Pageviews

04 Jun 2020

3 amalan sunnah mampukah kita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



3 amalan sunnah 





1.  Berpuasa 3 hari setiap bulan 
2.  Mengerjakan solat dhuha
3.  mengenrjakan solat witir sebelum tidur





Iklan jawatan kosong di INTEC

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Iklan jawatan kosong di INTEC 


UiTM Private Education Sdn Bhd juga dikenali sebagai di INTEC Education College (INTEC) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut secara  Kontrak :


Penolong Pegawai Sains

Penolong Jurutera

Pengurus, Pemasaran




Manager Marketing INTEC
Manager Marketing INTEC



Penolong Jurutera INTEC
Penolong Jurutera INTEC



Penolong Pegawai Sains INTEC
Penolong Pegawai Sains INTEC



Tindakan Calon

 

Calon-calon yang berminat boleh menghantar Resume serta sijil  Akademik yang lengkap ke HRAdmin@intec.edu.my atau Pejabat Human Capital, INTEC Education College, Jalan Senangin Satu, Seksyen 17, 40200 Shah Alam.

 

Tarikh tutup permohonan adalah : 12 Jun 2020.

Berbuat baik kepada diri sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berbuat baik kepada diri sendiri

Alhamdulillah, pada hari ini, Khamis bersamaam 12 Syawal 1441 masih lagi dikurniakan kesihatan untuk meneruskan perjuangan, berbuat baik kepada seluruh alam dan diri sendiri.  Semoga titipan ini menjadikan kita orang yang berjiwa besar dan sentiasa membei manfaat kepada insan sekeliling.




Berbuat baik kepada diri sendiri.  Anda telah sampai sejauh ini dan dengan pertolongan Allah Yang Mahakuasa anda akan melalui masa-masa yang mencabar dan membingungkan ini.  Jangan menyerah kepada pemikiran berlebihan, fokus kepada tugas yang akan datang.  Bimbing minda anda ke arah yang positif dan bermanfaat.  Percayalah bahawa esok akan menjadi lebih baik. (Mufti Menk)


Terima kasih kerana sudi menghayati petikan ini.


Top 10 trending hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Top 10 trending hari ini


Sementara mata tidak berjaya dilelapkan, makanya dengan gigih mencari apa yang menjadi bualan, carian dan trending di Malaysia pada hari ini.  Pencarian ini sekadar ini mengisi masa dan sedikit sebanyak berkongsi pengetahuan berhubung isu semasa di Malaysia


Trending pencarian 


1.  Priyanka Chopra
2.  Puding buih
3.  Taman Langat Murni
4.  GPK



5.  Hasil
6.  UniSZA
7.  Elephant
8.  IPG



9.  UPM
10.  RAnveer Singh


Ada apa disebalik setiap pencarian.  Mungkin ada di antara pembaca sudah boleh agak.  Mungkin juga ada yang masih keliru.. apa maksud disebalik setiap pencarian hingga menjadi trending ketika ini.  Boleh saja tanya encik google... ada jawapannya.

Selamat mencari dan terima kasih kerana sudi ikut serta dalam sesi trending di sini.







Segmen Hari Raya by Ummi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Hari Raya by Ummi


Menarik sangat, segmen pertama tahun 2020 setelah sekian lama tidak bersiaran.  Sambil-sambil blogwalking untuk menambah semangat berblogging.  Terjumpa segmen ini dari seorang rakan blogger, mudah-mudahan dapat menambah lebih ramai rakan blogger dan minat yang berterusan dalam dunia blogging.
Bukan hadiah yang menjadi tujuan utama tetapi persahabatan dan silaturrahim sesama rakan blogger.  Seandainya terpilih untuk mendapat hadiah, itu sebagai bonus.

Terima kasih Sis Nur Asyiqin atas penganjuran Segmen Hari Raya by Ummi. 


02 Jun 2020

JUN 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


JUN 2020

Alhamdulillah. Setelah sekian lama meninggalkan blog ini bersawang, hari ini dikurniakan kekuatan untuk meneruskan penulisan di blog ini.  Semenjak kebelakangan ini saya banyak aktif di instagram @salatulzarida dan beberapa akaun.  Yang menyebabkan saya kadang-kadang leka dan tidak menghiraukan kelansungan hidup blog ini, yang telah terlebih dahulu mengenalkan saya di dunia maya.


Hello Jun
Hello Jun

Namun kerinduan terhadap blog ini tidak pernah pudah hanya kerana kekangan masa dan juga semangat yang tidak berapa kuat untuk menulis di sini.  Sehingga lah ke bulan keramat ini, Jun, saya mendapat kekuatan dan semangat untuk menulis di sini.  Terlalu lama meninggalkan blog ini kerinduan itu pastinya tidak dapat diungkapkan dengan sebaris ayat.

Sekali lagi bahkan berkali-kali mengingatkan diri untuk teruskan berkarya di blog ini.  Kekuatan itu perlu datang dari dalam diri.

Ops... nama blog ditukar lagi kerana terpengaruh dengan siaran live oleh orang kuat di sebalik Bella Ammara di instagram beberapa hari yang lepas.  Semoga dengan perubahan nama ini dapat memberikan semangat dan nafas baru yang lebih segar kepada blog ini...Zarida Ishak.

Terima kasih kepada semua atas sokongan dan terus menyokong blog ini.  

28 September 2019

Hari Pertama Kuliah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari Pertama Kuliah

Setelah sekian lama meninggalkan zaman belajar.  Kini saya kembali menyambung pengajian di peringkat sarjana muda secara sambilan iatu belajat sambil bekerja.  Pada peringkat umur begini sambung belajar adalah sesuatu yang amat besar maknanya.   Manakan tidak dengar urusan rumah,  anak yang masih sekolah...  Namun mencari ilmu itu bukanlah menjadi penghalang kepada aktiviti keluarga mahupun urusan kerja.  Yang penting adalah menghargai setiap peluang yang datang dan tidak mudah putus asa.



Semoga perjalanan pengajian ini dipermudahkan dan saya berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang.

27 September 2019

Jumaat penuh barakah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jumaat penuh barakah



Jumaat kembali lagi.  Sudah semestinya kita akan terus bertemu dengan Jumaat selagi hayat dikandung badan.  Hari Jumaat penuh barakah, penghulu segala hari hari yang penuh dengan keberkatan.

"Hari Jumaat adalah hari raya untuk umat Islam. Pada hari Jumaat digalakkan untuk membaca surah Al-Kahfi serta memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم.”  [Habib Ali Zaenal Abidin Abdurrahman Al-Jufri]

Lumrah kehidupan

Perbanyakkan berbuat kebaikan pada hari Jumaat seperti bersedekah dan paling tidak berkatalah yang baik-baik.  Hal ini mengingatkan saya kepada kejadian sepanjang minggu ini.  Banyak sungguh kejadian yang diluar jangka yang menguji kesabaran tak kurang juga kebaikan, namun yang buruk juga hendak dikenang.  Lumrah kehidupan yang mesti dihindari segera.... iaitu mengenang keburukan orang.




Pada pandangan saya apa juga yang kita rasa busuk atau buruk itu berlaku kerana komunikasi.  Kerana pemahaman setiap individu itu berbeza dan perbezaan itu jarang sangat kita ambil kira dalam bertolak ansur...hanya setelah terjadi barulah kita berfikir.

Penilaian tidak wajar

Pengajaran dan peringatan buat diri sendiri juga agar sentiasa berlapang dada dengan setiap sesuatu.  Tidak cepat melatah atau melenting dengan perkara yang kita tidak suka.  Apatah lagi bila berurusan dengan insan yang pemikirannya atau pendidikannya tidak sama dengan kita.  Kadang-kadang bahkan selalu sangat rasa kecewa dengan sikap diri sendiri kerana cepat membuat penilaian yang tidak sewajarnya ke atas orang lain.

Semoga bermula dari hari ini Jumaat penuh barakah, kita (saya khasnya) tidak lagi memandang negatif terhadap pandangan dan cadangan orang lain.  Apa yang penting adalah kita berfikir secara waras... paling tidak ketepikan sebentar ego dalam diri yang semakin melangit.


26 September 2019

Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging


Dunia blogging pastinya tidak dapat dipisahkan daripada blogger atau individu yang suka menulis dan  bercerita.  Ada saja yang hendak diceritakan sama ada untuk rekod peribadi atau untuk catatan pembaca dan peminatnya.  Perkongsian penulisan lazimnya mengikut niche atau minat dalam bidang masing-masing.  Ada blogger kekeluargaan akan berkongsi cerita berkenaan aktiviti kekeluargaan.

Mengapa sukar kemaskini blog ???

Namun begitu ada ketikanya semangat menulis turun dan naik tidak menentu.  Hanya yang cekal dan kuat semangatnya akan terus bertahan dengan blog.  Atau mungkin juga individu  yang sememangnya kerjanya adalah penulis sepenuh masa.  Begitu juga halnya dengan blog SZI, telah sekian lama bertapak dalam dunia blogging, setelah melalui beberapa fasa perubahan format blog dan juga bermacam-macam isu seangkatan dengan teknlogi maklumat. Penulisnya seakan menyepi seketika.  Ada beberapa isu yang tidak dapat dielakkan.

Semangat hendak menulis semula itu agak sukar hendak dikekalkan setelah aktif dengan akaun instagram.

Namun setelah melihat kegigihan sahabat blogger yang dikenali dulu masih kekal dengan blog dan masih aktif dengan aktiviti cerita masing-masing, rasa sepert tercabar juga.


Apa khabar hari ini?

Cabaran inilah yang menguatkan kembali semangat untuk menulis atau sekurang-kurang kemaskini sesuatu di dalam blog.

Mencari semula dan mengutip semula semangat yang telah banyak tercicir.

Ada dari kalangan pembaca yang sudi kongsi idea Bagaimana menghidupkan semula semangat blogging? 

💖