FOLLOWER

16 Jun 2014

Temujanji lagi di kkia dan perkembangan

Assalamualaikum




Hari ini sekali lagi bawa Inas Insyirah ke Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Temujanji berkala setiap 3 bulan.

Seperti biasa Inas memang susah nak bergambar. Lagipun di klinik nak tangkap gambar macam mana.

Ada juga bercadang nak tangkap gambar masa timbang dan ukur tinggi ... tak sempat. Mana dengan orang lain yang menunggu giliran dan nak kawal Inas lagi... sudahnya tak payah susah-susah ... biarkan aje.

Hari ini, umur Inas 3 tahun 5 bulan 2 hari. Berat 31.4 kg dah keluar dari graf.... lebih 3 kg dari berat yang sepatutnya. Tinggi pula 115cm masih dalam graf. BMI pula keluar dari graf juga... :D

Dia dah semakin bijak menutur kata, menjawab soalan dan membuat soalan pun pandai juga. Dia juga sudah kenal warna dan bole meniru lukis bulatan ... walaupun tidak bulat.

Akhir kata semoga Inas menjadi anak soleh yang pintar

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.