PENGALAMAN GUNA MICROSOFT TEAMS SEMASA KULIAH MKT DAN HRM
Microsoft teams bukanlah aplikasi baru namun ia tidak digunakan secara meluas. Tidak semua orang, terutamanya yang lemah dalam IT mahir dalam menggunakan Microsoft Teams. Microsoft teams, digunakan oleh kebanyakan pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dikatakan Microsoft Teams mempunyai kelebihan yang luas untuk menyimpan nota, video dan juga penghantaran tugasan.
Microsoft Teams |
Pengalaman saya sendiri menggunakan Microsoft Teams secara rasminya bermula pada bulan Mac 2021, iaitu ketika subjek MKT420. Pensyarah ketika itu Puan Marini menggunakan Microsoft Teams sebagai platform pembelajaran. Kami didedahkan mengenai folder yang terdapat didalamnya termasuklah penggunaan video semasa kuliah berlangsung. Peringkat awal penggunaan agak kekok juga tambahan pula dengan laptop ketika itu yang tidak berfungsi dengan baik. Namun ia satu pengalaman yang menarik. Proses muat turun nota dan juga muat naik tugasan kumpulan dan individu juga menjadi mudah.
Kali kedua, kami menggunakan Microsoft Teams sebagai platform kuliah ada pada semester ini, Mac 2022. Kali ini Microsoft teams hanya digunakan oleh Dr Hafizah, pensyarah bagi kod HRM554 bagi tujuan perjumpaan kelas dan penghantaran tugasan kumpulan.
Pengalaman yang tidak kurang menariknya. Walaupun telah dua kali menggunakan Microsoft Teams, masih lagi ada beberapa item didalamnya yang belum dimahirkan. Kemungkinan apps ini akan digunakan lagi untuk semester hadapan tidak dapat dipastikan lagi.
Terima kasih atas pengalaman yang bermakna bersama Microsoft Teams.