Pengikut Setia

04 Ogos 2011

Kalau sayang buat apa?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Kalau sayang... buat apa?  Lain macam jer bunyinyer...Soalan yang sebenarnya macam ni...

"kalau sayang ummi alif kena buat apa?"... haa... baru betul

"kalau sayang ummi, kena dengar cakap ummi, kalau ummi panggil cepat datang, kalau pergi surau jangan buat bising, jangan bergaduh dengan adik, kena puasa...setengah hari boleh?"

"kenapa setengah hari jer?"

"sebab kat tadika tadi ada sukan... letih sangat"

..... tiada jawapan.... "tanya ayah lah"
*-*



*

Golden Churn punya cerita pulak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

kredit picture to DTS
(DTS ambil di mana tu memang tak tau, tapi yang aye tau gambar ni ambik kat DTS... )


Akhirnya terjawab sudah alkisah tentang status halal dan haram mentega Golden Churn.  dan memang sahlah mentega Golden Churn itu haram untuk orang Islam kerana mengandungi DNA 'kerbau pendek'. 

Nasib baik dan seingat aye lah... memang tak pernah guna, tapi jumpa tu pernah la kot ... kat TESCO ke kat GIANT... tak pasti pulak....

Mentega ni (Golden Churn) memang tak pernah guna, sebab bila buat kek atau kueh, biasanya kita orang (aye dan mak aye dan adik2 aye) guna marjerin Planta tak pun marjerin Daisy sesekali ada la marjerin keluaran Felcra, apa ke namanya dah tak ingat pulak... Dah dekat nak raya ni... ehhh dekat eh... belum seminggu puasa lah...

Well, semoga kita semua terpelihara dari segala ancaman musuh yang nampak dan tak nampak...

Selamat berpuasa!

Dah tanya | Jawablah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Dah tanya aye jawab

cari apa lagi

cari alasan untuk cuti

Nak cuti rehat ke cuti sakit atau cuti kecemasan

cari jari yang runcing atau cari sebab dan kisah berkaitan jejari

cari mopol purifying fluid atau cari kicap kipas udang

cari kenangan indah untuk kuatkan semangat atau pulih semangat yang hilang

cari tempat berbuka puasa atau cari bazar ramadan

cari butik baju raya atau cari tukang jahit baju

cari songkok atau cari sampin

cari kueh tradisional atau nak tempah kueh

Carilah apa-apa, jawapan tu semua ada di sini

Tapi yang pasti dan satu-satunya yang pasti adalah...

semua jawapan itu tergantung ....

kan?

*-*

03 Ogos 2011

Wordless Wednesday | Air Buah Banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,




Antara berdiri yang remeh dan berdiri yang sempurna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


layan sekejap mutiara hikmah ini sempena bulan Ramadhan.  Aye nak pi mesyuarat jap... heh... ntah banyak benor mesyuarat nye... dah jadi macam muka mesyuarat pulak... asal jumpa jer tanya... 'eh! ada mesyuarat ker? Tak pun lagi baik punya soalan... 'tak pi mesyuarat ker?' ... ehhh hermmm... muka mesyuarat la pulak... minit pun tak sempat nak draf lagik... dah siap nak proof read pulak... tapi lega sikit hari ini mesyuarat nye tak der makan minum... lega satu bab... tak sibuk nak urus panggil catering... kalau tidakk... dapat lagi satu gelaran... asal telefon jer tanya ... 'nak order makan? berapa orang? ada VIP tak?... huih.... tak kuasa lahhh...apa pun hidup mesti berani ...

terbabas jap... nak cerita pasal lain ... dok membebel tak tentu pasal pulak...heheh Sorry...

baca ini yer...

"Seorang hamba berdiri di hadapan Allah dalam dua keadaan. Keadaan yang pertama adalah ketika ia berdiri dalam shalatnya dan yang ke dua adalah ketika ia berjumpa dengan-Nya (di akhirat kelak). Maka barangsiapa menyempurnakan berdirinya dalam shalat, maka akan dimudahkan baginya berdirinya di hadapan Tuhannya. Sebaliknya, barangsiapa yang meremehkan berdirinya dalam shalat dan tidak menyempurnakannya, maka akan disulitkan baginya berdirinya di hadapan Tuhan-Nya. Allah berfirman: Dan pada sebagian dari malam, sujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bagian yang panjang dimalam hari." (al-Insan: 26)  (Imam Ibnul Qayyim)





Sekian... semoga bermanfaat. Selamat berpuasa

Wordless Wednesday | Menternak lemak di Marry Brown Batu Gajah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Menternak lemak bersama Marry Brown

Ayat skema yang macam dah biasa baca kan?... hehehe memang dengan niat yang tulus dan mulus ini nak meniru gaya blogger yang comel dan montel... sapa ?.... cik epal la... memang jeles serius sangatlah ni... (tak nak guna ayat jeles giler nanti mencemar bahasa... uwekkk) mana tidaknya baru jer dapat RM5,000 ++ dari nuffnang... tahniah cik epal, mudah-mudahan cepatlah kurus yer...
bila nak tiba giliran aye nih... nak sampai RM1k pun jadiklah...

*-*
.

02 Ogos 2011

Aktiviti senggang di bulan Ramadhan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

apa lagi aktiviti masa lapang di bulan Ramadhan kalau bukan tidur.... tapi kan dalam banyak2 aktiviti kenapa mesti tidur? sebab ada orang kata kador balik tidur malam tadi yang tak cukup kerana solat tarawikh campur dengan bangun sahur... kalau tidak ngantuknyaaa... macam mana nak drive.

sebenarnya selain dari tidur ada lagi aktiviti yang sangatlah berfaedah dan mendatangkan pahala...

tak tau earkkkkkk....


bukan sahaja berbloging join segmen-segmen... hehehe... terkejut ehhh... tu la banyak sangat dah gambar dia kat sini... so tambahkan kebanyakan itu lagi... nak membebel... sebab join teka-teka mummy ayu tadi... nun kat bawah tu... dah salah...

eh... aktiviti apa nie... bukan tu la maksudnya....


ini ha...

tadarus al quran... hari ni dah masuk hari kedua... group aye kena baca juzuk 6 sampai juzuk 12, mesti habiskan sebelum 20 Ramadhan 1432 sebabnya lepas tu ada majlis khatam quran... teringat pulak zaman bebudak dulu...

aye kalau janji nak upload gambar sendiri memang tak pernah tepati ... sebabnya ... malas nak layan nokia N95 tu, memori dah hampir penuh nak delete yang mana tak tau.. so tak nak lah janji tapi kalau ada tu ada lah gambar.. Pusat Islam pun oke kan sebab aye susah sikit nak interframe muka sendiri... kalau awal-awal dulu ada la tersesat sekeping dua... tapi rasanya nak delete lah...

Sekian selamat menyambut Ramadhan 1432


Sedang menunggu sesuatu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


sedang menunggu sesuatu?
yang sedang menunggu sesuatu
apa yang ditunggu?
Nak tau ker?
hmm....


sedang tunggu ... sesuatu la..














sedang  menunggu sebuah jawapan yang bukan pada persoalan tetapi

bagi jawapan untuk ini... Mummy Ayu bilang akan update hari ini...
sapa yg join..
apa jawapannya
and sapa yg memang
agak-agak la... apa benda nie?
Sorry lah.... dah tutup dah... nak tahu jalan cerita nya... link ada kat atas... tak pun kat sini  Mummy Ayu















Whoops!

Assalamualaikum,




Whoops... pagi-pagi lagi Nuffnang dah ada problems... tak dapatlah nak tengok perkembangan analisa hari ini... untuk pagi ni aje kot... tengok pulak petang nie...


hehh?



01 Ogos 2011

Jurnal sang Julai 2011

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

gambaran analisa nuffnang bagi bulan Julai 2011.  Sesuatu yang agak mengejutkan dan agak luar biasa juga, kerana sepanjang perkenalan dengan nuffang tidak pernah lagi analisa bilangan pengunjung bulanan mencecah sehingga 1100 apatah lagi sehingga 1600.  Ada imporovement di situ dan suatu peningkatan yang agak membanggakan.  (bangga diri erhhh... subhanallah!)

ini pula gambaran analisa bagi kata kunci aau keywords yang sempat menyinggah di blog.  lihatlah yang paling top sekali adalah jejari runcing dan telah mengalahkan nik zaris nelydia... untuk bulan Julai 2011.  mungkin juga kerana kisah pertunangan mereka atau juga kisah perhubungan mereka.  Aye tak mau komen lah pasal hubungan mereka tu... kerana aye tak tahu menahu dan memang tiada kaitan lansung dengan mereka... mereka?... siapa mereka?.... hanya jauhari yang mengenal manikam...

ini lagi gambaran kata kunci yang diperolehi dari blogger... blogpsot... kelihatannya hampir sama dengan nuffnang... ehhh, memang lah sama kan sebab ini blog yang sama... perghhhh.

dan... tidak dilupakan beberapa blog daripada 10 link utama yang telah menyumbangkan trafik ke sini.  Antaranya lailyqaisyirah.com (54) dan bulanjatuhkeriba.blogspot.com (16) tak ketinggalan juga yang paling tinggi sekali adalah mr google Malaysia, Indonesia dan Singapura.  Lain-lain tu bukan tiada cuma tak termasuk dalam top ten aje.

Diringkaskan cerita, terima kasih kepada semua yang telah banyak memberi sumbangan idea dan juga perkongsian maklumat.  Secara jujurnya aye akui, memang tak banyak improvement yang dapat dilakukan dalam masa yang singkat ini memandangkan hambatan masa kerja dan masa untuk keluarga, sehingga ada ketikanya aye terbebel sekejap di sini dan adakalanya wordless dan sesekali idea membeku. Namun hidup seorang blogger macam tu lah ada pasang surut, tak kira masa.  Bila ada idea banyaklah nak dicatatkan tetapi bila tiada senyap jer... tak pun merapu... heh



Sekianlah adanya... Selamat berpuasa


Carian