Pageviews

01 Disember 2017

RINGKASAN BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



RINGKASAN BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W 


Selamat menyambut Maulidur Rasul.  Bersempena dengan hari yang penuh sejarah jom kita perbanyakkan selawat kepada Baginda Nabi Sallallahu Alaihi.



🌸 BIODATA NABI MUHAMMAD S.A.W 💕


🌸Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

🌸Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).

🌸Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.

🌸Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.

🌸Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.

🌸Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).

🌸Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).

🌸Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).


SEPANJANG USIA NABI


🌸 USIA 5 TAHUN

💕Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

🌸 USIA 6 TAHUN

💕Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

🌸 USIA 8 TAHUN

💕Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

🌸 USIA 9 TAHUN  (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

💕Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.  · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

🌸 USIA 20 TAHUN

💕Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

🌸 USIA 25 TAHUN

💕Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.  Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.  Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

🌸 USIA 35 TAHUN

💕Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
💕Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
💕Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

🌸 USIA 40 TAHUN

💕Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

🌸 USIA 53 TAHUN

💕Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.   Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.




🌸 USIA 63 TAHUN

💕Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

🌸 ANAK-ANAK RASULULLAH SAW


💕Qasim
💕Abdullah
💕Ibrahim
💕Zainab
💕Ruqaiyah
💕Ummi Kalthum
💕Fatimah Al-Zahra '

🌸 ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW


💕Khadijah Binti Khuwailid.
💕Saudah Binti Zam'ah.
💕Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
💕Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
💕Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
💕Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
💕Zainab Binti Jahsy.
💕Maimunah Binti Harith.
💕Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
💕Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

Kredit cerita dan gambar kepada @quotephotovideo



Terima kasih sudi membaca semula entri ini Ringkasan Biodata Nabi Muhammad S.A.W
szi💖💖

11 ulasan:

  1. bila baca sirah ni teringat zaman kecik dulu belajar pasal kisah nabi muhammad dekat pasti hihi

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.