Pengikut Setia

13 Mei 2011

Rancangan tergendala

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Rancangan awal yang dibuat secara tiba-tiba, walaupun dah rancang tapi tak sangka menjadi pulak.  Di malam Jumaat yang murni ini, suatu rancangan baru yang hebat telah terlaksana namun hanya separuh jalan.  Kita mampu merancang tetapi takdir yang menentukan.  Sesungguhnya kita manusia dan insan yang lemah dalam membuat keputusan.  Namun kelemahan itu bukanlah halangan untuk kita terus maju tetapi boleh juga dijadikan sebagai panduan di masa hadapan.



sekadar gambar hiasan dan tiada kaitan dengan jalan cerita....isk3
Nak tahu rancangan apa?  Beginilah dipanjangkan cerita, malam ini malam Jumaat ada Majlis Tilawah Al-Quran peringkat Negeri Perak di lansungkan di Pusat Latihan UiTM Kg Gajah Perak.  Sepetang tadi telah terfikir untuk pergi asalnya hanya berdua-duaan sahaja, namun tak sampai hati nak tinggalkan dua permata hati kat rumah... eh! permata hati yang ke-3 tu memang la... kena tinggal kalau berpergian malam2 cenggini.  So... bawaklah mereka berdua itu... belum lagi sampai dah tidur dalam Exora yang luas nih... ye lah... seharian tak tidur. OK.. sampai dah tempat yang dituju... bangunkan mereka dengan kasih mesranya menuju ke tempat makan (makan dulu baru selesa perut di dalam).



Sampai jer ke Dewan Bankuet, deme kata dalam dewan udah penoh... so keme numpang le duduk kat luar bawah khemah... huih anginnya sepoi-sepoi bahasa... ditemani nyamuk-nyamuk yang kelaparan.  Baru jer MB tiba kira-kira jam 9.00 malam... tak dapat nak tengok jelas sebabnya kami dok kat khemah, keter MB tu menuju ke Dewan, so tengok jerlah kat skrin tu hahhh... besar gedabak... alif kata macam tengok wayang... (mana tahu ntahnye... macam le pernah pi panggung wayang!) lantaklah...



Hasrat hati paling tidak dapat lah tengok Qari dari UiTM Perak (wakil Perak Tengah gamaknya) bertarannum kat astaka tu... tapi tak kesampaian, baru jer Imam Besar Masjid Perak Tengah baca doa permulaan, permata hati berdua tu udah buat perangai... sorang lapor yang lagi sorang cari ayah ... pulak!.. Sabor yer anak-anak, ... tak buleh jadik jugak, sampai jer Pegawai Agama berucap... makin kuat lah pulak angin deme tuh... aih... tak bleh jadik cam nih... moh le apaknya kita balik... anak2 udah meragam... karang lagi kuat pulak deme ngaji kat luar nih ngalahkan Qari dan Qariah kat dalam dewan tu pulak... balik lah.... ke Seri Iskandar... adalah 40 minit perjalanan biasa dari Pusat Latihan UiTM ke SIDEC ni... apaknya udah merajuk... ummi?... sambung buat blog nih ha... pas tu dok ngirakan kojer esok ngan hari KOnvo nanti...... Jemputlah datang yer ke PESTA KONVO UiTM PERAK pada 13 dan 14 Mei 2011! Banyak acara menarik yang disediakan.  Aye idak le terlibat secara lansung dengan perancangan pesta tu tapi nak jugak pergi tengok... pasti meriah nyer...



Itulah kesudahannya cerita sebuah rancangan murni yang tergendala di Malam Jumaat... Kome ingat rancangan apa?...



p/s:  Tajuk asal telah ditukar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

07 Mei 2011

Siapa aku akan menghadap?

Assalamulaikum dan selamat sejahtera,









Ayahku pernah mengatakan bahwa apabila 'Ali bin al-Husain selesai berwudhu dan telah bersiap untuk shalat, tubuhnya akan gemetar dan menggigil. Pernah ada seorang lelaki yang bertanya kepadanya tentang hal itu, maka 'Ali bin al-Husain menjawab, 'Celakalah Engkau! Tidakkah kau tahu, kepada siapa aku akan menghadap? Dan kepada siapa aku akan bermunajat?'
(al-'Utaibi)

Teluk Batik kawasan perkelahan terindah di Seri Manjung

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu,


Teluk batik merupakan kawasan perkelahan yang terindah di Seri Manjung.  Selain daripada pantainya yang bersih, lanskap persekitarannya juga menarik.  Teluk Batik menerima pengunjung yang ramai pada hujung minggu terutama pada musim cuti sekolah.  Terdapat beberapa buat chalet untuk menginap dan apartment untuk disewa ketika bercuti di Teluk Batik.  Lain-lain maklumat mengenai kemudahan-kemudahan yang ada boleh didapati dari laman web Majlis Perbandaran Manjung (MPM).

Gambar di atas kiri, adalah antara mercu tanda atau pintu gerbang yang menyambut pengunjung ke kawasan pantai di Teluk Batik terletak di belakang deretan gerai cenderamata.  Gambar sebelahnya adalah anak tangga yang menuju ke suatu tempat rahsia... yang pastinya ia bukanlah tangga seribu seperti yang terdapat di Bukit Bendera Pulau Pinang... Nak tahu? Berdekatan dengan tangga berkenaan ada sebuah pondok laluan, carilah ia di Teluk Batik.

Dah penat berjalan rehat sekejap di deretan kiosk 'kosong' yang ada.  Kesempatan ini diambil oleh anak-anak untuk lepak dan merayau di kawasan lapang sebelahnya.  Terdapat juga flora dan fauna yang indah-indah.

Jika ke Teluk Batik jangan lepaskan peluang untuk menikmati aiskrim kembar yang enak dan menyelerakan terutama kepada anak-anak.  Ibubapa?... sesekali menikmati keindahan zaman kanak-kanak apasalahnya.  Cubalah aiskrim yang hebat itu... (Alif kata aiskrim ini rasanya sungguh hebat!).  Selepas makan aiskrim jalan-jalan tepi pantai di laluan pejalan kaki dan sekiranya bernasib baik dapat melihat sekawan burung-burung kecil berterbangan mengeliling pondok di kawasan sekitar.

"Pasir putih tepi pantai, ombak lari berkejaran, engkau berlari aku mengejar, di antara deru rindu kita berduaaaa"
Masa orang tak ramai bolehlah berlari berdua... menarik kan?


Dah seharian berlari, selepas menikmati lazatnya rasa aiskrim yang hebat dan keindahan alam di Teluk Batik... tiba masa untuk pulang...Sebelum meninggalkan Teluk Batik pastikan anda tidak meninggalkan sampah sarap merata-rata, gunakan tong sampah yang disediakan.

Yang sebenarnya ada banyak gerai yang menjual cenderamata seperti 'langsir siput', kipas siput, baju T... dan bermacam-macam lagi.  Cuma tak sempat nak 'capture' di sini sebab jurugambar dok sibuk bershopping hingga terlupa nak 'pukul' gambar...

Teluk Batik.... here we come!

Sekian.

06 Mei 2011

6 perkara penting baru sempurna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Ada enam perkara, apabila dimiliki oleh seseorang maka telah sempurnalah keimanannya :

(1) memerangi musuh Allah dengan pedang,

(2) tetap menyempurnakan puasa walaupun di musim panas,

(3) tetap menyempurnakan wudhu walaupun di musim dingin,

(4) tetap bergegas menuju mesjid (untuk melaksanakan shalat berjama'ah) walaupun di saat mendung,

(5) meninggalkan perdebatan dan berbantah-bantahan walaupun ia tahu bahwa ia berada di pihak yang benar dan

(6) bersabar saat ditimpa musibah.


(Yahya bin Muadz)

6 Mei 2011 dapat kad ucapan istimewa | Perlu tayang ke tidak?

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada yang berkenaan,


Pagi-pagi buka e-mail... walahai... sukanya.  Terfikir jugak nak buat entry tentang kad ini...tetapi kot2 nanti dikatakan perasan...

Tapi dah habis fikir lah ni... masa rehat tengahari baru sempat nak karang.. tu pun malas jugak nak mengarang panjang lebar...

Jangan jeles yer... sesiapa yang kerja di UiTM pasti dapat kat macam ni...Kad ini aye yang punya.


Terima kasih Dato'

05 Mei 2011

Panjang ceritanya tetapi bagus untuk hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Pintu menuju kecerdasan ada empat :
(1) al-khauf (takut),
(2) ar-raja' (harap),
(3) al-mahabbah (cinta) dan
(4) asy-syauq (rindu).

Tiap pintu tersebut memiliki kunci masing-masing.

1)  Melaksanakan ibadah fardhu (wajib) adalah kunci pembuka pintu al-khauf;
2)  melaksanakan ibadah nafilah (sunat) adalah kunci pembuka pintu raja';
3)  cinta, senang dan rindu untuk beribadah adalah kunci pembuka pintu al-mahabbah; dan
4)  senantiasa berdzikir kepada Allah dengan hati dan lisan adalah kunci pembuka pintu asy-syauq.


(Dzun Nun)

04 Mei 2011

Rezeki bulan Mei 2011 | Nuffnang Buffered Earnings

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Rezeki bulan Mei 2011.  Bulan Mei 2011 bermula dengan 1 Mei 2011 Hari Buruh Pekerja, beberapa hari kemudiannya bertambah lagi umur ku.  Bulan Mei juga ada hari Ibu, ada juga hari ulang tahun perkahwinan kami dan ada bermacam-macam peristiwa lagi... ha.... Konvokesyen UiTM ke-74...




Kembali semula kepada rezeki yangbaik untuk bulan ini....
as at 3 May 2011

Bulan Mei juga dapat tambahan Buffered Earnings dari Nuffnang... simpan lama-lama ye BE tu..

Antara Kempen yang sedang menyinggah adalah
3.  Mamil Gold - tiada catatan lagi... akan datang

Hopefully akan bertambah lagi...
Terima kasih Nuffnang

Sekian

*.*

Aktiviti siang hari 1 jam saja tak lebih kurang jangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Jangan ditanya apa mereka nak buat dalam masa 1 Jam
Jangan ditanya juga apa nak dibuat dalam masa 1 jam
Dalam masa 1 jam macam-macam boleh buat
Antaranya; update blog sambil makan snickers dan minum air kotak dutchlady
Heh?... yup kalau makan nasi beriani gam ker nasi berlauk ker mana nak hupdate blog pulak.... habis 'selemoih' keybord

Sambil dengar agu Teratai nyanyian Paparock....
banyak pengajaran dalam lagu Teratai

sekian... sambung lah...nak solat Zuhur pulak nih...

Jaga pandangan | Jangan pandang-pandang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Pandangan mata itu sering menipu
Membuatkan kita kadang-kadang leka dan alpa
Pandangan hati menjadikan kita lebih berhati-hati
...





Barangsiapa menjaga pandangannya dari hal-hal yang haram, menanah diri dari syahwat, mengisi batinnya dengan muraqabah (merasa diawasi oleh Allah), menghiasi amalan lahirnya dengan mengikuti sunnah Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dan tidak memasukkan ke dalam perutnya kecuali yang halal, maka firasatnya tidak akan meleset.
(al-Kirmani)

03 Mei 2011

Update cepat | PageRank dan Alexa dah menjunam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Khabarnya (kabur jer) Alexa telah atau sedang mengemaskini traffic.  termasuk juga dalamnya adalah blog aye... Hm... hari ni menunjukkan kejatuhan mendadak traffik Alexa... adakah kerana aye tidak pernah menyiarkan berita tentang gossip artis Malaysia.  Nak buat cerita tentang gossip artis Malaysia memang bukan bakat aye... kalau gossip kat ofis boleh ler... (twink2)... Idak ehhh.... tak buat gossip, kalau bercerita cerita yang benar di sebalik setiap kisah... dan rasanya tak pernah dan tak akan pernah menyebut nama individu terbabit secara langsung (bukan siaran langsung).  Selalunya aye akan buat cerita yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan kaitannya dengan kehidupan kita di "sana"... eeeiiii takut pulak... nanti terbabas pulak.



Sesiapapun yang singgah dan terbaca catatan ni pasti kehairanan (at least bukan macam rusa masuk hotel armada).  Ya lah mana tak hairannya kalau tak pernah buat cerita sensasi tentang fasha sandha atau tentang rozita che wan yang cun melecun (terutama setelah jadi duta produk Safi Rania... persis ratu gitu...) tetiba perasan nak meletup meledak macam Beautifulnara.com. Huh!  memang perasan habis... dah tu pula kalau buat cerita tentang berita semasa selalu jer terlewat dan terbabas... sesekali jer ikut time contohnya macam cerita tentang Piala Suzuki AF 2010.  cerita tentang blog jari runcing pun sekadar di pinggiran jer... nak tumpang glamer konon... last2 dah rasa macam lari dari landasan keretapi pulak...hehehe


Akhirnya Hidup Seorang Blogger yangbaik ni seperti terawang-awang seperti layang-layang terputus talinya kerna disambar dek petir dan halilintar... tu lah gambaran kejadian setelah kekeringan idea dan tak dapat nak update selalu.  Makanya Rank Aleza Kassim Alexa jatuh menjunam seperti bom yang terhempas ke banglo mewah... ...sedihnye....

Eh... walaupun blog picisan kena ambil tahu jugak tentang PR dan Alexa nih... kerana semua itu memberi sedikit inspirasi dan semangat untuk terus berjaya dalam dunia blogging.


sekian... selamat berblogging dengan penuh iltizam dan semangat jitu untuk kebaikan sejagat.

Carian