnya memang dah ramai pengunjung.  Sebesar-besar tempat letak kereta kat RTC tu memang sentiasa penuh.

Berkenaan dengan harga ... kalau dalam pasaraya Mydin tu memang lah semua orang dah tahu harganya macam mana... harga biasa bagi pasaraya borong.  Tetapi harga bagi barang yang dijual di booth rasanya macam mahal sikit... mungkin sebab sewa booth yang tinggi hingga mempengaruhi harga.

Eh.. bercerita panjang lebar ni... mana gambarnya?  Takder... memang tak nak tangkap gambar kat situ, tak nampak lokasi yang berkenan di hati (yang sebenarnya segan nak keluarkan handphone... aye guna handpone jer untuk tangkap gambar sedangkan orang lain siap bawa Canon DSLR lagi... huhuhu...)

Buat masa ini itulah dulu cerita hujung minggu ini di Pasaraya Mydin RTC Gopeng.  

Esok dah nak kerja, baby Abid ni... asyik merengek jer...sabar lah juga



Segera kembali jangan lari

As salam,




Mukmin sejati bukanlah mukmin yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah.
Akan tetapi, mukmin sejati adalah mukmin yang apabila bermaksiat kepada Allah maka ia bersegera untuk kembali dan bertaubat kepada-Nya.
(Sebagian Ahli Hikmah)
 
 
Kesimpulan:
Sebagai manusia biasa kita tidak lari dari melakukan kesilapan. 
Namun setiap kali berlakunya kesilapan seharusnya kita segera kembali ke jalan yang benar dan perbetulkan kesilapan yang mungkin tidak disengajakan.

22 Disember 2012

Hak orang lain dan hal lain

As salam,





Sesungguhnya orang yang paling dermawan di dunia ini adalah orang yang menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang kikir dalam hal lain. Dan sesungguhnya orang yang paling kikir di dunia ini adalah orang yang kikir untuk menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang dermawan dalam hal lain.

(Wahab bin Munabbih)

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU

21 Disember 2012

Bloglist Setahun Dari ciklaili.com

As salam,


Tidak mudah untuk masuk dalam bloglist blogger hebat seperti Cik Laili.  Tambahan pula dengan jumlah trafik yang masuk ke blognya melebihi 5k setiap hari.  Sudah tentu pengunjung yang begitu bersemangat mahu dapatkan maklumat berkaitan beberapa panduan seperti Panduan Pelajar, Guru dan Ibu Bapa serta Panduan Kehamilan dan banyak lagi. 


Sungguh bertuah sekali kerana mulai 1 Disember 2012, Cik Laili berbesar hati untuk membuka senarai bloglist dan ia akan kekal di blog ini selama setahun (hingga 31 Disember 2013).  Tujuan bloglist ini dibuka adalah untuk memberi peluang promosi blog di blog ciklaili.com disamping berkenal-kenalan dengan blogger lain.  Dengan itu jugalah blog yangbaik dengan ini menadah nyiru menyambut baik tujuan murni Cik Laili. 

Ikuti seterusnya catatan bagi memenuhi syarat menyertai Bloglist Setahun Dari ciklaili.com


Blog yangbaik antara lain lebih berkisar kepada kisah suka duka kehidupan seorang blogger wanita yang berstatus ibu kepada 4 orang cahaya mata, seorang isteri dan juga pekerja. Mengapa nama blog yangbaik?  Nama berkenaan dipinjamkan daripada encik suami dan setelah mendapat keizinannya maka termeterailah nama blog yangbaik. 



Di dalam blog ini juga terkandung kisah keluarga terutama anak-anak seramai 4 orang.  Hanya gambar anak-anak yang sering menghias laman blog ini.  Gambar umi dan ayahnya... belum lagi dapat disiarkan sebagai menghormati encik suami yang belum bersedia untuk dikenali.


Selain daripada kisah kehidupan sendiri, kekosongan cerita di blog ini turut diisi dengan mutiara kata, kehidupan insan dan makhluk sekitar (flora dan fauna) serta giveaway dan contest.  Sesekali ada juga tercatat di sini cerita berkaitan pendapat, pandangan dan kritikan yangbaik terhadap sesuatu isu dan juga perasaan mengenai sesuatu kejadian yang lazimnya masa, tempat dan nama dirahsiakan (untuk tidak mengaibkan).



Sungguh bertuah juga dengan lahirnya blog ini secara tidak langsung dapat mengasah bakat dalam bidang penulisan yang sesekali menyimpan monolog spontan berkisar kehidupan insan.


Bab nak bagi cadangan penambahbaikan untuk blog orang terutama ciklaili.com memang tidak berapa disukai.  Maklum sajalah pengalaman dan pengetahuan yangbaik dalam dunia blogging tidaklah hebat malahan tidak setanding blog ciklaili.com.

Walaupun demikian yangbaik ingin mencadagkan ciklaili.com meletakkan arkib catatan.  Ini adalah kerana agak sukar juga menjejaki catatan yang pernah dibuat oleh ciklaili.com melainkan apa yang tercatat pada 'Entri Terkini' dan beberapa 'Panduan' yang terletak di sisi.

Akhirnya saya suka dengan entry 7 Tanda Si Kecil Sayangkan Anda.


Maklumat Tambahan:

ciklaili.com adalah salah seorang penaja “My Happy Moments Contestanjuran eyriqazz.com

Lepas ni nak buat entry untuk  “My Happy Moments Contest“.  Nak cari idea baru pula.

Perumpamaan Hati Manusia

As salam,




Hati manusia itu ada tiga macam :
(1) Hati laksana gunung yang tidak bisa disingkirkan oleh apa pun;
(2) Hati laksana pohon kurma yang memiliki batang pohon yang kokoh tetapi angin membuatnya melambai-lambai; dan
(3) Hati laksana laksana bulu yang condong bersama angin ke kanan dan ke kiri.
(Sirri as-Saqthi)


Kesimpulan:
Jaga dan pelihara hati kita dari titik hitam  agar tidak merebak hingga membuahkan barah yang parah dan payah dipulihkan.

Sebelum terlambat sentiasa periksa hati kita iaitu dengan bermuhasabah dan memeriksa kesilapan dan kesalahan yang telah kita lakukan pada hari ini...