Pengikut Setia

18 Disember 2017

2 nikmat yang sering dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


2 nikmat yang sering dilupakan


Nikmat yang kita dapat tidak terhitung sebenarnya.  Menunjukkan banyaknya nikmat yang kita terima setiap hari sepanjang kehidupan kita.  Dalam sedar atau tidak kita kadang-kadang terlupa dengan banyaknya nikmat yang kita terima setiap hari.  Contoh nikmat yang paling dekat adalah nikmat menghirup udara dan meneruskan kehidupan sehari lagi untuk hari ini.  Dan sepanjang kehidupan hari ini ini... banyak lagi nikmat lain yang boleh kita fikirkan dengan akal kita yang waras.


2 Nikmat

Ada 2 nikmat di mana manusia banyak tertipu kerananya, iaitu kesihatan dan waktu lapang (Hadis riwayat Bukhari).

Justeru, sama-samalah kita manfaatkan setiap waktu lapang agar selalu setiap detik masa yang berlalu itu menjadi amal kebaikan, amal soleh dan bertambahnya ilmu.  Memang benar masa yang berlalu itu tidak akan datang kembali, namun setiap waktu yang berlalu itu andainya kita biarkan saja dengan melakukan perkara yang tiada faedah.  Pastikan juga kita tidak jadikan masa yang berlalu itu untuk mencari kesalahan atau kesilapan orang lain...

Waktu kita sihat, ketika itu tenaga kita banyak dan sebaiknya gunakan masa sihat itu dengan melakukan kerja-kerja yang berfaedah biarpun sekadar mengutip duri atau paku di laluan.

Semoga perkongsian kali ini dapat memberikan pengajaran dan peringatan buat diri ini yang seringkali alpa dan leka.


Terima kasih kerana membaca entri ini, 2 nikmat yang sering dilupakan.


1 ulasan:

  1. Selalu terlupa yang pertama. Dan sentiasa rasa tak cukup. Hmm semoga menjadi seorang hambaNYA yang sentiasa bersyukur. Thanks for the reminder :)

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.

Carian