Pengikut Setia

Memaparkan catatan dengan label Exora. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Exora. Papar semua catatan

08 Julai 2011

Saya Sayang Exora Saya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Teringat suatu ketika, macam biasa yangbaik suka buat ayat tergantung kan?...
Iklan Exora selalu bermain dan berlegar di blog nih... eh macam ada kena mengena pulak.

Tak berapa lama kemudian, Exora buat lah anouncement untuk uji pandu... dan dapat jemputan dri bor eyriqazz.com... eh eh jemputan tu melalui facebook dan terbuka kepada semua yang berminat la kot... Memang nak pergi sangat, tapi apa kan daya memang tak boleh sebab urusan kerja walaupun ujipandu Exora tu adalah pada hari Sabtu.... huhuhuuu  tu yang sedih.... tu

Ha... sesiapa yang tahu, memang akan terasa pelik kan?... sebab buat apa nak pergi ujipandu lagi kalau dah ada... Sesaja jer nak meramaikan majlis dan nak merasa memandu ramai-ramai macam konvoi pulak... hehehe... sajaaa

By The Way... saya memang sayang dengan Exora saya... kerana selain daripada menjadi kenyataan memilik kereta besar, ia juga adalah hasil titik peluh kerja dan rezeki untuk anak-anak juga. Ha! tulah sesiapa yang nak merasa pakai kereta besar kena lah ada anak ramai ... betul tak... Macam Bro Eyriqazz anak baru satu jer, kenalah tambah lagi 2 ker... baru sesuai kan?... Tapi bila dah dapat ujipandu tentu teruja sangat kan.

Sebab yang kedua mengapa saya sayang dengan Exora saya adalah kerana ini
...
dah lama dah bertapak kat Buffered Earnings Nuffnang.  Semoga berterusan dan akan terus lagi bertapak dan kalau boleh mem'banglo' kat sini ehhhh... Ye lah... kalau sekadar bertapak itu untuk khemah jer... dan dah tentu sekejap... tapi khemah ni dah bertapak lama... so untuk lebih lama lagi kena lah buat banglo... macam Banglo kat Puncak Iskandar di Bandar Seri Iskandar... Aye suka sangat...

Selain dari itu, Proton Persona pun sesuai juga dijadikan sebagai kereta kedua kan?

Hmmm.... merapu jer la...

Sekarang nih dok sibuk blogger cari SEO pasal bulan Ramadhan dan Hari Raya... tak pun pasal perhimpunan bersih pada 9 Julai 2011.  Oppss.. bercakap pasal perhimpunan bersih tu... harap-harap nama aye taklah termasuk dalam senarai 91 individu yang dilarang masuk ke KL.  Lagi pun apa nak buat kat KL tu esok... kat sini jer pun tak terlayan dengan segala kerenah dan mehnahnya yang macam ragam...

Ha... cakap pasal Exora semula... boring kan?... lantak aaahhh...

Gambar Exora aye?... hehehe... belum tangkap lagi... dan tak der lagi... nanti aye capture dan boleh kongsi kat mana-mana cerita yang akan datang kan?

Sementara itu, inilah gambar sebenar Exora... hadiah daripada Nuffnang... terima kasih nuff...
untuk ketahui lebih lanjut mengenai Exora.... klik SINI


Okeh nak berehat jap... dah penat lari ke sana ke mari...

04 Mei 2011

Rezeki bulan Mei 2011 | Nuffnang Buffered Earnings

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Rezeki bulan Mei 2011.  Bulan Mei 2011 bermula dengan 1 Mei 2011 Hari Buruh Pekerja, beberapa hari kemudiannya bertambah lagi umur ku.  Bulan Mei juga ada hari Ibu, ada juga hari ulang tahun perkahwinan kami dan ada bermacam-macam peristiwa lagi... ha.... Konvokesyen UiTM ke-74...




Kembali semula kepada rezeki yangbaik untuk bulan ini....
as at 3 May 2011

Bulan Mei juga dapat tambahan Buffered Earnings dari Nuffnang... simpan lama-lama ye BE tu..

Antara Kempen yang sedang menyinggah adalah
3.  Mamil Gold - tiada catatan lagi... akan datang

Hopefully akan bertambah lagi...
Terima kasih Nuffnang

Sekian

*.*

26 Februari 2011

Servis Kereta di Tiang Siang Sitiawan | Guna Petronas Syntium Dapat Mug

Assalamualaikum,


Catatan dibuat bagi pihak seseorang yang telah dengan gigihnya baru-baru ini servis Proton Exora 1.6 (MT) di Tiang Siang, Sitiawan.  Servis untuk kali yang ke berapa 'tak hingat'...

Antara kandungan dalam servis berkenaan adalah Petronas Syntium 800 SL 10W/30 ... dapat hadiah mug cantik macam dalam gambar kat atas (abaikan X kat bucu gambar)

Perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Tiang Siang memang tip-top tetapi belum lagi mencecah 10/10 atau 9/10.  Semasa menunggu kalau boleh bawa laptop Toshiba Satellite L200 atau notebook 1Malaysia, iPad pun buleh jugak... naik tingkat 1 kat cafe ada ruang untuk berblogging atau berfaceblog kerana di situ ada ruang wifi percuma, sambil minum secawan nescaffe bersama roti bakar, agak2 nak santai lagi buleh makan aiskrim... Magnolia sherbet?... tak tengok lagi... rasanya tak der kot sebab peti aiskrimnya kecil jer.  Selain dari itu boleh merayau-rayau kat ruang pameran tengok jugak berbagai jenis kereta antaranya Honda, Toyota dan Perodua.  Dah puas merayau boleh baca surat khabar atau menonton tv.

Kalau nak beli kereta pun buleh juga.  Cari En Haship, layanannya memang memuaskan.

...

Carian