Pageviews

01 November 2017

Selamat Datang November 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Selamat Datang November 2017



Tetiba pula nak ucap selamat datang kepada November.  Hari ini, hari ke 12 SAFAR 1438 bersamaan 1 November 2017.  Hari ke 305 dari 365 hari setahun.  Lebih kurang 60 hari lagi untuk sampai ke tahun baru 2018.

SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHU AKBAR 😊

Cepat sungguh masa berlalu.


November

“Hidup di dunia ini singkat, maka jangan menghabiskan kehidupan di dunia ini untuk perkara yang akan habis di dunia ini.  Pergunakan masa yang singkat ini, yang sedikit ini, untuk mendapatkan kehidupan yang tiada batasan, kenikmatan yang tiada penghujung. Jika susah di dunia sikit tidak mengapa, nanti senang di syurga kekal selamanya.  Inilah neraca timbangan mukminin dan mukminat.”  (Sayyidil Al-Habib Ali Zaenal Abiddin Bin Abu Bakar Al-Hamid)

Terima kasih atas kesudian singgah baca dan tinggalkan komen entri ini, Selamat Datang November 2017.

szi πŸ’

29 Oktober 2017

Petikan Surah Al-Mulk

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Petikan Surah Al-Mulk





“Barangsiapa membaca 'Tabarokalladzi bi yadihil mulk' (surah Al Mulk) pada setiap malam, maka Allah akan menghalanginya dari azab seksa kubur."

@quotephotovideo 🐧🐧🐧
posted from Bloggeroid

Ada Hikmahnya

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada hikmahnya






Hikmah yang baik untuk diteladani
Hikmah yang buruk untuk ditinggalkan
posted from Bloggeroid

27 Oktober 2017

Salam Jumaat penuh barakah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Salam Jumaat penuh barakah






Hari ke πŸ’• 07 SAFAR

Salam Jumaat penuh Barakah.
Semoga segala nya dipermudahkan Allah hari ini.
Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat kita semua

@quotephotovideo ❤️❤️❤️
posted from Bloggeroid

24 Oktober 2017

Semoga hari ini membawa Rahmat

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Semoga hari ini membawa Rahmat




Semoga hari ini
Awalnya membawa Rahmat
Pertengahannya memberi nikmat
dan
Penghujungnya dipenuhi berkat


πŸ’–Terima kasih sudi membaca entri ini, Semoga hari ini membawa Rahmat


posted from Bloggeroid



23 Oktober 2017

Cukuplah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cukuplah




Cukuplah Allah bagiku,
Tiada tuhan selain Allah.

Hanya kepadaNya aku bertawakal & kepadaNya juga sebaik-baik tempat untuk aku memohon pertolongan.

@quotephotovideo πŸ’™πŸ’™πŸ’™
posted from Bloggeroid

22 Oktober 2017

Nikmat besar yang sering kali dilupakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Nikmat besar yang sering kali dilupakan






Alhamdulillah.

Nikmat besar yang sering diupakan.
Mari awali hari dengan syukur ^_^

Selamat berhujung minggu πŸ˜†

@quotephotovideo πŸ˜ŠπŸ’›πŸ˜Š
posted from Bloggeroid

20 Oktober 2017

1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY



Meraikan kawan-kawan di alam maya yang tidak pernah berjumpa mahupun dikenali terdahulunya. Itulah istimewanya dunia blogging.  Kita mampu mengenali secara maya sesiapa saja.  Terpulang kepada kebijaksanaan kita dalam memilih rakan untuk diikuti asalkan yang tidak memesongkan akidah kita.  STOP!

Tak maulah celoteh panjang pula...suka pula kita nak maklumkan 1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY dianjurkan sempena meraikan balik blog ana yang dah lama tak buka ni, ana nak buat satu simple giveaway untuk semua followers ana. Kepada semua yang nak join tu boleh cepat-cepat repost entry ini ye.


Syarat penyertaan:

1. Follow blog ana ANALIFESTYLES

2. Like facebook page ana CUCKOO-PAGE

3. Follow instagram ana  RAIHANARAMLAN

4. Repost entry ini 



Hadiah

1. Beg makeup X3

2. Buku Nota yang comel X2

3. HADIAH SPECIAL!!!  * Untuk peserta awal & akhir


Good luck untuk yang nak join, simple je giveaway ni, tapi join kalau berminat ye :)


Jom ramai-ramai kita meriahkan semula blog ana dengan menyertai  1ST ANALIFESTYLES GIVEAWAY

BAGAIMANA BENTUK MINDA POSITIF

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


BAGAIMANA BENTUK MINDA POSITIF


Pertama kali berhadapan dengan situasi agak mengejutkan.  Walaupun seringkali diterapkan agar sentiasa positif tetapi naluri ini sukar digambarkan... Istighfar seketika, tarik nafas dan ambil masa untuk fikir sejenak tindakan seterusnya.

Dalam membentu minda positif ke atas sesuatu situasi seringkali kita akan berhadapan dengan satu tindakan dan keputusan yang tegas dan berani.  Berani kerana benar dan tegas tanpa perlu meninggi suara.  Kerana situasi setiap manusia ketika berada dalam kesempitan ini agak berbeza.  Bahkan cara pemikiran dan penerimaan ke atas penerangan kita juga berbeza.

Apapun yang kita harungi semalam adalah laluan mematangkan kita dalam bertindak untuk hari ini dan hari esok.  In shaa Allah dimudahkan urusan kita demi kebaikan semua pihak.


Akaroa, New Zealand .
The radiance of the sunset.
Credits : @expectional_pictures @PhotoliciousWorld


Berikut adalah petikan yang dipinjam dari Master Adi Nurrafie Bin Sapieh, Founder & Master Trainer @ Alpha Genius Centre.

Minda positif adalah minda syukur. 

Bersyukur adalah tanda pemiliknya positif.  Cara mahu bersyukur?

1. Fokus pada apa yang kita miliki.

2. Elakkan dari bandingkan diri dengan orang lain. Hidup dalam lorong dan laluan masing-masing.

Usah mengejar dari belakang. Bersaing dari tepi. Ikut trek sendiri.

3. Senaraikan 5 perkara baik yang kita punya. Atau 5 perkara baik yang berlaku semalam atau pagi ini.

4. Tarik nafas dalam-dalam. Ucapkan terima kasih. Ucapkan Alhamdulillah.

5. Cipta perkara perkara baik. Beri kebaikan. Kebaikan akan kembali pada kita.


Saya masih belajar dan terus belajar untuk mengekalkan minda positif dalam diri.  Semoga petikan ini bermanfaat buat semua.


Terima kasih atas kesudian membaca entri ini, BAGAIMANA BENTUK MINDA POSITIF


Tidak pernah miskin

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tidak pernah miskin






​Siapa yang mencari ilmu agama, maka syurga akan mencarinya

Siapa yang mencari maksiat, maka neraka akan mencarinya

Barang siapa bersandar pada harta, ia akan miskin

Barang siapa bersandar pada harga diri, ia akan hina

Barang siapa bersandar pada akalnya, ia akan tersesat

Namun barang siapa bersandar pada Allah, Sesungguhnya ia tak pernah miskin, hina, dan sesat

[Saidina Ali bin Abi Talib]



Terima kasih kerana sudi membaca blog ini, Tidak pernah miskin
posted from Bloggeroid