Pageviews

Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label makanan. Papar semua catatan

24 Jun 2014

Lempeng Oat cicah sambal tumis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lempeng cicah sambal tumis


Lempeng atau penkek kampung cicah sambal tumis memang sedap dimakan tidak kira masa.  Lempeng untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang atau makan malam... juga sedap.  Kandungannya memang sesuai sangat dengan selera 'anak tekak' orang Melayu menyebabkan ianya boleh di makan pada bila-bila masa.  Janji buat dengan penuh kasih sayang rasanya pasti lebih memikat selera ahli keluarga... kan?? :D

Lempeng oat di dalam piring coca-cola. :P

Lempeng boleh juga dijadikan menu untuk berbuka puasa atau bersahur.  Tetapi rasanya jarang sangatlah lempeng dijadikan menu untuk berbuka puasa memandangkan banyak lagi menu luar biasa yang boleh diperolehi di mana-mana bazar Ramadhan.


Lempeng, sambal tumis ikan bilis berkentang (comot nya) dan teh o panas. Sedap!!!

Ketika di kampung dulu atau ketika kecil dulu, lazimnya adunan utama lempeng adalah kelapa muda.  Tetapi sekarang kan dah duduk di pekan, mana nak dapatkan kelapa muda.  Yang ada air kelapa muda banyak lah itupun isinya tak berapa ada.

Kita sekarang dah moden jadi tidak salah kita modenkan sikit resepi lempeng.  Bak kata orang tua-tua "tiada rotan akar pun jadi".  Jadi sekarang ... daripada kepada muda kita tukar kepada 'quaker oat'.

Ada sesiapa nak resepi lempeng quaker oat?



19 Jun 2014

Bihun Sup power untuk makan tengahari

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bihun Sup Power!!!


Bihun sup ini sebenarnya beli dari cafe untuk breakfast pagi tadi. Tetapi tidak sempat baru makan separuh dah bos panggil ... ada perjumpaan.  Dah agak dah memang akan ada perjumpaan tetapi tak sangka pula secepat ini.  Jadi, makan sikit... tutup bekas dan masuk bilik bos... bla bla bla bla @#$@#$@#$&*** isu sensitif. :P  Hampir setengah jam jugaklah dalam bilik bos.  Bila masuk bilik ... bihun sup pun dah sejuk.  Letak tepi sikit tunggu tengahari sambung makan... sejuk pun sejuklah, sekarang ni musim panas kena banyak makan yang sejuk-sejuk baru tidak naik angin.  Asyik makan panas jer ... menggelegak dalam perut tu yang jadi angin habis satu badan.

Haishhh ... lari topik pula.

Yang sebenarnya.... pada kebiasaannya saya akan sarapan dengan ofis-mate di cafe.  Memandangkan hari ini teman saya itu cuti dan sorang lagi meeting, sorang lagi pulak puasa, yang lainnya bawa bekal makanya tinggal saya seorang.  Nak makan di cafe seorang tu tidaklah rasanya walaupun di cafe tu ramai orang.  Eeeeiii .... tak pernah dibuat makan sorang-sorang.  Kalau dulu pernah juga tetapi tidaklah selalu.  masa mula-mula sampai ke sini... belum kenal orang lagi.

Banyak juga menu lain antaranya nasi lemak, nasi goreng, kuetew, bihun, bubur nasi dan kueh mueh.  Tetapi hati terpaut dengan bihun sup.  Layan diri yer ... ambil kuah sendiri dan ikat sendiri. Orang ramai dah tak terlayan dek pekerja cafe.

Cerita ni memang lintang pukang... kejap atas kejap bawah... apa nak buat memory lost sekejap.  Ingatan pun tak berapa stabil sebab ingat macam-macam.  Habis lunch sambung blogging... sat lagi sambung buat kerja pula.

Sekian adanya... kisah di sebalik bihun sup power untuk makan tengahari.  Cubalah!!

:P



09 Mei 2014

Tempeyek mini kudapan rangup pilihan ramai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tempeyek mini kudapan rangup pilihan ramai.


Tempeyek atau rempeyek merupakan makanan ringan orang Malaysia sejak dahulu.  Kewujudannya sejak bila aye tak tahu tetapi sejap kecil lagi memang dah ada.  Masa kecil dulu (zaman sekolah rendah dan menengah) selalu juga tolong arwah emak buat untuk hidangan di hari raya.  Macam-macam version ada.  Antaranya letak kacang tanah dan kacang hijau dan tidak ketinggalan ikan bilis.

30 April 2014

29 April 2014

KFC Zinger Reloaded | Rezeki dinikmati dan disyukuri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


KFC adalah ringkasan untuk Kentucky Fried Chicken.  Mustahil ada orang tak tahu.  Dah berzaman KFC bertapak di Malaysia.  Kalau nak ikut hitungan mungkin sudah hampir sama umur YANGBAIK atau lebih lagi.

KFC memang terkenal dengan kerangupan ayam goreng dan kepelbagaian menu yang dihasilkan dari ayam termasuk burger.  Kali ini KFC mengeluarkan Zinger Reloaded Combo.



16 April 2014

Menu petang semalam bersama anak-anak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Petang semalam, nak kata rajin tak juga tetapi untuk memenuhi kehendak dan hasrat anak-anak mak umi terpaksa menjadi chef dan tukang masak yang handal.  Kerana tukang masak kerjanya senang.  Nak masak pakai campak-campak jer apa bahan yang ada.


nasi goreng udang

Bila tiba bab memasak macam ni.

Rabu Tanpa Kata | Kueh kesayangan ramai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




#puteriayu



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia
#doauntukMH370



$$$$$

24 Mac 2014

Dia dah pandai buka sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apa yang dia buka sendiri tu?

Ketika kami anak beranak sedang asyik menonton tv tiba-tiba kedengaran bunyi pintu ais dibuka.  Tak siapa pun endah dengan bunyi pintu peti ais dibuka.  Maklumlah sedang kusyuk menonton tv.

Tiba-tiba kedengan suara menjerit.. "Abid buat apa tu?"

Apa lagi umi pun melompat le nak ke dapur.  Tak sempat sampai dapur, Abid dah meluru lari ke ruang tamu dan ternampak Abid pegang otak-otak di tangan kirinya.  Melelong-lelong berlari menuju ke depan tv, ingatkan tadi meluru ke muka pintu.  :D



Baru terperasan rupa-rupanya Abid dah 'kupas' sendiri otak-otak yang diambil dari peti ais.  Otak-otak semalam yang ayah bawa balik.

Terus saja duduk depan tv... lepak-lepak sambil makan otak-otak.  Macamlah boleh habis seketul tu.  

Abid memang suka makan otak-otak, tambahan otak-otak yang ayah bawa balik ni tak pedas sangat.  Isinya juga halus dan sedap.  Sesuai sangat dengan kanak-kanak seusia Abid; 1 tahun 5 bulan.


Nak otak-otak?  Dah tunjuk, nak ambil tak bagi pula.  Terus masuk mulut.  Sekali ngap sepenuh-penuhnya dalam mulut.  Geram betul.


Sekali makan, masuk banyak-banyak... nak tolong suapkan tak bagi.  Sudahnya sampai termuntah-muntah.  Itupun tak serik lagi... nak makan juga.  Tapi tak habispun... Abid makan separuh saja.

Abid dah pandai buka otak-otak sekarang nie... memang nak sangka.  Ohh... umi sudah ketinggalan dengan perkembangan anak-anak dek kesibukan dengan urusan kerja.  Mudah-mudahan belum terlewat untuk umi terus mengikut perkembangan anak-anak.

Jom makan #otak-otak.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia



$$$



20 Mac 2014

Roti dan sekaya menu sarapan pagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Roti dan sekaya memang tidak boleh dipisahkan.  Umpama lagu dan irama, enak bersatu dalam aroma, enak dimulut kenyang di perut.


Roti dan sekaya pilihan

Roti dan sekaya merupakan makanan kesukaan anak-anak.  Mereka tidak akan makan yang lain selain dari roti dan sekaya setiap pagi.  Sekiranya hidangan selain dari roti dan sekaya... kurang sangat dijamah.  Anak-anak kan...

Pernah satu hari, ayahnya menukar menu dari roti sekaya kepada roti telur.  Sikit sangat mereka jamah.  Hanya cubit dihujung saja.

Nak kata terkilan, tak perlulah ... anak-anak masa sekarang memang begitu agaknya selera mereka.  Cuma mungkin sedikit menyukarkan kerana perlu mengikut selera mereka sahaja.  Walau apapun semoga umi dan ayah mampu mengikut rentak mereka.  Atau kelak mereka akan mampu mengikut rentak umi dan ayah pula.

Roti dan sekaya memang sedap terutama bila dibakar bersama mentega... harumannya memang membuka selera.  Agaknya itulah yang menyebabkan anak-anak terpikat.

Di mana dan bagaimana nak susun ayat ni... perenggan dah berterabur.  Tulisan pun dah tunggang langgang.  Nak kata banyak sangat mengarang tak juga.

Cukuplah dulu cerita caca marba pagi ini.


#pray4mh370


suka duka pentas dunia


$$$ 


19 Mac 2014

09 Mac 2014

Susahnya nak makan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Susahnya nak makan.  Kenapa banyak sayur?  Cili pun ada juga.




08 Mac 2014

Bijirin bayi dengan susu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bijirin bayi dengan susu untuk bayi berusia 6 bulan ke atas.

Beli bijirin dapat mug comel

28 Januari 2014

Sambal Tumis Sotong Kembang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sambal Tumis Sotong Kembang di dalam kuali

Malam-malam ni buat cerita tentang makanan pulak eh... Sebelum tidur mengarang cerita sambil memekakkan telinga mendengar panggilan 'Acik' ajak tidur bersama.  Begitulah dia setiap malam... kadang-kadang melemahkan semangat umi nak mengarang... dok asyik 'peram' dia tidur sampai umi pun terlena sekali diulit mimpi... :P

Pengenalan sering kali 'tak boleh blah'.  Asyik merapu jer.  Korang yang baca ni janganlah berkecil pulak ehh.  Aye bukannya rajin sangat nak mengarang panjang lebar... kalau banyak sangat tulis nanti banyak pulak yang merapu.  Tetapi kadang-kadang ada isi juga tau... itupun entah bila datang angin rajin mencari maklumat... heeee

Sambal tumis sotong kembang.  Dah hampir seminggu rasanya beli sotong kembang, simpan dalam peti ais menunggu angin rajin dan mencari semangat memasak yang semakin hilang... blurr betul lah nak masak pun kena tunggu angin.... kannnnn. Bukannya tak pernah memasak, hari-haripun memasak juga tetapi cukup sekadar ikan goreng, ayam goreng kunyit, telur dadar.  Itu jer yang sempat tambahan pula anak-anak memang tak makan makanan yang 'pelik-pelik' ni... Mereka cuma kenal ikan dan ayam goreng jer.  Bukannya tak pernah masak lauk lain tetapi ... itulah mereka sentuh sikit dan akhirnya tinggal umi dan ayah jer yang habiskan... Jadi nak memasak yang istimewa seperti sambal tumis sotong kembang ni memang kena tunggu angin dan semangat.

Kenapa sambal tumis sotong kembang?  Kalau nak ikut jawapan anak-anak, mereka akan jawab selamba dan skema la sangat... macam ni "umi memang pandai masak, masakan umi sedaplah" dan macam-macam jenis pujian yang kadang-kadang tak masuk akal umi pun ada.  Dan ... pujian mereka kadang-kadang buat umi keliru adakah harus umi masak macam ni setiap hari atau sesekali saja.

Sambal tumis sotong kembang... masa zaman aye kanak-kanak atau remaja belia dulu tak berapa ingat berapa kali makan.  Mungkin pernah jumpa tetapi tak makan sebab tak suka kerana pedas.... haaa.... kan anak-anak dah ikut... hehehe.  Tidak lah sangat, masa remaja dulu kan terpengaruh dengan rakan sebaya kalau makan seafood nanti muka tumbuh jerawat.  Entah apalah sangat dengan jerawat masa tu... tempek bedak sejuk hilang lah... kannnn

Sambal tumis sotong kembang sekarang ni sudah menjadi makanan kesukaan dalam rumah kami... anak-anak pun dah semakin pandai makan... tak kiralah umi buat pedas ke pedor ke... mereka okey jer... Saaaayang umi... hehehe

Sekian adanya serba sedikit penjelasan berkaitan sambal tumis sotong kembang.  Bukan entri resepi tetapi lebih kepada cerita di sebalik sambal tumis sotong kembang.  Kalau korang nak resepi meh cari kat blog Che Mat Gebu.  Banyak resepi menarik di situ.

Terima kasih kerana sudi membaca hingga sini... nantikan episod berikutnya.


suka duka pentas dunia
yangbaik.blogspot.com


$$$

18 Januari 2014

18 Januari 2014 | Jangan usik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


nampak tak 'notis' yang tertera pada cebisan kertas putih itu?
Kalau tak nampak sila klik pada gambar untuk pembesaran tulisan

Masih lagi tak nampak?
Meh nak bagi tahu pada cebisan kertas itu tertulis " ini Alif punya, Alif tengah melukis"

11 Januari 2014

Makan lewat malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nak kata pengaruh rancangan Supper TV9 tak juga tetapi dari rancangan tu dapat idea nak buat cerita pasal makan lewat malam ni.

Malam-malam sebelum ini bukannya tak pernah makan lewat tetapi jarang-jarang sangat makan lewat malam, atas sebab kesihatan.  Memang tidak elok makan lewat terutama selepas jam 10.00 malam.  Kalau nak makan juga sekadar 3 atau 4 keping biskut tawar cicah teh o.

09 Januari 2014

Akibat kehabisan gas memasak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Akibat kehabisan gas memasak macam-macam boleh jadi terutama ketika perut sedang lapar sangat ... masak mee segera tak sempat siap... mesti geram kan... rasa nak telan jer periuk.  Heee ekstrem sangat la pulak...Tidak sampai nak makan periuk besi tu... YB bukanlah wanita besi. Ngeeee


Konon-konon tengahari tak nak makan sebab nak simpan untuk makan petang plus makan malam.  Sampai rumah... tengok-tengok lauk dah habis yang tinggal hanya telur yang belum dimasak.  Jadi... apa lagi 'cekoh' jer apa yang ada... campak-campak dalam kuali. Sedang baik punya tunggu lauk masak.... tiba-tiba api dapur bertukar menjadi perlahan... eh sapa pula yang usik ni... kuatkan sikit... makin perlahan pulak... kuatkan lagi... terus hilang dari pandangan... adakah pandangan ku kabur.  Jerit la kat encik suami... gas dah habis aaaa... cepat nak masak tak sempat siap lauk nie... 

Ceee... encik suami pun telefon la kawan baiknya pengedar gas memasak di kawasan berhampiran.  Okey siap! kejap lagi dia sampai... tunggu punya tunggu dah masuk 15 minit... tak juga sampai... salah masa kot.

Tak per kita ada ikhtiar lain.  Masuk minit ke 20 tak sampai juga tong gas idaman tu... 'moh lerah' kita cari ikthiar.

Inilah ikhtiar yang ada, tak der gas letrik masih ada.  Bukan tak nak jimat tapi hidup mesti diteruskan.  Entahlah mana satu nak berjimat... jimat gas kurangkan memasak?  Kurangkan makan boleh ? Jimatkan letrik pun ada kaitan juga dengan memasak dan aktiviti kehidupan yang lain...  Panda-pandailah agihkan penjimatan asalkan hidup diteruskan seperti biasa... atau seperti luar biasa?

Gas dah habis letrik ada.  Boleh juga digunakan untuk memasak.  Walaupun tidak serupa tetapi makanan itu masih boleh dinikmati.  Alhamdulillah.

Apa nama makanan yang umi masak ni?  Anak-anak dok sibuk bertanya.  Pelik sangat ker.  Memang pelik sebab umi tak pernah guna 'sandwich maker' untuk bakar telur 'scrumble'.  Ha... korang dah tahu kan apa nama makanan ni. Nak kata ajaib tak juga cuma pelik sikit. Heeee

Makanan di atas tu adalah campuran segala macam sumber makanan dari bawang, telur, cili, kentang, tomato, telur dan susu cair.  Susu cair pun ada?  Yes.  Okey tak kalau umi ajak anak-anaknya makan... kemudian cakap pada anak-anak... korang tak makan ni rugi la kat hotel pun tak der makanan cam ni... umi jer yang boleh buat.. semua diam... tak peduli pun.

Tak perlah... umi makan dengan inas jer. Ayah tak nak makan katanya sedang diet.  Dietlah sangat!

Dah habis makan pun pembekal tong gas tu tak sampai lagi... kalau tunggu tadi memang kelaparan la sangat.

Akhirnya dan malam baru sampai... harga gas memasak satu tong sekarang nie rupanya 28 ringgit yer. Huuu tak pernah ambil tahupun sebab yang selalu uruskan adalah encik suami... puan isteri ni masak jer apa yang ada.  Mungkin harga tu termasuk caj penghantaran.

Ikhtiar hidup mesti ada untuk meneruskan kehidupan.  Jangan sampai menyusahkan orang lain dan diri sendiri dah la.


suka duka pentas dunia


$

28 November 2013

Kenyang makan SNIKERS

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Snickers adalah makanan untuk orang lapar.  Kalau lapar memang lain macam.  Bukan sahaja jadi lemah longlai tetapi yang bagusnya nampak orang pun rasa nak telan... terutama bila kena marah... hahaha

Bertepatan sangat dengan motonya "Hungry? Grab a Snickers"
Biasanya ini adalah makanan untuk tengahari kira ganti makan tengahari.  Mengapa?
Sebab bila banyak kerja tak sempat nak ke kafetaria yang tak berapa dekat sangat.  Nak pijak tangga pun malas apatah lagi nak angkat punggung dari kerusi yang empuk nie... :P

Nak kata kenyang tu ... boleh lah buat lapik perut sementara tunggu petang balik ofis singgah di Jumbo Restoran makan nasi ayam ataupun nasi goreng ikan rebus.  Terus ganti makan tengahari plus makan malam dan 'supper' sekali.

Mana tidaknya bila dah balik rumah memang tak sempat nak pegang periuk kuali belanga.  Mana nak layan kerenah anak-anak lagi, nak basuh pinggan mangkuk yang berserakan dalam singki... tambah lagi dengan sindrom MNM.

Apa itu MNM?  Nantilah kita cerita ehhh... 

Dah... nak sambung kerja sikit lagi.

sekian adanya

suka duka pentas dunia

08 November 2013

Bubur Jagung Mak Haji

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Bubur Jagung Mak Haji

Teringatlah zaman kecil dulu nak makan bubur jagung selalu bukan senang.  Kena tunggu musim cuti sekolah baru jumpa.  Sebabnya masa cuti sekolah tolong kat kebun atau ladang jagung sesekali kat ladang kacang. lepas mengutip jagung dapatlah 'souvenir' jagung dari tuan ladang.  Masa tu rasa bangga tak terkiralah sebab dapat bawa balik hasil usaha sendiri untuk makanan sekeluarga.

Ehh... jangan salah faham pula.  Bukan kena paksa tetapi memang masa zaman sekolah rendah dan zaman kanak-kanak suka cari kerja sendiri untuk tambah belanja sekolah.  Bukan salah mak bapak tetapi memang keinginan sendiri untuk belanja sekolah.

Dari tajuk bubur jagung dah lari pulak ke zaman sekolah.  Ada kaitan tu antara bubur jagung dan zaman sekolah.

Sebenarnya bubur jagung untuk pencuci mulut tengahari ni beli dari kedai makan 'Mak Haji'.  Tak ingat lah nama restoren tapi itulah yang digelar oleh 'ofis-mate'.  Secara kebetulan lepas makan semasa nak bayar ternampak bubur jagung atas meja... mula-mula tu ingatkan untuk sedekah.. :P (banyaklah sedekah!!) Untuk sedekah ada juga tetapi bubur ini untuk dijual... so kenalah beli.

Ambil sendiri sebungkus kongsi dua orang.  Balik makan di 'ofis' sementara tu teringat pula blog tak 'update' lagi... okeh lah bahan untuk'update' blog tengahari ni adalah bubur jagung mak aji (sebutan yang biasa).

Lepas makan jangan lupa berus gigi =)

Cerita untuk petang ni, malam ni dan untuk esok tak tahu lagi.  Ingat nak buat cerita mengenai bola kuning dan bola pink.

Sekian adanya.



suka duka pentas dunia


06 November 2013

Antara cendol pulut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Tidak lah lama sangat tak makan cendol pulut. Tetapi petang tadi... rasa teringin pulak.

Singgah tepi jalan dekat SKIP beli cendol + pulut walhal badan ni tak berapa sihat lagi. Hingus pun dok meleleh.... ish3

Orang tua pernah berpesan kalau demam belum kebah jangan makan pulut...pantang tu. Tetapi orang muda ini mudah lupa, dah makan lenguh kaki tangan barulah 'padan muka'...

Dah makan ubat demam....pun masih lagi sengal satu badan. Nasib baik masih boleh berblogging... layan jugak lah..


Suka duka pentas dunia

posted from Bloggeroid