Pageviews

31 Ogos 2011

Selamat Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke-54 | Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Antara sedar dengan tidak disebalik kemeriahan sambutan hari raya Aidilfitri masuk hari kedua hari ini dan dalam masa yang sama hari ini kita juga turut menyambut ulang tahun kemerdekaan tanah air tercinta Malaysia yang ke-54. 



Tema sambutan kemerdekaan Malaysia pada tahun ini adalah Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera.

Lebih informasi mengenai Malaysia Merdeka sila klinik SINI

Sekian.

*-*
.

30 Ogos 2011

Aksi Dua Beradik di Pagi Hari Raya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alif dan Irdina di Pagi Hari Raya

Aksi spontan dua beradik di suatu pagi di Hari Raya.  Tanpa disuruh mereka terus beraksi sedemikian. 

Gambar ini dirakam di satu pagi di hari raya pada tahun 2009 menggunakan kamera hp Nokia N95.  Pada asalnya mereka berdua tidak mahu bergambar, tetapi bila dipujuk dan diminta berdiri saja, terus mereka beraksi sedemikian.  Alif dan Irdina Huda.

Untuk gambar pagi raya tahun ini pula mereka adik beradik telah menjadi tiga orang ditambah dengan Inas Insyirah. Tak sabar rasanya nak letakkan gambar mereka itu di sini.  Gambar ummi dan ayah tu tunggu lah lain ketika, bila dah bersedia untuk dipublishkan.  Buat masa ni biarkan dulu mereka adik beradik menghiasi blog ini yang tak berapa nak popular ni.

29 Ogos 2011

Rendang Rusa lauk berbuka di penghujung Ramadan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambaran rendang rusa di dalam kuali yang sedang menggelegak...

Rendang Rusa?  Biar betul. Betul la.  Daging Rusa satu kg RM28.00 mana nak dapat.  Hanya di Seri Iskandar saja.  Kalau ada di tempat lain dengan harga yang sama baguslah tetapi ia hanya satu kebetulan saja. Dah survey di tempat lain yang berdekatan dengan Seri Iskandar rasanya tak dapat harga yang sama.

Oleh kerana hari ini kerja half day, balik jam 1.00 terus tumb print.  Mula-mula cari bahan-bahan untuk buat rendang.  Nak tau bahannya?  Ala biasa jer antaranya serai, lengkuas, halia, bawang merah, bawang putih, cili giling Cap Puteri jer, daun kunyit (kena beli juga sebab dah tanam daunnya masih kecil lagi), santan (kotak) dan gula kabung.  Hehehe bahan terakhir tu ada kakak kat kedai tu terkejut ? Boleh ke masukkan gula kabung dalam rendang? Mengapa pula tidak, gula kabung ni memberi rasa lemak dan manis pada masakan seperti rendang bukan saja untuk buat kueh buah melaka atau buat pengat pisang.

Cara buatnya seperti biasa saja... campak2 jer dalam kuali.  Api kecil sahaja, kacau sampai kering. Dah siap... hasilnya sedap di makan dengan lemang pemberian jiran sebelah dan juga makan dengan nasi panas semasa berbuka puasa. perghhh... lembut jer daging rusa nie..

Eh eh, macam ada orang tanya pulak. Tak per lah... entry bakal top blogger yang syok sendiri memang macam tu kan.  Perasan sendiri... hahahaha