Jumaat Terakhir di Bulan Rabiul Awal
Selamat Pagi dan Salam Jumaat Penghulu segala hari. Semoga Jumaat hari ini terus membawa keberkatan dan rahmat dalam hidup kita. Semoga kita dikurniakan kesejahteraan dan kebahagian hidup disamping tugas harian dan terus berbuat baik kepada sekalian makhluk di muka bumi ini. Semoga setiap pekerjaan kita mendapat pahala dan kebaikan kepada semua orang. In shaa Allah dengan niat yang baik akan hadir bersama keberkatan. Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga. Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayahNya
🌹 Mulakan hari dan perjalanan hidup kita dengan selawat. Jadikan hari ini lebih baik daripada semalam.
🌹 Orang yang paling bahagia itu. Bukan sebab punya segalanya yang dicinta. Bukan sebab semata punya orang yang setia mencinta.
🌹 Bukan sebab semata punya ramai orang yang memuji dan mendekatinya.
🌹 Tapi orang yang paling bahagia itu. Bila dia selalu genggam erat dan sedari, ada ALLAH yang selalu sudi mencintainya.
🌹 Walau dia tidak punya apa-apa. Sedikit yang ada disyukuri, apa yang tiada, disabari.
🌹 Kerana dia tahu, Tuhannya jauh lebih hebat menyayangi. Berdasarkan iman dan takwa yang bersemi di hati.
Terima kasih kerana membaca entri Jumaat terakhir di bulan Rabiul Awal.
kadang -kadang saya tidak mampu mempositifkan diri...
BalasPadamfear factor itu terlalu tinggi [kononnya la ]
ALhamdulillah. Jumaat adalah hari yang kita kena fokus lebih utk beribadah. Banyak sunnah Jumaat yang kita kena kejar buat utk kumpul pahala.
BalasPadamSemoga sentiasa dirahmati..
BalasPadamJemput singgah.. result dah ada 🤗