Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hmmm, ... ada cerita tentang AIM ker? Bukan
AIM tu ... Aye Ini Manusia... bukan... Anugerah Industri Muzik laaa...
Entri ni bukan nak bercerita tentang AIM,... sebabnya Aye tak tengok pun... dah lepas ker @ belum mula lagi... ntah... Aye tak kisah sangat...
Entri ni nak bercerita tentang hati dan perasaan yang sering berbeza mengikut hari ...Tapi... menung sat...Apa kaitannya....
Hari ini, mood bangun pagi dah okey...
siap siaga... semua okeh...tetiba
masa sarapan ... gangguan plak... macam2 tak kena...
si Alif nak minum teh dengan sudu pulak...
ikut adik lah ni.. Diena... kenapa ??
Apa perasaan bila kena marah kat meja makan...
Macam tu lah agaknya perasaan kita
orang dewasa yang sering berbeza
tak kira masa dan keadaan
cuma mood kita tiada siapa nak marah
yang marah adalah kita...
cukup dulu kat sini...sekian..
Pageviews
03 Mei 2010
01 Mei 2010
Kepala Terasa Berat
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Terima kasih atau kesudian menjenguk dan merasai Kepala Terasa Berat
Kepala Terasa Berat
Kepala terasa berat
Tapi tanggungjawab masih banyak
Rasa hendak tersungkur
Bagaimana harus aku
Jadi orang yang berkualiti
Tapi tidak istiqomah
Ya Allah, padaMu ku serahkan segalanya, cukupkan bagiku agamaku
Tiada sesal bagiku jika itu yang terbaik untuk dunia dan akhiratku...
Terima kasih atau kesudian menjenguk dan merasai Kepala Terasa Berat
Belanja harta untuk diri dan keluarga
Assalamulaikum dan salam sejahtera,
Maksud Firman Allah S.W.T:
"Bandingan orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) adalah seperti sebiji benih yang tumbuh lalu menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai mengandungi seratus biji. Dan ingatlah, Allah melipat gandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmatNya) kurniaNya lagi meliputi ilmu pengetahuanNya"
Surah Al-Baqarah: 261
~~~~~~~~
Selamat hari Buruh aka Pekerja
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Sempena hari yang penuh sejarah ini
(macam hari ini dalam sejarah la plak)
Aye nak ucapkan selamat hari pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia
tak kiralah kepada sesiapa saja
yang bekerja kat rumah (isteri dan pembantu rumah)
yang bekerja kat ofis (swasta dan kerajaan)
yang bekerja kat kebun dan ladang
yang bekerja kat kilang dan kedai
.... hatta yang bekerja bawah 'pokok anggur' sekalipun
apa juga yang kita lakukan adalah bekerja ... kan???
cuma yang membezakan kita adalah upah dan masa bekerja serta cara kita bekerja
kalau nak tebal 'wallet' kena kerja lebih
dan yang penting tingkatkan integriti dan kurangkan kontroversi
sudah-sudah lah minta duit kopi ke... duit teh ke ... duit apa-apa jer lah...
utamakan yang halal kerana itulah yang akan diberikan kepada keluarga kita
macam pak menteri pulak...hehehehe
bukan apa cuma sekadar ingat mengingati...sesama manusia, selaku rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kesejahteraan....
~~~~~~~~~~
30 April 2010
Cerita sebuah awards
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Tertera di atas adalah awards yang diterima dari esya pemilik blog ecatir.
Aye nak tempek gak awards tu kat blog ni... sebab aye join contest yang dianjurkan oleh esya... bukan di blog ni tapi di blog suka-suki....
Untuk itu juga terima kasih kepada esya kerana meluluskan penyertaan aye walaupun pada awalnya macam dah give up juga sebab tak cukup syarat...
Terima kasih juga kerana bagi awards kat peserta contest...
Entry yang terlewat @ akukah yang terlewat
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sekali lagi entri ini nak bercerita tentang beberapa kejadian lewat beberapa hari lepas
bermula dengan lawatan di INTENGAH yang tersasar ke INTURA
kes sesat jalan? Bukan... silap arahan dan salah faham
kebetulan pada hari sama berlakunya kejadian paip pecah di laluan sama yang telah dilalui oleh kami pada tengaharinya....
Gambar hiasan. Koleksi peribadi |
Persiapan bacaan untuk menghadiri temuduga pertama ... tidak banyak yang dapat dibaca... kerana kesibukan menyiapkan presentation untuk IMPAK
selepas benchmark di INTENGAH terus attend temuduga
sesungguhnya jalan untuk itu telah dipermudahkan oleh Yang Maha Mengetahui dan Yang Maha Penyayang
temuduga pertama tidak lah susah mana... cuma perlu baca artikel yang diberikan dan faham.... kalau ada cerita lain boleh juga dikaitkan...dapat markah lebih
masuk bilik temuduga bertiga... walau bertiga debaran tetap sama...
Galeri Seni Tuanku Nur Zahirah menjadi saksi
check in di INTEKMA RESORT - 1023 dengan teratai
lepak sekejap... keluar makan...
ada orang sungguh sedih kerna kami lewat.... huhuhu
sambung semula perbincangan IMPAK sampai jam 1 pagi
esoknya sambung lagi....lepas sarapan
... sampai tengahari cukup lagi ahli....
bila dah petang.... 'biar sedih atau curiga' perjuangan tetap diteruskan... sampai malam... tanpa aye kerna perjuanganku harus diteruskan juga untuk esoknya.
Temuduga ke2, Menara SAAS menjadi saksi kekalutan aye...
namun selesai juga... dengan rasa puas bercampur sedikit rasa kesal kerana culas...
biarkan ia berlalu... mudah-mudahan keputusannya adalah yang terbaik untukku duniaku dan juga akhiratku....
Seterusnya ke Anggerik... menyambung perjuangan IMPAK...
hingga tengahari kami mampu bertahan... atas ehsan.... kami pulang awal....bukan tewas tetapi pulang untuk mencari nafas dan tapak baru bagi meneruskan perjuangan....
Volvo S60 menjadi saksi kepulanganku petang itu....bersama teratai...
terima kasih.
Ada apa dengan tajuk cerita?
Setiap cerita ada tajuk
tajuk membayangkan cerita
ada cerita tiada tajuk
kerna tidak membayangkan apa isi cerita
~~~~~~~~~~
Sekian
29 April 2010
Antara KIK, 5S dan Interview....
Assalamulaikum dan salam sejahtera
Maaf... ketandusan idea...
buat masa ni nak bertapa berehat seketika...
mungkin akan keluar lagi...
Untuk itu juga... terima kasih tidak terhingga kepada yang sudi singgah ....
~~~~~~~~~~~~~
24 April 2010
Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Artikel pada kali ini diterima melalui email tidak berapa lama. Mungkin juga sudah ramai yang membaca dan mengetahuinya. Namun apa yang penting bagi Aye artikel ini akan dijadikan sebagai ingatan dan panduan buat diri ini yang sering alpa.
Tahukah anda bahawa solat boleh merawat penyakit yang kritikal ?
Prof Dr Wan Abu Bakar (kanan) bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok bersama buku mengenai rahsia solat dari segi sains.
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Berikut adalah beberapa hasil kajian yang telah dilakukan berkaitan solat:
AKTIVITI OTOT - Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas
Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan. Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.
“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya. Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh. Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.
ISYARAT OTAK - Ng Siew Chok
Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya
Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.
“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.
Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.
Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.
Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian.
KOMPOSISI TUBUH - Dr Fatimah Ibrahim
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.
Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.
“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.
Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.
Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.
Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.
“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih
"InsyaAllah sikap sederhana dan amalan harian yang dilakukan secara berterusan menjamin kebahagian hidup."
~~~~~~~~
Andai ada sebarang kekurangan dan apa yang disifatkan sebagai Taghut, mohon dijelaskan di ruang kongsi pandangan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah dan yang tidak baik itu adalah kerana kelemahan hambaNya yang daif ini.
Langgan:
Catatan (Atom)
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
Hadis Nabi
1Malaysia
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
manusia
1Dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
minuman
Cuti Umum
Kursus
Nasihat Kehidupan
UiTM
Buku
Jiran Tetangga
Surah
Fesyen
Google
Pendidikan
Top Komentator
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Hadis
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Zakat
Cerpen/Novel
Hari Pekerja
Hiburan
Kelab Suami Isteri
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
wallpaper
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Iftar
Pageviews
Pengurusan Acara
Top entri
Trafik Organik
CopyPaste
Emosi
Global
Hadis Palsu
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kesihatan Mental
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA
catatann