Pageviews

22 Julai 2022

JEMPUTAN MENGHADIRI EKSPO KERJAYA JAMIN KERJA KELUARGA MALAYSIA 2022

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.



JEMPUTAN MENGHADIRI EKSPO KERJAYA JAMIN KERJA KELUARGA MALAYSIA 2022


Kementerian Sumber Manusia (KSM) melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO) akan menganjurkan Ekspo Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 pada 23 hingga 27 Julai 2022, 9.00 pagi hingga 5.00 petang di World Trade Centre, Kuala Lumpur (WTC).


Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022
Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022


One Stop Employment Solution


Ekspo ini akan mengetengahkan konsep “One Stop Employment Solution” di mana ianya akan menghimpunkan pelbagai sektor industri dari seluruh negara termasuklah sektor gig ekonomi dan keusahawanan di bawah satu bumbung yang sama.  Objektif utama penganjuran ekspo ini selari dengan hasrat kerajaan di bawah bajet 2022 untuk mencapai sasaran 300,000 penempatan pekerjaan pada akhir tahun 2022.  Dijangkakan sebanyak 1,000 majikan dengan penawaran lebih 10,000 kekosongan jawatan bakal disediakan dalam ekspo ini nanti.



Antara majikan di Ekspo Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022


Antara keunikan lain penganjuran ekspo ini ialah memperkenalkan platform kerjaya pilihan yang bukan sahaja mensasarkan pencari kerja tradisional tetapi turut mengetengahkan individu yang ingin menjadi usahawan. Malah, terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti Majlis Perasmian Ekspo Kerjaya JaminKerja Keluarga Malaysia 2022 yang bakal dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, seminar kebolehpasaran, E-Sport, Hackathon, persembahan, pertandingan, busking, foodtruck dan macam-macam lagi yang akan berlangsung sebagai tarikan para pengunjung nanti.



Antara aktiviti yang dijalankan


Maklumat lanjut boleh terus melayari https://www.myfuturejobs.gov.my/careerfair/

Semoga maklumat ini memberi manfaat kepada pencari kerja dan pelajar yang ingin mendapatkan maklumat berhubung peluang kerjaya yang ditawarkan.

Terima kasih.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.