Pageviews

Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hobi. Papar semua catatan

27 Februari 2012

Bakal Pemain Badminton Negara

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Gambar seorang bakal pemain badminton negara.
Pemandangan di belakangnya memang menarik sangat.  Itu baru di capture dengan Nokia N9.  Kalau dapat capture dengan DSLR ke lagi cantik kan.


Sudah agak lama juga menyimpan hasrat hendak bermain badminton.  Namun dek kesibukan ayahnya maka dikesempatan yang ada bermainlah dengan kawan-kawan yang tidak sebaya.  Tidak sebaya kerana umur mereka agak jauh dari umurnya.  Bayangkanlah umurnmya baru mencecah 6 tahun sedangkan pemain yang lain sudahpun berusia 9 ke 10 tahun.


eh... tak sangka pula anakku itu kidal rupanya. 
Walau apapun tak pernah disebut pula cita-cita bila besar nanti nak jadi pemain badminton, memang tiada dalam senarai cita-citanya.
Mungkin juga bermain badminton sekadar hobi masa lapang. 

sekian.  coretan ringkas seorang ummi kepada bakal pemain badminton negara.  

.

07 Februari 2012

Majalah Nur | Februari 2012 | Asyik Bekerja Ibadah Jangan Dilupa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Sekali lagi berkongsi maklumat dan catatan majalah Nur keluaran Februari 2012 dengan tema Asyik Bekerja Ibadah Jangan Dilupa.  Agak terlewat sedikit cerita memgenai Nur Februari 2012 dikeluarkan dan seperti biasa alasan skema adalah kerana masa.

Tidak seperti review bulan Januari, review majalah Nur untuk bulan Februari 2012 akan dilebihkan sedekit kepada isi kandungan mengikut segmen majalah.  Antaranya:

Segmen Gaya, Cantik & Sihat:
1.  Cover Story:  Wahida mencabar diri sendiri
2.  Variasi feysen Mix & Match:  Sut senada serlahkan gaya - memaparkan gaya berfesyen ke pejabat dan Inspirasi Timur Tengah - gaya busana muslimah polos atau bercorak
3.  Pearl Haya:  Kian mengorak langkah, menampilkan fesyen mempesona & elegan, termasuk juga senarai pengedar negeri iaitu Pahang, Pulau Pinang, Melaka, Perak dan Sarawak serta Brunei.
4.  Al-Humaira:  Serlah gaya berhijab
5.  Rekaan terkini pereka muda:  Inspirasi Rumah Melayu Melaka
6.  Ummi Riaz:  Lycra Berkaki
7.  Ekspresikan gaya... Fesyen yang lebih santai
8.  Ilham gaya ringkas - Gaya terkini buat si cantik manis
9.  Bijak bergaya:  Hanya 10 minit
10.  Kepelbagaian selendang dan tudung sarung
11.  Penambah seri
12.  Imej Muslimah:  Kesesuaian pakaian - antara korporat, pejabat dan kerja
13.  Ekspresi diri - tampil elegan dan diri lebih yakin
14.  Solekan ekspres ke pejabat
15.  Gaya hidup sihat - elak kanser hati, diet gagal

Segmen Kerjaya, Bisnes & Kewangan
1.  Keluarga bahagia jadi keutamaan
2.  Pakar pemakanan atur tabiat makan
3.  Hilangkan gemuruh, mantapkan ucapan - Cabar diri anda ketika bekerja
4.  Dunia perniagaan, antara mitos dan fakta
5.  Jimat belanja, uruslah koleksi pakaian
6.  Busana muslimah pilihan

Segmen Mom's Corner
1.  Keperluan percutian bayi.  Antaranya tabungan, pengendong bayi, pembantu, keperluan bayi - bekal susu, beg susu, pemanas susu, set mandian bayi serta ubat-ubatan.
2.  Awas, kesan pendedahan media pada anak
3.  Penawar kala duka
4.  Bayi jatuh katil - simptom yang perlu diberi perhatian
5.  Anak tak mahu ke sekolah - kenalpasti faktor dan tip
6.  Melentur buluh:  Anakku, hargailah wangmu
7.  Terokai dunia sains dan teknologi
8.  Rawatlah mahligai yang retak - 9 langkah untuk panduan, iaitu berikan komitmen, hentikan menyalahkan pasangan, fahami apa yang dimahukan, berhemahlah pada pasangan, rancanglah percutian berdua, berani bertanggungjawab, masihkah anda di haluan yang sama, komitmen untuk memaafkan dan berdoalah dan binalah rumah tangga Islam.
9.  Surah Mathurat jadi amalan keluarga

Segmen Citra Muslimah
1.  Personaliti berinspirasi:  Getaran semangat 365
2.  12 keburukan meremehkan dosa
3.  PPAS kini mencapai misi
4.  Lupakan Peguam untuk gelaran Cikgu
5.  Pemergian ayah beri kesedaran
6.  Batasan pekerja lelaki dan wanita
7.  Hukum memakai kanta lekap
8.  Muti'ah rela dirotan suami
9.  Fokus:  Work Smart, elak tidak cukup masa.  Keluarga jadi keutamaan.  Masa Akhirat vs Masa Dunia
10.  Pengurusan matlamat kecemerlangan karier
11.  Beban kerja @ kurang masa
12.  Sosial @ Anda akan tertinggal
13.  Semarak kasih

Segmen Air tangan & Deko
1.  Resepi Tiramisu,Pavlova, Tat Buah-Buahan, Parfeit Beri,
2.  Seleksi Mi Cina: Mi Wantan Goreng Seafood, Kuetiau Goreng Daging, Sup Wantan dan Mi Wantan, Low Shu Fun Goreng (Claypot atau Hot Pan), Mihun Goreng Singapura, Low Shu Fun Goreng Lada Hitam, Kuetiau Goreng Daging Kantonis Berkuah, Mi Goreng Udang Galah Sri Karak
3.  Kraf Kotak bantu tajamkan ingatan
4.  Jalinan kreatif dengan felt
5.  Mencipta landskap sendiri
6.  Indahkan laman

Segmen Saffiya - khas untuk si bujang
1.  Belajar erti kehidupan
2.  Rakan serumah:  rahmat @ beban
3.  Aktif dalam majlis kemasyarakatan
4.  Hati-hati ketika sendiri - terdapat 21 langkah pencegahan
5.  Tiada hari tanpa novel
6.  Anggun dengan aksesori

Sekian adanya.  selamat membaca.

.

10 Januari 2012

Muffin Kismis Mentega Kacang 'Kick Start'

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,



Rasanya sudah terlalu lama sangat tak masak kueh mueh terutama muffin atau kek.  Sedangkan anak-anak Yangbaik memang suka sangat dengan kek.  Namun 3 hari lepas, datang kekuatan baru setelah terjurmpa keratan akhbar di rumah mertua, Batu 10 Lekir.  Apa yang menarik minat adalah resepinya yang mudah dan makanannya memang kesukaan keluarga. 

Balik dari Lekir, dalam perjalanan balik ke rumah di SIDEC Yangbaik singgah di Kedai Runcit Rahmat (memang kedai kesukaan Alif, sebabnya nanti citer di lain ruangan) beli keperluan untuk membuat muffin.  Bahan-bahannya memang mudah dan murah.  Balik rumah sampai dah malam, mood pun dah kedaung bertambah dengan keriuhan anak-anak, simpan jer dulu bahan-bahan tu. 

Hari ini (sebenarnya pada hari Isnin), pada waktu malam selepas makan nasi kerabu yang dibeli dari pasar malam, tiba-tiba datang semangat nak buat muffin... apa lagi geledah le kabinet dapur tu selongkar periuk oven dan acuan segala bagai lagi... bilas sambil lalu dan lap.. operasi pun bermula.  Tak lah susah sangat cuma nak dapatkan mood jer yang susah sikit... dah siap... Alif orang pertama yang merasa dan memang dari awal lagi tunggu nak makan kek yang ummi masak... sabor jer la.. Dah makan ... la Alif tak suka pula sebab ada kismis.  Alif... kata tak suka tapi hampir 10 biji muffin dimakannya... dah kenyang macam-macam alasan pulak.

Dipendekkan cerita di sini diperturunkan resepi berkenaan yang telah Yangbaik olah sedikit mengikut kesesuaian dan citarasa sendiri.

Muffin Kismis Mentega Kacang










Bahan-bahan:

200 gm mentega
100 gm gula caster
3 biji telur
1 sudu teh esen vanila
300 gm tepung serbaguna Blue Key
1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
80 gm kismis
40 gm coklat urai
50 gm peanut butter (kasar)

Cara membuat:

1.  Pukul mentega dan gula hingga kembang.
2.  Masukkan telur sebiji demi sebiji dan diikuti esen vanilla, kacau hingga sebati.
3.  Ayak tepung dan serbuk penaik di dalam bekas lain.
4.  Masukkan kismis, coklat urai dan mentega kacang, kacau rata.
5.  Tuang adunan tepung ke dalam mangkuk berisi mentega sedikit demi sedikit sambil mengacau hingga rata.
6.  Masukkan adunan yang telah siap ke dalam mangkuk kertas sehingga 1/3.
7.  Bakar selama 20 - 25 minit atau sehingga kekuningan.

Sekian, selamat mencuba.

09 Januari 2012

Lakaran pertama bernilai tinggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Inilah rupa lakaran pertama oleh si cilik bucuk.... Dah pandai pegang pensil, kertas dan pemadam juga.  Asal pertama dulu dapat kertas jer terus koyak.  Ummi ingat mungkin juga masa mengandungkan dia dulu ummi suka shred kertas. So mungkin terbawa-bawa dek si cilik kot.  Tak per lah, pelan-pelan ajar jangan koyak buku pulak. 

Lakaran pertama ni nampak macam biasa jer tiada makna. Tu kata ummi sebab ummi bukanlah tergolong dalam golongan artistik... tak seni langsung. Masa sekolah dulu, kelas seni selalu jer kantoi.  Minat ada tapi bakat takder... sedeyh.... Tapi nampaknya bakat seni tu mencurah-curah pulak kat anak-anak, agaknya memang ada darah seni kot.  Oit... harus ingat seni itu cabangnya banyak bukan setakat atas pentas sahaja, ada seni lukis, seni memasak, seni business, seni politik dan macam2 seni lagi...


erk.. ada tangan lain rupanya yang mengajar... sedang elok sangat la tu...
like father like daughter... muka ayahnya memang tak nampak sebab tak nak glamer katanya, biarlah nampak tangan dulu... bila dah sedia nanti baru tunjuk muka.  Ayah kata tak moh glamer... hei... macamlah blog Yangbaik ni popular sangat... ala blog picisan jer la ayahnye, tiada yang kenal pun...


cak...
dah dapat dah
lepas lukis cantik-cantik
koyak pulak...

jangan konfius dengan mukanya, sebab memang begitu susah nak senyum... 
pernah juga kedengaran ada orang kata 'tak der perasaan'
Helo... ini anak aye tau... memang susah nak senyum, tambahan pada orang yang tak dikenali...


  

05 Januari 2012

Majalah Nur | Januari 2012 | Dilema Bajet 2012

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Nur Januari 2012 | Dilema Bajet 2012

Masih belum terlewat rasanya untuk berkongsi kandungan maklumat di dalam Majalah Nur keluaran Januari 2012.  Majalah ini adalah antara majalah kesukaan Yangbaik bermula dari keluaran yang pertama hingga kini dan selamanya (selagi ada di pasaran). 

Sayangnya tahun 2011 tak banyak koleksi yang dapat dikumpul.  Tak perlu cerita lah kot kenapa tak sempat kumpul, kerana alasan itu pasti menjemukan dan meloyakan walaupun bukan kerana hamil.

Terdapat banyak maklumat dan info dimuatkan di dalam majalah Nur yang terbahagi kepada 6 segmen atau bahagian utama. Paling istimewa untuk bulan Januari 2012 adalah adanya booklet "Gaya Busana 2012".  Memang menarik kerana didalamnya mengandungi kelainan dalam dunia fesyen muslimah untuk tahun 2012. 

Segmen lain yang dimaksudkan adalah :

*  Gaya Cantik dan Sihat
-  Kenali Finalis Cover NUR dan Penghijrahan Artis Nieyl
-  Pesona Pearl Haya
-  Gaya Radiusite Cetus Kelainan
-  Ekspresi Diri
- Info Diet
-  dan banyak lagi

*  Kerjaya, Bisnes & Bijak Wang
-  Rahsia Sukses
-  Pejabat ke Pejabat
-  Kerjaya
-  dan banyak lagi

*  Mom's Corner (mungkin boleh juga ditukar kepada Sudut Famili)
-  Pilihan Mama
-  Ibu Bapa Alami
-  Hujung Minggu
- Suami Isteri
-  dan banyak lagi

*  Citra Muslimah
-  Personaliti Berinspirasi (Yangbaik amat suka topik ini)
-  Muslimah Bestari
-  Pose Cantik
- dan ada lagi

*  Saffiya Untuk Bujang
-  Nur Pilihan
-  Isu Orang Bujang
-  Jejaka Pilihan (ehhhh... ada jugak)
-  Tip Untuk Orang Bujang (menarik neh..)

*  Air Tangan & Deko
-  Cepat Sedap (macam tak sesuai jer tajuk nye...)
-  Enak Rasa
-  Ayuh Kreatif
-  Buat Sendiri
-  dan... ada lagi (bukan tajuk tapi bermaksud dan lain-lain)

Fokus utama keluaran pada kali ini adalah berkaitan kawalan perbelanjaan.  Terdapat 15 tip elak duit melayang..

Sekian, selamat membaca dan dapatkan Majalah Nur di pasaran sekarang... (pengiklan tak bertauliah la...)


>_<


.

24 Disember 2011

Reconstruction CS Rose Pink

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,


Inilah gambaran kerja yang sedang dibangunkan semula.  Masih banyak yang perlu ditambahbaik, warna 'frame' nampak macam dah sesuai.  

Kerja-kerja menyiapkan CS Rose Pink ini tergendala agak lama kerana kehabisan benang serta kesilapan dalam menentukan warna serta lokasi benang.

Bagi mengatasinya, setelah disimpan sekian lama ia dikeluarkan semula malam tadi dan dibuat penandaan iaitu garis-garis putus, bagi memudahkan kerja-kerja menentukan tempat dan warna benang pada kain.  Sebelum ini memang tiada garisan putus (benang kait terpakai sebenarnya) pada rajah ini yang menyebabkan kelambatan menyiapkannya.

Masalah kedua kurang pasti pula, sebab harga benang dah naik kalau tak silap sehingga RM1.50 untuk segulung.  Walau apapun dalam tempoh ini perlu juga dapatkan benang-benang yang dah habis dan tak cukup bagi menyiapkan kerja-kerja yang terbengkalai.  Kalau tidak siap juga tak dapat lihat hasilnya.

sekian.


.

24 April 2011

Dapat Gelas Ferrari dengan Shell Helix Motor Oils

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

STICKY POST - ENTRY TERKINI DI BAWAH...

Gelas Kejuaraan Ferrri boleh didapati dengan sebarang pembelian minyak pelincir Shell Helix, hanya dalam satu transaksi.  Dapatkan keterangan lanjut mengenai gelas-gelas yang amat eksklusif ... hanya untuk pembeli minyak Shell Helix sahaja di www.shell.com/glasses