Roti dan sekaya memang tidak boleh dipisahkan. Umpama lagu dan irama, enak bersatu dalam aroma, enak dimulut kenyang di perut.
Roti dan sekaya pilihan |
Roti dan sekaya merupakan makanan kesukaan anak-anak. Mereka tidak akan makan yang lain selain dari roti dan sekaya setiap pagi. Sekiranya hidangan selain dari roti dan sekaya... kurang sangat dijamah. Anak-anak kan...
Pernah satu hari, ayahnya menukar menu dari roti sekaya kepada roti telur. Sikit sangat mereka jamah. Hanya cubit dihujung saja.
Nak kata terkilan, tak perlulah ... anak-anak masa sekarang memang begitu agaknya selera mereka. Cuma mungkin sedikit menyukarkan kerana perlu mengikut selera mereka sahaja. Walau apapun semoga umi dan ayah mampu mengikut rentak mereka. Atau kelak mereka akan mampu mengikut rentak umi dan ayah pula.
Roti dan sekaya memang sedap terutama bila dibakar bersama mentega... harumannya memang membuka selera. Agaknya itulah yang menyebabkan anak-anak terpikat.
Di mana dan bagaimana nak susun ayat ni... perenggan dah berterabur. Tulisan pun dah tunggang langgang. Nak kata banyak sangat mengarang tak juga.
Cukuplah dulu cerita caca marba pagi ini.
#pray4mh370
suka duka pentas dunia
$$$
roti..letak sekaya..lepas tu bakar..lagi best..hehe
BalasPadamkemudian tabur bijan... lagi kow... hihihihi
Padamini menu semalam ni kak...he he he...
BalasPadamkat rumah akak... menu ni boleh jadi hari-hari... :D
Padamtak makan roti sekaya... makan roti dengan jem... sedap jugak.
BalasPadam