Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
gambaran analisa nuffnang bagi bulan Julai 2011. Sesuatu yang agak mengejutkan dan agak luar biasa juga, kerana sepanjang perkenalan dengan nuffang tidak pernah lagi analisa bilangan pengunjung bulanan mencecah sehingga 1100 apatah lagi sehingga 1600. Ada imporovement di situ dan suatu peningkatan yang agak membanggakan. (bangga diri erhhh... subhanallah!)
ini pula gambaran analisa bagi kata kunci aau keywords yang sempat menyinggah di blog. lihatlah yang paling top sekali adalah jejari runcing dan telah mengalahkan nik zaris nelydia... untuk bulan Julai 2011. mungkin juga kerana kisah pertunangan mereka atau juga kisah perhubungan mereka. Aye tak mau komen lah pasal hubungan mereka tu... kerana aye tak tahu menahu dan memang tiada kaitan lansung dengan mereka... mereka?... siapa mereka?.... hanya jauhari yang mengenal manikam...
ini lagi gambaran kata kunci yang diperolehi dari blogger... blogpsot... kelihatannya hampir sama dengan nuffnang... ehhh, memang lah sama kan sebab ini blog yang sama... perghhhh.
dan... tidak dilupakan beberapa blog daripada 10 link utama yang telah menyumbangkan trafik ke sini. Antaranya lailyqaisyirah.com (54) dan bulanjatuhkeriba.blogspot.com (16) tak ketinggalan juga yang paling tinggi sekali adalah mr google Malaysia, Indonesia dan Singapura. Lain-lain tu bukan tiada cuma tak termasuk dalam top ten aje.
Diringkaskan cerita, terima kasih kepada semua yang telah banyak memberi sumbangan idea dan juga perkongsian maklumat. Secara jujurnya aye akui, memang tak banyak improvement yang dapat dilakukan dalam masa yang singkat ini memandangkan hambatan masa kerja dan masa untuk keluarga, sehingga ada ketikanya aye terbebel sekejap di sini dan adakalanya wordless dan sesekali idea membeku. Namun hidup seorang blogger macam tu lah ada pasang surut, tak kira masa. Bila ada idea banyaklah nak dicatatkan tetapi bila tiada senyap jer... tak pun merapu... heh
Sekianlah adanya... Selamat berpuasa