Pageviews

08 Disember 2017

Pemenang SPM Fever Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang SPM Fever Giveaway



Alhamdulillah.  sekali lagi blog SZ termasuk dalam senarai Pemenang SPM Fever Giveaway.  Rezeki blog pada hari Jumaat.  Terima kasih kepada Abam Kie dan rakan-rakan blogger yang menjadi penganjur bersama SPM Fever Giveaway.  Untuk rekod, SPM Fever Giveaway berlangsung sepanjang musim peperiksaan SPM yang lepas. Wah! memang untung jadi blogger nih, untuk apa juga acara dan isu semasa akan ada saja rakan blogger yang buat contest, segmen atau giveaway.

Tiba-tiba pula tiada idea nak berceloteh panjang...




Link penyertaan DI SINI.

Link pengumuman di blog Abam Kie... di SINI.


Tahniah kepada semua rakan blogger yang telah turut sama memeriahkan giveaway terutama kepada rakan blogger yang telah turut sama terpilih dalam senarai pemenang.


Terima kasih juga kepada anda semua atas doa dan sudi baca entri ini, Pemenang SPM Fever Giveaway.
szi 😍😍😍

Jom Selawat Banyak-banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Jom Selawat Banyak-banyak


Alhamdulillah, Jumaat datang lagi.  Kesyukuran sepenuhnya atas nikmat yang diberikan.  Nikmat bernafas dan meneruskan hidup sehari lagi.

Hari ini, Jumaat yang Barakah, Penghulu Segala Hari.
Jom kejar kesempatan ini Sementara diberi peluang

Gunalah setiap hela nafas Yang dikurniakan Untuk mengingati ALLAH
Dan titipkan selawat buat Junjungan NABI MUHAMMAD SAW

Semoga kita semua Dirahmati Nya


Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda,
"Barangsiapa yang bershalawat kepadaku sekali, maka Alllah akan bershalawat kepada sepuluh kali" (Hadis Riwayat Muslim)

"Perbanyaklah shalawat kepadaku pada setiap Jumaat.  Kerana shalawat umatku akan diperlihatkan padaku pada setiap Jumaat.  Barangsiapa yang banyak bershalawat kepadaku, dialah yang paling dekat denganku pada hari kiamat nanti" (Hadis riwayat Baihaqi dalam sunan Al Kubro)


@quotephotovideo 🕌🕌🕌


Terima kasih kerana membaca entri ini, Jom selawat banyak-banyak.
szi💚💚💚

Kebaikan 2 dalam 1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kebaikan 2 dalam 1


Apa juga yang kita lakukan pastinya kita ingin yang terbaik.  

Terbaik buat diri kita dan terbaik buat orang yang kita sayang

Terbaik juga buat orang sekeliling kita.





Apabila membasuh pinggan, kita aka memiliki dua benda:

Pertama, pinggan itu bersih
Kedua, tangan kita pun bersih.

Begitu jugalah dalam diri kehidupan kita, tatkala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, kita sebenarnya membersihkan diri kita pada masa yang sama.

(Imam Hassan al-Banna)


** Serampang dua mata.

Terima kasih kerana membaca entri ini, Kebaikan 2 dalam 1.
szi 💖💖💖