Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Terdetik terlintas di kotak fikir
Biarpun bentuknya bukan sekadar kotak
Atau bentuknya tidak berupa
Apa saja bentuk asalkan bentuknya yang baik
Tertulis terlakar di kotak ini
Biarpun bukan dengan pena
atau juga tidak dengan kalam
apa saja tulisan asalkan memberi makna yang baik
Terlihat terbaca di ruangan ini
Biarpun bukan karangan yang panjang
atau juga bukannya idea menarik
apa saja asalkan mampu memberi input yang baik
apa saja ... bukan FBI
apa saja ... asalkan yang terbaik untuk memberi makna kepada kehidupan
.
Yang lorek itu kendi, yang merah itu saga. Yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Suka duka pentas dunia. Bersyukur dan fikir positif.
01 November 2011
31 Oktober 2011
Mengapa marah-marah kalau tiada sebab kukuh
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kalau sayang kenapa marah? Bukan apa catatan lahir sepantas kilat setelah terlintas di fikiran sebab baru lepas tengok drama Gerak Khas.
Babak pertama: pemandu wanita yang marahkan anggota polis wanita. Kenapa wanita suka marah-marah? Bila tengok cerita macam tak logik pun ada juga, boleh ke marah-marah polis macam tu walaupun sama-sama wanita. Dari cerita tu dah menunjukkan kita sekarang dalam keadaan tertekan dan stress sangat sehinggakan pihak berkuasa pun boleh dimarah-marah sesuka hati. Atau sekadar drama jer? Apa apa pun bawalah bersabar dan bertenang ketika berhadapan dengan apa-apa situasi yang tidak menyenangkan.
Babak kedua: teman wanita marahkan teman lelakinya (kononnya tunang), dengan alasan mengganggu dia kerja dan terpaksa melayan kehendak tunangnya makan. Bila dah sampai pertengahan cerita barulah faham rupa-rupanya teman wanita tadi dah ada pakwe baru la pulak... wanita wanita!
Adakah ini contoh yang baik? Walaupun baru bertunang dan tiada ikatan yang sah, tetapi sudah sanggup menduakan tunang... entah macam mana pula bila dah ada ikatan yang sah. Kerana kejujuran dan kesetiaan itu tidak semestinya terletak pada sesuatu ikatan tetapi terletak pada hati... Boleh?
...sesaja nak menghabiskan masa ...

30 Oktober 2011
Bila baby tumbuh gigi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Bila baby tumbuh gigi? Tempoh dan masa atau ketika usia berapa kurang jelas. Dari pengalaman aye sendiri, dah tiga (3) orang anak, semua-semua tu... masa tumbuh giginya berlainan peringkat usia. Keadaan bila tumbuh gigi juga berbeza dan lazimnya bila nak tumbuh gigi mereka demam paling lama seminggu... demam biasa lah... baby mungkin rasa tidak selesa sebab ada 'benda' keras dalam mulutnya... Nak cakap dari sudut perubatan tak pandailah la pulak coz belum lagi dan rasanya tak akan sempat kot nak masuk belajar bidang pergigian...
eh melalut pulak.

Inilah gambaran wajah seorang baby yang sedang menanggung kesakitan tumbuh gigi. Siang harinya asyik dok merengek, badannya 'dedor' tak pun 'cering-cering'... Minum susu sikit lepas tu muak... makan pun tak berapa nak lalu...
Ada petua orang tua-tua moden suruh bagi baby minum air 'ribena' tak pun oren.. Eh berpadalah bukannya pekat atau manis macam orang besar 'tagun'. Rasanya takat manis-manis buah jer.. Oih.. memang lah suka sangat-sangat si baby ni .. habis setengah botol.
Dan...
bila malam menjelang tiba... bila larut malam.... tidurnya tidak nyenyak... justeru bergilirlah umi dan ayahnya berjaga untuk menepuk dan menghayun buaian...
Namun yang pasti itu semua akan menjadi satu kenangan dan antara kenangan dan saat yang sungguh indah, walaupun siang esoknya umi terpaksa tersengguk-sengguk kat ofis kerana tidak berupaya meninggalkan kerja. Dan yang paling pasti keadaan baby tidaklah panas sangat... keluar sekejap bawa ke klinik dan sambung semula kerja... petang nanti pastikan umi dan ayah balik awal untuk mengikuti perkembangan kesihatan baby..
Semoga baby tabah, umi dan ayah serta abang dan kakak juga pasti bersabar dengan kerenah baby...
Sekian.
Masa yang baik dan sesuai untuk berblog
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Masa yang sesuai atau masa yang baik untuk berblog. Agak sukar untuk menentukan masa yang baik kerana ia terpulang kepada blogger untuk menentukan masanya sendiri.
Buatlah tajuk yang sesuai mengikut masa dan minat kita kerana dengan itu ia mendatangkan idea untuk menulis dan memberikan kita kepuasan.
Ada kajian (tidak rasmi) mengenai masa yang tertentu untuk keluarkan (publish) catatan pada blog kita. Antaranya jam 11.00 pagi, 1.00 tengahari, 6.00 petang, 10.00 malam dan 1.00 pagi atau 4.00 pagi. Antara masa-masa berkenaan kadang-kadang kita sibuk dengan kerja hakiki kita melainkan blogger sepenuh masa yang sentiasa menghadap skrin notebook atau netbook.
Apapun yang kita terbitkan pada blog yang penting gunalah bahasa yang betul dan boleh mendatangkan kebaikan kepada semua orang yang membacanya. Walaupun blog kita tidaklah popular tetapi ia mempunyai nilai (value) untuk diri kita sendiri dan seterusnya turut menjadi tatapan dan ingatan di masa hadapan mengenai apa yang kita buat sekarang.
Sekian, selamat berbloging. Jadilah blogger yang berhemah dan hentikan kegiatan yang tidak berfaedah.
>.<
?

Andai lalai membawa mudarat
Assalamualaikum dan selemat sejahtera,
Salah satu bentuk kelalaianmu terhadap dirimu sendiri adalah Anda berpaling dari Allah, yaitu saat Anda melihat sesuatu yang dimurkai oleh-Nya, lalu Anda berlalu begitu saja tanpa melakukan amar ma'ruf nahi munkar karena takut kepada orang yang tidak bisa memberikan manfaat maupun mudharat bagi Anda.
(Abu Abdurrahman al-'Umari az-Zahid)

29 Oktober 2011
Kerja Lebih Masa
Assalamualaikum selamat sejahtera,
Sesaja nak bercerita dan nak berkongsi rasa dan pandangan mengenai definisi kerja lebih masa bagi kakitangan kerajaan atau anggota perkhidmatan awam di Malaysia.
Mengikut Perintah Am Bab G;
b) Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan pada hari berikutnya sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan.
c) Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada tugas biasanya; dan
d) Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa yang terhad.
sumber: Perintah Am Bab G
Sesaja nak bercerita dan nak berkongsi rasa dan pandangan mengenai definisi kerja lebih masa bagi kakitangan kerajaan atau anggota perkhidmatan awam di Malaysia.
Mengikut Perintah Am Bab G;
- ‘Kerja lebih masa’ bermaksud kerja-kerja yang dijalankan di luar waktu bekerja pejabat biasa yang ditetapkan kepada seseorang kakitangan iaitu menjalankan tugas-tugas rasmi yang berkaitan dengan tugas rasmi jawatan hakikinya atau tugas rasmi bagi jabatannya. Kerja-kerja yang berkaitan dengan kerja-kerjaperibadi adalah tidak dikira sebagai kerja lebih masa.
- Kerja Siang” bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 6 pagi hingga 10 malam.
- “Kerja Malam” bermakna sebarang giliran bertugas tambahan yang dikerjakan di antara jam 10 malam hingga 6 pagi.
- ‘Kerja Kecemasan’ bermakna sebarang tugas yang diisytiharkan oleh Ketua Jabatan sebagai tugas kecemasan yang memerlukan tenaga pekerja lebih daripada biasa. Lazimnya kerja kecemasan ini ialah bagi memulihkan semula perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan penting yang terputus atau terganggu; atau memelihara perhubungan-perhubungan atau perkhidmatan-perkhidmatan tersebut daripada terganggu atau terancam. Suatu kecemasan itu hendaklah dianggap berakhir bila perhubungan-perhubungan telah tersambung semula atau perkhidmatan-perkhidmatan penting telah berjalan semula; atau apabila kedua-duanya lepas daripada gangguan atau ancaman.
- Corak kerja lebih masa juga adalah meliputi semua jenis tugas seperti perkhidmatan kaunter, pemerosesan, penyeliaan dan pengawasan dengan tertakluk kepada syarat-syarat kerja seperti berikut:
b) Kerja mustahak dan tidak boleh ditangguhkan pada hari berikutnya sebab penangguhan itu boleh memudaratkan perkhidmatan.
c) Kerja-kerja yang dikehendaki dibuat oleh anggota melebihi daripada tugas biasanya; dan
d) Kerja-kerja yang perlu diuruskan dalam jangkamasa yang terhad.
sumber: Perintah Am Bab G
28 Oktober 2011
Kegunaan lampu signal untuk apa?
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Lampu signal. Tentunya cerita tentang lampu signal ini terutama berkaitan pengguna jalan raya sudah sering kali keluar dalam blog, twitter ataupun facebook. Cerita-cerita itu sudah tentu berkaitan rasa tidak puas hati dengan pemilik kenderaan lain yang suka "menyimpan" lampu signalnya untuk digunakan ketika kecemasan.
Bila fikirkan kecemasan yang bagaimana lagi sebenarnya mereka perlukan untuk menggunakan kelebihan yang ada pada lampu signal. Sesiapa pun akan terasa geram kalau dah sekian lama menunggu di simpang tiga tiba-tiba kereta tu .... nak masuk kiri... Ya Allah rasa nak sumpah seranah pun ada. Kenapa tak bagi signal dulu... sakitnyaaaa hati.
Okey lah... kira kita ni memang baik... dan memang baikpun, anggap saja orang tu yang tidak bagi signal kerana beberapa sebab berikut:
Silakan,
,
sumber gambar: google.com |

- terlupa jalan dah sampai dekat baru nampak jalan
- tangannya sakit tak boleh nak 'cuit' suis lampu signal
- dia nak cepat... ada kecemasan di rumah atau di ofis
- lampu signalnya rosak dan tak dapat berfungsi dengan baik
- dia tersilap 'cuit' suis.. nak petik suis lampu terpetik suis 'wiper'... hahahha
- kesian kat dia... tak jumpa suis signal..
Silakan,
,
27 Oktober 2011
Penetapan Tarikh Hari Raya Aidil Adha 1432 H / 2011
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Selamat Hari Raya Raya Aidil Adha. Selamat hari Raya Qorban, Selamat Hari Raya Haji. Eid Mubarak. Inilah di antara rangkaian ungkapan yang sering kita lafazkan atau kita ucapkan menjelang hari yang dimaksudkan.
Hari ini, 27 Oktober 2011 bersamaan 29 Zulkaedah 1432 merupakan tarikh melihat anak bulan Zulhijjah. Telah diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu bahawa 1 Zulhijjah 1432 adalah jatuh pada 28 Oktober 2011, maka dengan itu 10 Zulhijjah 1432 jatuh pada hari Ahad bersamaan 6 November 2011. Seperti kebiasaannya hari berikutnya adalah hari cuti umum. Namun begitu kita nantikan dulu andainya ada pengumuman secara rasmi oleh pihak-pihak yang berkenaan.
Nantikan cerita-cerita menarik mengenai ketibaan hari raya Qurban...
.
,
Sebahagian hawa nafsu
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Perkongsian makna dan ingatan buat diri agar sendiri berwaspada dengan amalan di sepanjang kehidupan.
Sekian, semoga menghasilkan manfaat.
Perkongsian makna dan ingatan buat diri agar sendiri berwaspada dengan amalan di sepanjang kehidupan.
Sesungguhnya diantara bagian hawa nafsu yang tersembunyi adalah merasa senang apabila amalan yang kita perbuat dilihat oleh orang lain.(Ibnul Atsir)
Sekian, semoga menghasilkan manfaat.
26 Oktober 2011
Antara kaya dan miskin
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Kaya. Ada banyak pengertian mengenai kaya. Kaya harta seperti wang ringgit yang berjuta-juta di bank, kaya harta seperti banglo 2 3 tingkat atau tingkat 2 3 ekar... eh kaya ker?.
Maksud kaya bukan sahaja kepada kaya harta dunia tetapi juga kaya dengan budi pekerti dan adat sopan dan kaya jiwa seperti tidak mudah putus asa dan tidak mudah tunduk kepada kehendak nafsu.
Bukan niat nak memberi ceramah motivasi atau ceramah keagamaan tetapi sekadar berkongsi rasa dan pendapat. Berkenaan dengan maksud kaya. Kita sering memahami bahawa kaya itu kaya wang ringgit dan kaya itu untuk diri kita sendiri atau untuk keluarga kita.
Aye (Saya) pernah terdengar perbualan seorang sahabat yang katanya dia dah cukup kaya. Dia dah kaya kerana mempunyai gaji yang sudah cukup untuk keluarganya, anak-anak sudah besar dan masing-masing sudah punyai kerjaya sendiri dan mampu menyara hidup sendiri. Beliau juga sudah kaya kerana sudah mampu ke Mekah sebanyak 4 kali. Kita andaikan menunaikan haji sekali dan diikuti dengan umrah 3 kali. Oleh kerana dia sudah 'cukup kaya' maka tidak perlu lagi dia mengejar wang ringgit kerana baginya masa yang ada sekarang adalah untuk beribadat dan menunggu mati. Astaghfirullah! Sungguh aye tidak sangka begitu sekali pandangannya mengenai kekayaan.
Memang benar dan tiada yang tidak benar bahawa harta dan kekayaan itu milik Allah dan dipinjamkan kepada kita ketika di dunia untuk menikmati hidup ini. Tetapi bukankan kekayaan yang kita miliki itu untuk dikongsikan bersama dengan insan lain. Bukankah 'tangan yang di atas itu lebih mulia dari tangan yang dibawah'? Oleh itu, bukankah dengan kekayaan yang kita miliki itu boleh pula kita salurkan kepada insan-insan lain yang memerlukan.
Disamping kita bekerja dengan hasil titik peluh sendiri kita sudah dianggap beribadah sekiranya ia dilaksanakan dengan niat yang ikhlas untuk keredhaan Allah. Dan hasil yang kita perolehi itu, atau kekayaan yang kita miliki itu dibelanjakan untuk keperluan keluarga kita, saudara mara kita dan sahabat handai atau jiran tetangga yang terdekat kita akan dapat ganjaran pahala untuk bekalan di akhirat kelak. Tambahan pula bila dibelanjakan atau disumbangkan pula kepada fakir miskin atau lain-lain asnaf yang memerlukan... Subhanallah! banyak sungguh ganjaran yang kita perolehi. Ditambah lagi dengan sumbangan zakat harta dapat pula membantu dan menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.
Dengan itu, kaya bukanlah bermakna untuk lingkungan kehidupan kita sahaja sebaliknya ia meliputi semua dan seluruhnya yang berada di sekitar kita.
"Harta jika diletakkan sebagai alat, ia akan menyelamat. Tetapi jika ia menjadi matlamat, ia akan membawa mudarat"
Sekian.
Langgan:
Catatan (Atom)
Carian
Label
Mutiara Kata
hikmah
ahli hikmah
kehidupan
Blog
giveaway
Keluarga
aktiviti
Wordless Wednesday
gambar
anak
Amalan
Blog list
makanan
Doa
Puisi
catatan
Kesihatan
Sahabat
Islam
Pinjaman artikel
Bloglist
Corak
Isu Semasa
Blogger
Muhasabah diri
motivasi
Lirik lagu
Bulan Islam
Cabaran
Promosi
ads
dunia
PageRank
Puasa
Biografi
Blog Review
Nasihat Kehidupan
minuman
Cuti Umum
UiTM
Kursus
Buku
Surah
Fesyen
Pendidikan
Top Komentator
Hadis
Kueh Raya
Trafik
Ibu bapa
masjid
Cuti Sekolah
Majlis
ekonomi
Bunga
Masakan
Perancangan
Top Blogger
Alam Sekitar
Entri Pilihan
Kraftangan
Musim Perayaan
Pekerja
Hari Pekerja
Hiburan
Kuih Raya
Pelajar
Segmen Blog
misteri
Affiliate
Hari Malaysia
Hari Raya
Hari Wanita
IPT
IPTA
Pageviews
Top entri
CopyPaste
Emosi
Global
Hari Kebangsaan
IT
Insuran
Integriti
Jenama
Kisah dan Teladan
Masyarakat
Minyak wangi
Post Pilihan
Prosedur
Teknologi
Trending
Universiti Teknologi MARA