Pengikut Setia

13 Disember 2017

Hidup dengan bahagia

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Hidup dengan bahagia


Selamat pagi semuanya.  Alhamdulillah, masih berpeluang menjalani hidup dengan penuh kebaikan dan kegembiraan.  Biarpun hari ini hari Rabu yang lazimnya dikenali dengan Wordless Wednesday atau Hari Tanpa Kata, di kalangan rakan-rakan blogger.  Namun, Sz hendak juga berkata-kata di blog pada hari ini... Tiba-tiba pula ada idea nak menulis kan... hahahah

Tak menulis rasa seperti tidak lengkap.  Jadi, kita menulis bila rasa perlu dan tidak perlu menulis bila rasa tiada apa yang hendak ditulis... gitew ke?



Jom kita jalani hidup ini dengan penuh kegembiraaan.
Jangan sesekali kita bandingkan hidup kita dengan hidup orang lain.
Kerana apa yang kita nampak itu tidak sama dengan apa yang dialami oleh orang lain.
Kerana langkah dan cara hidup kita adalah berbeza dan tidak serupa.
Namun kita masih di landasan hidup yang betul kan?

Percayalah hidup ini adalah perjalanan dan bukan pertandingan.
Pertandingan yang diada-adakan itu juga kadang-kadang kita nampak tidak adil.

Justeru... tetaplah kita jalani hidup kita dengan bahagianya dan tetaplah menjadi baik hingga ke akhir hayat.  Terutamanya buat baik kepada ahli keluarga dan kaum kerabat kita.


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini, Hidup dengan bahagia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian