Pageviews

18 November 2012

Insentif Tunai Trafik ke Blog Denaihati

As salam,


Sekarang dah hampir ke penghujung tahun 2012, namun masih ada masa untuk mengutip insentif tunai dari blog Denaihati.

Tujuan insentif ini adalah untuk memberi motivasi rakan blogger berkarya dengan lebih baik mengikut teknik blogging yang betul. Hanya berblog dengan lebih baik dan mengikut teknik yang betul sahaja dapat meningkatkan trafik yang akan menyumbang link referrer yang tinggi kepada blog denaihati.

Berikut adalah antara syarat dan peraturan untuk mendapatkan insentif:
1. Insentif ini untuk 10 blog yang memberi top link referrer mengikut pengiraan Google Analytics.
2. Insentif ini akan dibayar setiap bulan bermula 1/7/2011 sehingga 31/12/2012.
3. Setiap 1 trafik yang disumbangkan ke blog denaihati akan dibayar RM0.02.
 
Untuk syarat berikutnya, sila terus klik di SINI atau klik pada banner berikut:

 
 
Terima kasih kepada yang singgah baca dan... tengok-tengok jer...

Ada Apa Pada Perempuan

As salam,


Perempuan
Kuatnya tidak terzahir
Letak pada jiwanya
Biarpun ditampar
Dia menangis
Bukan kerana kesakitan
Tetapi kekuatan

Perempuan
Ketahanannya lebih dari tamparan
Malahan beribu deraan
Kekuatan dalamannya
Itulah kudratnya

Perempuan
Kelemahannya adalah kejujuran
Sekali dikhianati
Selamanya ia terluka
Sukar diubati
Malahan beribu penawar bukan galang ganti

Perempuan
Kekuatan jiwanya adalah pada Tuhannya
Sejadah itu bukan baldu sutera
Penyambung semangat juang hidup
Menghimpun berjuta kekuatan
Tempat berhimpun sejuta keperitan
Tempat memendam sejuta kedukaan

Perempuan
Doanya pasti termakbul
Itu janji Tuhan
Andainya dia terluka
Andainya dia teraniaya
Adukan saja pada Tuhannya
Nescaya dia beroleh sejuta kekuatan
Malahan lebih dari itu

Perempuan
Ketaatannya pada sang lelaki hanya yang bernama suami
Lalu diberiNya sejuta kekuatan
Selagi dia beriman dan taat pada Tuhannya

Perempuan
Kedegilannya sukar ditawan
Selagi kekuatan kudratnya tertanggung dek badan
Selagi nafasnya berbau keimanan
Selagi jiwanya pada Tuhannya

Perempuan
Berasalnya dari rusuk Adam
Sebelah kiri paling bawah
Biarpun tidak lurus
Itulah kekuatan
Sekali terluka
Tidak selamanya merana
 
Perempuan
Dendamnya kekuatannya
Terbalas di tikar sejadah
Ingatannya pada Tuhannya
Muhasabah diri
Mencari kelemahan
Koreksi kesilapan
Biar terlerai dendam membara
Biar damai hidupnya di sana

........

17 November 2012

Nak cari aura

As salam,


Aura ataupun digelar juga sebagai gelombang elektromagnetik, jaluran tenaga atau wap-wap air dalam warna-warna pelangi yang diserap dan tidak kelihatan dalam cahaya nampak tetapi sebenarnya ia wujud di persekitaran tubuh manusia, haiwan dan tumbuhan yang hidup.

Aura berbentuk seperti sebuah telur raksasa. Aura adalah sebuah medan energy atau tenaga yang hidup. Setiap sel berbeza tenaga atau frekuensinya untuk membentuk organ-organ yang berlainan dengan fungsi yang berlainan juga. Sel-sel itu mempunyai tugas masing-masing. Organ hanya berfungsi sebagai satu alat yang membentuk sistem seperti ginjal, perut, pankreas dan sebagainya. Namun demikian, yang menggerakkan tenaga (daya hidup) sistem tubuh ialah kerja-kerja sel yang dikawal oleh kelajuan cahaya pelbagai warna dengan frekuensi tertentu.

Aura adalah gelombang cahaya yang mengandungi medan elektrik yang mempunyai gerakan tegak dan lurus terhadap rambatan gelombang.

Walau bagaimanapun gerakan cahaya aura ini tidak tetap dan sering berubah-ubah mengikut keadaan fizikal, suhu tubuh, psikologi, tenaga dan pemakanan seseorang. Keadaan ini menyebabkan cahaya dalaman diri seseorang berkemungkinan menjadi tidak stabil atau tidak terkutub lalu mengubah keadaan auranya.

Untuk mendapat imej aura yang bermutu tinggi, gerakan dalam sembahyang menerusi rahsia berdiri tegak dan gerakan rukun yang lain akan memerangkap cahaya daripada gelombang yang bergerak dan terpancar di dalam satu garisan lurus melalui tulang belakang. Justeru ibadah sembahyang atau solat di dalam Islam yang dipelihara rukun menurut kedudukan tegak dan lurus pada sudut-sudut yang tepat (contohnya ketika rukuk) amat relevan dengan kajian dan pendedahan dimensi aura sebagai salah satu juzuk atau elemen cahaya yang mengisi ruang alam semesta. Inilah sedikit rahsia atau hikmah ibadah yang amat bernilai kepada manusia yang menghayatinya.

Petikan di atas diambil dari laman web colourvibration.  Banyak lagi cerita mengenainya, untuk lebih keterangan klik saja di SINI.

Mengintai Aktiviti di Hujung Minggu

As salam,

Catatan skema pada setiap kali tibanya hujung minggu.  Memang !! 

Hujung minggu memang antara hari yang ditunggu.  Kerana pada hari ini (Sabtu dan Ahad) biasanya umi dan ayah tidak bekerja, Alif dan Dina juga tidak ke sekolah (tapi sekarang kan musim cuti sekolah).

Antara aktiviti menarik yang dilakukan pada hujung minggu mengikut kebiasaannya ramai orang akan melancong.  Bercerita bab melancong memang suka sangatlah… tetapi yangbaik dan keluarga buat masa ni masih belum dapat merancang lagi nak melancong ke mana-mana, kena tunggu baby besar sikit dan yang paling penting bajet kena cukup. 
 
Kalau sekadar melancong tengok2 jer tak der makna la … paling tidak ada lah sikit buah tangan buat kenangan… dan minggu ni sesiapa yang melancong ke Pulau Pangkor jangan lepaskan peluang berjumpa dengan ahli pasukan bolasepak Negara, seronokkan kalau melancong tak yah keluar duit sendiri… berangan jer lah sapa yang nak bagi percuma… masuk tandas pun kena bayar lima posen!

Eh! Termelalut pulak.  Selain dari melancong, aktiviti lain yang tak kurang menarik adalah basuh kereta, kemas rumah, berkebun dan membersih halaman rumah.

Aktiviti yangbaik hujung minggu ni… semenjak beberapa hari yang lepas dan akan datang adalah sekadar mengintai jer dari tirai kamar.  Oleh kerana masih lagi menunggu hari yangbaik tak berani nak keluar merayau ke mana-mana, tak seperti cerita beberapa orang rakan … belum habis 44 hari tapi dah merayap serata alam. Haish… berani betul dia orang nieh… tak takut bentan?   


 
Inilah tirai kamar ofis yangbaik.  Sempat lagi capture… beberapa hari sebelum cuti panjang.  Entah sekarang ni… hidup lagi ke bunga tu eh…


Ada apa dengan 466 dan 464

As salam,


466 dan 464 bukan untuk nombor ekor yer.... kalau ada sesapa yang kena... yangbaik tidak bertanggungjawab sama sekali. 

466 adalah nombor keahlian bagi untuk uncle gedek.  Eh! jangan tak percaya blogger garang yang mula berbloging ketika berusia 40 tahun ini akhirnya sudi menjadi 'sahabat' blog yangbaik... hai... macam tak percaya jer...

Dan tidak ketinggalan juga penghargaan buat Encik Abil di nombor 464 yang sudi mengikut jejak blog yangbaik ini.  Encik Abil Fikri seorang suami yang penyabar dan penyayang kepada isterinya Gee.  Kisahnya agak menarik dan adakalanya menitis juga mutiara jernih ini tatkala membaca catatannya pada awal kemunculan blognya.


Satu lagi siri catatan berat sebelah.  Mengapa berat sebelah?  Sebab blog ini blog yangbaik dan ikut "suka duka pentas dunia" yangbaik nak buat catatan macam mana... So kepada Sahabat Maya Yang Baik yang lainnya mohon maaf lah andainya blog kalian belum lagi keluar dalam siri preview di blog ini... Lagi pun blog picisan macam ni, mana ada yang peduli keluar atau tidak...

Terima kasihlah kepada semua yang sudi mengikut blog picisan ini. 

16 November 2012

SEGMEN BLOGLIST POKOK MANGGIS DEPAN RUMAH

As salam,


Di rumah saya tiada pokok manggis, tetapi di rumah mak saya ada pokok manggis.  Jika lapang kelak saya ke rumah mak saya dan tangkap gambar pokok manggis itu.  Tetapi kena tunggu saya habis pantang 44 hari.  Dengarnya pokok manggis itu sekarang sedang berputik... boleh makan sikit kot... ada berani???

Catatan di atas sekadar iringan buat menyertai segmen ini.  Kepada yang berminat untuk menyertai segmen ini sila klik SINI.  Terima kasih kepada KAKCIK SEROJA.

Sekian.

13 November 2012

Terhenti lagi

As salam,



Terhenti lagi kata-kata yang hendak dilakarkan
Entah mengapa segalanya tidak terjadi
Bila saja ruang ini dibuka
berterbangan segalanya bagai sang merpati tersangkar sekian lama

... bagaimana lagi harus ....

11 November 2012

Pengalaman bersalin yang berbeza

As salam,

Pengalaman setiap orang memang berbeza tak mungkin sama.  Sedangkan pengalaman bersalin atau melahirkan anak juga berbeza bagi setiap anak hatta oleh ibu yang sama.  Nanti akan ada ornag bertanya pula kalau dah berbeza maknanya apa pula?... Hmmm sendiri tanya sendiri jawab, pengalaman yang lepas boleh dijadikan sebagai sempadan dan panduan untuk peristiwa akan datang juga untuk memori peribadi.

Bukan sahaja bersalin yang memberikan pengalaman berbeza tetapi pada peringkat kehamilan lagi sudah memberikan pengalaman yang berbeza.  Kesakitan dan kesusahan juga berbeza,  justeru jangan pula kita ingat hanya kita saja yang mengalami kesukaran dan kesakitan yang amat sangat... masih ada lagi insan lain yang terpaksa menanggung kesakitan yang lebih lagi dari kita... cuma kesanggupan kita yang memberi kekuatan.

Bagi @yangbaik, pengalaman bersalin anak ke-4 pada 14 Oktober 2012 yang lepas memang sungguh berbeza sama sekali dan satu pengalaman baru.  Walaupun masa kesakitan bermula ada sedikit persamaan dengan anak-anak yang lepas tetapi peristiwa selepasnya memang banyak berbeza dan menuntut kesabaran dan kekuatan emosi yang tinggi.

Anak ke-4, diberi nama Muhammad Abid dilahirkan dengan berat yang agak rendah iaitu 2.2 kg.  Oleh kerana beratnya kurang, memerlukan pemantauan berterusan oleh pihak perubatan mengenai sebarang komplikasi berkaitan paru-paru.  Sejurus dilahirkan, ummi hanya sempat melihat dari jauh kerana Abid dimasukkan ke dalam tabung.  Agak sedih tetapi masih lagi boleh bertahan semoga yang terbaik untuknya.

Namun emosi mula merentap jiwa apabila Abid terpaksa dipindahkan ke SCN di Hospital untuk pemantauan lanjut.  Melihat dari kejauhan ... tabungnya dibawa pergi... menitis air mata ini (sedikit).. simpati dengan keadaan dan nasibnya... namun apa yang dilakukan oleh pihak perubatan adalah untuk kebaikannya.  Reda dan pasrah.

Keesokannya ummi menyusul pula untuk bersama Abid di SCN.  Perasaan sedih sukar dibendung tatkala keluar dari Wad Bersalin kerana tiada baby bersama... sukarnya nak digambarkan perasaan ini.. namun terima kasih kepada kakitangan Klinik Bersalin Yasmin di atas layanan yang diberikan, termasuk juga Doktor Yasmin yang banyak memberikan kekuatan biarpun kekuatan itu tak mampu menangkis gelora jiwa ini yang dilanda kesedihan.

Berada di SCN banyak memberi pendedahan dan pengalaman baru berkenaan situasi ibu-ibu yang terpaksa berhadapan dengan situasi anak kecil mereka ketika dirawat.  Sedikit sebanyak memberi kekuatan semangat... namun kegelisahan emosi yang melanda tak tertahankan.

Ini adalah sebahagian daripada pengalaman bersalin... selebihnya nantikan semangat baru berserta gambar baru....



10 November 2012

Demam Cuti Sekolah dan Cuti Perayaan Plus Cuti Bersalin

As salam,

Banyak sungguh cuti, bermula 3 minggu lepas ummi dah mula cuti panjang kemudian sekarang ni disambung pula dengan cuti sekolah oleh anak-anak... dan dua tiga hari lagi disambung pula dengan cuti sempena Deepavali dan Cuti Awal Muharram.

Ummi punya cuti memang penuh dengan aktiviti tersendiri... bermula dari pagi hingga malam dan kadang-kadang tak tidur malam.... meneman si cilik berjaga sebab siangnya dan jenuh tidur... seperti lazimnya...

Dan... sebenarnya Ummi tersentuh juga di hati sebab untuk hari 'Konvo" Alif nanti ummi tak dapat turut serta meraikannya di UTP memandangkan Ummi masih lagi dalam 'hari'.  Apa nak buat.. cuma siapkan persediaan di rumah jer... walaupun dalam hari masih sempat lagi 'oter' seluar dan baju Alif untuk dipakai esoknya... lantak la... mesin letrik kan bukan mesin kaki... kalau tidak jenuh gak lah bentan ...

gambar lama.... makan mesti habis... atau dihabiskan oleh orang sebelahnya... hehehe

08 November 2012

Jawapan skema bagi soalan yang tidak ditanya

As salam,


Nak bagi skema jawapan bagi soalan yang belum diterima secara rasmi.  Memangnya tiada siapapun yang berani bertanya secara rasmi kepada @yangbaik kenapa lama sangat tak update blog. 

Hehehe... tak suspen pun... saje jer nak buat cerita.  Mana ada orang nak tanya pada blogger yang tak mesra dan juga tidak glamor nih (huh).  Ada ker ?  tak der kan?

Yang sebenarnya 25 hari yang lepas @yangbaik telah selamat melahirkan anak ke -4.  Memang sungguh banyak dugaan dan cabaran serta ujian... almaklumlah wanita selepas melahirkan anak akan mengalami banyak perubahan emosi. 

Sehingga itu dulu.... sebenarnya banyak yang nak diceritakan tetapi masih membeku dalam dalam diri. 



 
eh... ini bukan gambar tiru uncle gedek yer... gambar ni dah ada lama dulu sebelum uncle gedek dikenali... kebetulan pula yang sebenarnya gambar ini keluar untuk bercerita mengenai Hari Yang Sibuk sebelum ke Residence Hotel di Uniten Bangi.