FOLLOWER

14 Disember 2017

Dunia ini bukan tempat berebut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dunia ini bukan tempat berebut


Selamat pagi semua.  Ya, dunia ini bukan tempat berebut.  Apa pun yang tidak memuaskan hati kita jangan sampai kita menyusahkan orang lain.

Ambil iktibar agar kesusahan orang itu tidak melanda kita.  Dek kerana hendak berebut kuasa nan seciput... hingga menyusahkan diri sendiri tanpa disedari.

Tidak salah rasanya terima saja hakikat itu dan hadapinya dengan tenang, selagi ia tidak mengganggu kerja dan ibadah kita kepada Allah.

Hidup ini untuk mengumpul bekal ke sana.




Gunakanlah dunia ini untuk engkau semakin dekat dengan Allah.
Bukan untuk kau semakin dekat dengan dunia.  
Dunia ini sementara,
Akhirat itu selama-lamanya.

**In shaa Allah, syurga itu idaman kita.

Ya Allah, ampuni dosa kedua ibu bapa kami 
dan dosa-dosa kami yang telah lalu dan akan datang.


Terima kasih kerana membaca entri yang agak emosianal sikit pagi ini.  Sekadar peringatan buat diri, Dunia ini bukan tempat berebut.




6 ulasan:

  1. Mudahkan perkerja orang, ALLAH akan bantu mudahkan perkerjaaan kita. Insya ALLAH. Stay strong SZI :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Begitulah seadanya .... mudahkan kerja orang. Terima kasih FS

      Padam
  2. Dunia hanya persinggahan tetapi kita kena bijak mengambil peluang.

    BalasPadam
  3. Amin...moga dunia menjadi jambatan ke syurga bukan sebaliknya kerana dunia mendaftarkan kita jadi calon neraka...

    BalasPadam
    Balasan
    1. In shaa Allah syurga adalah pilihan kita semua.

      Padam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.