Pageviews

10 Ogos 2017

Syukur masih diberi kesempatan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Syukur masih diberi kesempatan




Alhamdulillah
Syukur kepada Allah
Kita masih bernyawa
dan masih diberi kesempatan
untuk meneruskan kehidupan

Semoga kehidupan kita hari ini leboh baik dari semalam.


Syukur masih diberi kesempatan
szi💝


Esok kau gembira

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Esok kau gembira


Kesedihan itu tidak lama
Kegembiraan itu juga jarang sekali lama
Namun tiada alasan untuk kita terus hidup
Semoga hidup kita ini sentiasa dikelilingi kegembiraan




Kalau hari ini kau sedih, sabar
Kalau hari ini kau terluka, tenanglah
Hari ini kau menangis.  Tak mengapa
Mungkin esok kau akan gembira


Terima kasih, Esok kau gembira

szi 😊

09 Ogos 2017

REVLON Giftbags Up For Grabs!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



REVLON Giftbags Up For Grabs!


Beberapa hari lepas dapat email ini dari team Nuffnang.  
Terkejut juga sebab dah lama tak aktif blogging.  
Ingatkan Nuffnang sudah lupakan SZ.  
Belum lagi rupanya... terima kasih Nuffnang.

Diringkaskan cerita email ini yang diterima ini menceritakan mengenai
giveway yang dibuat oleh REVLON.  Siapa tak kenal REVLON? 
Tak kisahlah tak kenalpun tetapi akak pernah guna barangan REVLON
Giveaway Revlon ini menyediakan 15 set hadiah 
mengandungi item-item terpilih dari REVLON.
Hadiahnya memang menarik dan sungguh menarik perhatian SZ.
Revlon ColorSilk.  Sumber

Di atas adalah antara gambaran hadiah yang ditawarkan oleh REVLON

Korang ingat boleh macam tu REVLON nak bagi hadiah?  
Kenalah buat kerja sikit.

Bab kerja ni bukan akan tak boleh buat
Tetapi ada kekangan besar yang menyebabkan akak tak dapat laksanakannya.

Nak tau apa kerjanya? Tak perlu kot.
Cukuplah akak kata akak tak dapat buat task tu.
Jangan pulak akak kena denda sebab akak takder terikat secara langsung dengan 
agenda ini... huhuhu

Jadi untuk menjaga hati Nuffnang yang telah baik hati menawarkan email ini,
maka akak pun buatlah entri ini sebagai penghargaan atas ingatannya.

Tak dapat banyak sikit pun jadilah tempiasnya.

So akak pun terlepaslah peluang keemasan untuk menang 
hadiah-hadiah yang ditawarkan oleh REVLON.

Terima kasih Nuffnang dan REVLON.  Lain kali akak cuba lagi ehh.


Tidak mengapa terlepas peluang REVLON Giftbags Up For Grabs! 
mana tau ada projek besar lagi lepas ni... kan?


szi 😉

GERHANA BULAN SEPARA 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



GERHANA BULAN SEPARA 2017


Hari ini, hari ke-15 ZULKAEDAH 1438H, Fenomena Gerhana Bulan Separa 2017 berlaku pada 8 Ogos 2017 bermula jam 01:22 am hingga 03:18 am (pagi tadi)


Gerhana Bulan Separa 2017
Gerhana Bulan Separa 2017

Sumber :  @quotephotovideo

Subhanallah ... Gerhana Bulan Separa 2017 .

szi 😌

Tahukah anda Zakat KWSP wajib ditunaikan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tahukah anda Zakat KWSP wajib ditunaikan?


Tidak ramai yang tahu bahawa zakat simpanan KWSP wajib ditunaikan.
Sama ada sengaja tidak ambil tahu atau memang tidak tahu.
Tetapi kita wajib ambil tahu berkenaan perkara yang wajib kita tahu terutamanya isu berkaitan Rukun Islam dan Rukun Iman.


Zakat KWSP
Zakat KWSP

Jenis-jenis Pengeluaran Akaun KWSP


  1. Skim Pengeluaran 50 tahun
  2. Skim Pengeluaran 55 tahun
  3. Skim Pengeluaran 60 tahun
  4. Skim Pengeluaran Kesihatan
  5. Skim Pengeluaran Hilang Upaya
  6. Skim Pengeluaran Pendidikan/PTPTN
  7. Skim Pengeluaran Perumahan

Detail mengenai Zakat ini boleh diperolehi di SINI  iaitu di Portal Zakat Selangor.

Jom tunaikan tanggungjawab Rukun Islam Ketiga, tunaikan zakat anda selelepas pengeluaran KWSP.



szi 😊

Pagi yang indah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pagi yang indah


Sesuatu yang indah harus dikongsikan bersama.  Semoga keindahan itu tersebar keseluruh buana dan membawa keindahan kepada penghuninya.


Pagi yang Indah

Syukur Alhamdulillah
di atas nikmat 
pagi yang indah 
dan nikmat dapat bernafas lagi 
di bumi Allah ini.


Terima kasih Pagi yang indah.

szi😊

08 Ogos 2017

Top Komentator Bulan Julai 2017

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Top Komentator Bulan Julai 2017


Wujudnya blog bukanlah dengan sendirinya.  Begitu juga dengan kelansungan idea dan semangat yang hendak dilakarkan di blog juga bukan dengan sendirinya.  Lazimnya semangat menulis turut dipengaruhi oleh kunjungan dan komen-komen dari rakan blogger.  Semakin banyak komen semakin bertambah semangat hendak menulis.

Berikut adalah senarai rakan blogger yang telah meninggalkan jejak bertulis di blog SZ.  Rasa bangga juga biarpun pada bulan Julai tidak banyak karya peribadi yang terpapar di dada blog ini tetapi ada juga rakan-rakan blog yang meninggalkan komen.


Top Komentator Julai 2017

Top Komentator Julai 2017


Ada di antara rakan-rakan yang meninggalkan komen ini adalah rakan baru dan lama yang tidak jemu-jemu memberikan semangat kepada SZ untuk terus menulis.

Di kesempatan yang terhad ini rakaman terima kasih tidak terhingga kepada semua yang meninggalkan komen atau sekadar pembaca senyap blog SZ.


Terima kasih Top Komentator Bulan Julai 2017💞

szi😃


Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....


Terima kasih.  Jom ramai-ramai meriahkan Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com

szi 😍

07 Ogos 2017

Selamat bekerja

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Selamat bekerja


Selamat bekerja, mencari rezeki, 
beraktiviti dan menempuh satu lagi hari yang baru dalam kehidupan kita didunia ini...
@quotephotovideo


Terima kasih, semoga selamat kehidupan kita dunia dan akhirat.

szi😌

03 Ogos 2017

Bersangka Baik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersangka Baik


Bersangka Baik

Bersangka Baik


Kita tidak mampu mengubah hati orang lain untuk berbaik sangka terhadap kita
Tetapi kita mampu mendidik hati kita untuk bersangka baik terhadap orang lain.


Terima kasih kerana bersangka baik.

szi 😊