Pageviews

28 Jun 2016

Menangis Di Majlis

Menangis Di Majlis



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menangis di majlis, sesuatu yang tidak pelik atau aneh.  Bergantung kepada jenis majlis.  Tetapi, kenapa pula mesti menangis?  Tentunya ada sesuatu yang menyedihkan atau sesuatu yang sangat mengembirakan sehingga membuatkan seseorang itu menangis.


Gambar hiasan


Umar bin Abdul Aziz biasa berkumpul bersama orang-orang fakir setiap malamnya. Mereka duduk bersama-sama saling mengingatkan tentang kematian, hari kiamat dan kehidupan akhirat. Mereka pun menangis di majelis tersebut seolah-olah jenazah ada di hadapan mereka saat itu.  ('Atha)

Mampukah kita menjadi seperti mereka atau paling tidak menyelami perasaan mereka.


Terima kasih atas kesudian singgah baca entri ini Menangis di majlis.

27 Jun 2016

CPUV - Dentsu Honda City datang lagi

CPUV - Dentsu Honda City datang lagi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV - Dentsu Honda City datang lagi ke blog YangBaik.  Kunjungan kali ke-2 oleh Honda City sesuatu yang mengejutkan juga.  Nampaknya YB perlu buat entri mengenai kenderaan pula.  Isu keselamatan kenderaan untuk balik kampung sepanjang musim perayaan.  Okey jugak kan.  Apa pun YB tak berani nak janji apa-apa.

CPUV - Dentsu Honda City

Biar apa pun isu yang melanda, Honda perlu memastikan kenderaannya sentiasa tip-top dan mendapat tempat di hati peminat Honda.  Perlu juga ketepikan isu-isu negatif yang tidak membawa manfaat.


Terima kasih baca entri ini CPUV - Dentsu Honda City datang lagi.


Biarlah Rahsia

Biarlah Rahsia



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Biarlah rahsia itu hanya kita yang tahu.  Simpanlah ia sebaik-baiknya.  Namun jangan pula hingga pecah diperut, dimulut pun jangan.


Rahsia Lisan


Tidaklah seorang hamba merahasiakan sesuatu dalam hatinya, 
melainkan Allah Subhaanahu wata'ala akan menampakkannya 
melalui ucapan lisannya.  
(Imam Abu al-'Izz al-Hanafi)


Justeru, pelihara juga kata-kata dan hati agar hidup terpelihara.


Terima kasih singgah baca entri ini Biarlah Rahsia.

26 Jun 2016

10 malam terakhir Ramadan

10 malam terakhir Ramadan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


10 malam terakhir Ramadan sudahpun tiba.  Malam-malam terakhir yang lazimnya ditangisi oleh sahabat-sahabat Rasulullah.  Semoga kita juga dapat merasai kesedihan itu walaupun kesedihan kita tidak sama dengan kesedihan para wali Allah.  Mungkin juga kerana tahap keimanan kita tidak sama.  Tetapi tidak salah untuk kita terus berusaha menjadi insan soleh.

Tarikh 10 malam terakhir Ramadan 2016


10 malam terakhir Ramadan juga sering dikaitkan dengan malam Lailatul Qadar.  Malam yang dicari-cari untuk mendapatkan manfaatnya.

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ

Daripada  'Aisyah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda:   "burulah Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dalam sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan." (HR BUKHARI)



Petikan nasihat Imam Makkah sempena 10 malam terakhir Ramadan

1.  Sedekah setiap malam.
2.  Solat sunat 2 rakaat setiap malam.
3.  Baca surah al-ikhlas setiap malam. 

Jom mulakan sekarang!  Semoga kita mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda dalam bulan Ramadan yang penuh barakah ini.


Terima kasih sudi baca entri 10 malam terakhir Ramadan.


SEGMEN: REVIEW WITH BAJUWARNACOKLAT

SEGMEN: REVIEW WITH BAJUWARNACOKLAT

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

SEGMEN: REVIEW WITH BAJUWARNACOKLAT merupakan entri YB bagi menyertai segmen anjuran rakan blogger baju warna coklat.  Kenapa baju warna coklat?  YB tidak tahu, kalau korang nak tahu sila tanya sendiri pemiliknya. Sila jangan kecam akak YB kerana kenyataan yang diberikan.  Idea YB tidak berapa nak menjadi pula untuk entri segmen ini.

Sebelum akak YB celoteh lebih panjang, apa kata kita terus ke segmen ini.

Segmen:  Review With BajuWarnaCoklat






Ha... dah nampak banner di atas, Klik saja banner untuk terus ke segmen.  Boleh tengok blog baju warna coklat yang tidak berapa coklat.

Penganjur segmen mencari 7 blog untuk direview.  Agak-agaknya blog mana yang bertuah.  Jangan kata akak YB tidak mengharap pula.  Bila dah join segmen nie, YB juga mengharapkan blog YB termasuk dalam 7 blog yang bertuah.  Kalau tidak tepilih pun tak mengapa,  paling tidak YB boleh dapat trafik percuma dari blog baju warna coklat dan rakan-rakan blogger yang turut serta dalam segmen ini.

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger. Buat entri cantik-cantik mana tahu boleh terpilih, kot-kot mesra random pula.  Eh... cepat yer.  Segmen ini akan tamat pada 3 Julai 2016.


Terima kasih sudi baca dan berikan sokongan anda untuk entri ini Segmen:  Review With BajuWarnaCoklat.


Design Corak Ramadan 2016

Design Corak Ramadan 2016


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Design Corak Ramadan 2016, idea tiba hanya setelah Ramadan menghampiri ke penghujung.  Sudah lama juga YB tidak mereka corak untuk blog.  Entri untuk design ini pun hanya hampir petang baru dapat diterbitkan.  Bila dah lama tidak mereka corak, maka idea agak tumpul.  Lama jugalah YB hadap laptop nie, nak dapatkan perasaan Ramadan untuk dilakarkan pada corak.

Buat sementara waktu, inilah antara corak yang dapat disiapkan.
















Tema corak pada kali ini adalah Titisan Ramadan 2016.  Tetapi rasa nak tukar kepada Memori Ramadan 2016.  Tidak tahu pula mana yang nak dipilih.  Apa tidaknya masa simpan corak ni, letak nama Titisan Ramadan, bila nak buat entri tiba-tiba pula datang tajuk Memori Ramadan 2016.  

Apapun kekal jugaklah dengan Titisan Ramadan 2016. Memori Ramadan 2016 tu kita buat untuk lain kesempatan.

Terima kasih, sudi singgah baca entri Design Corak Ramadan 2016.




24 Jun 2016

CPUV Bulan Jun Di Blog YangBaik

CPUV Bulan Jun Di Blog YangBaik


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Bulan Jun Di Blog YangBaik ada yang sudah terlepas dan ada yang baru masuk.  Sudah hampir ke penghujung bulan Jun baru nak buat entri pengenalan mengenai iklan CPUV yang singgah di blog.  Aduhai.... Janganlah sampai agen Nuffnang merajuk dan tarik balik kempen CPUV nie. Bila mood dah kedaung nak menulis dan cari idea pun semakin malas.  Jadi, dapat iklan CPUV pun cukup-cukup makan, jangan tidak jer.  

CPUV bulan Jun ini ada antaranya sudahpun dikreditkan.  Tidak perlulah YB cerita berapa banyak yang telah dikreditkan, tetapi ianya berpadanan dengan entri blog dan semangat pemilik blog ini. Kusss!!!

CPUV yang telah dikreditkan adalah, Pedigree.  Hmmm iklan ini sebenarnya tidak berapa gemar juga tetapi sebagai pengenalan produk kira boleh lah kot.  CPUV lain adalah Khind Starter Pack, Disney - Animate Your Imagination dan TNB Campaign.  Iklan ini mengenai alnino... panas!!!

CPUV yang masih aktif sehingga entri ini ditulis adalah Ribena Moments.  SME - Microsoft, Dentsu - Honda City, Kleenex Vanilla dan Shell Helix 2016.  Oihh... banyak pula Shell Helix 2016, sampai 6 tapak.  Okey... bagus juga untuk kaut keuntungan.  Memandangkan hari raya pun dah dekat, boleh tengok apa yang Shell Helix tawarkan kepada penggunanya untuk hari raya 2016.

Apa pun Nuffnang masih lagi bermurah hati untuk meletakkan kempen CPUV di blog YangBaik. Cuma belum dapat lagi iklan advertorial.  Agaknya bila agen Nuffnang baca kenyataan ni,,, mereka ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling jatuh bawah meja.  :P

Wei... mana tidaknya berangan nak buat advertorial pulak.  Entri sendiri pun kadang-kadang macam terputus angin, ada hati pula nak buat entri untuk orang lain.  Saja jer perasankan diri sendiri. Berangan tidak salah kan.

Sementara itu... terima kasih Nuffnang, terima kasih pengiklan dan terima kasih kepada anda semua yang tidak jemu-jemu singgah ke blog ini.

Akhir kata, terima kasih sudi baca entri ini CPUV Bulan Jun Di Blog YangBaik.


Top entri minggu ini

Top entri minggu ini


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Top entri minggu ini kelihatannya selari dengan isu dan suasana semasa.  Walaupun penulisnya jarang sangat menulis ikut situasi memandangkan idea tidak berapa nak menjadi.  Nak menulis pun berat sangat.  Jadi ada baiknya dikorek semula entri lama yang berkaitan dengan situasi semasa..


Top entri minggu ini

15 koleksi ucapan bergambar... Tajuk top entri yang pertama jika diperhatikan sudah berada disitu pada setiap minggu pada hari pertama ianya dikeluarkan.  Sehingga ini kini tetap menjadi pilihan utama setiap minggu bahkan setiap hari juga.

Ucapan hari raya buat ibu.  Ianya muncul semula bila hampir hari raya dan akan hilang setelah hari raya berlalu.

Baju kurung pahang pastinya menjadi pilihan ramai kerana keindahan pakaian tradisional dan sinonim dengan hari raya.

Gulsan Nar Eksisi, jus delima berkhasiat keluaran dari negara Turki.

Tiada larangan memiliki dunia.  Kerana tiada entri lain yang utama maka ia menjadi pilihan... kot :D

Begitulah seterusnya.  Minggu depan senarai top entri ini agaknya akan berubah dan entri apa pula yang bakal memenuhi top entri mingguan ehh.

Tunggu dan lihatlah nanti.

Terima kasih sudi baca entri Top entri minggu ini.


Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bersiaran kembali untuk segmen rutin 2bulan sekali di blog Fiza. Kembali dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016. Ada yang tak sempat sertai bulan April yang lepas kan dan juga yang tak berpeluang masuk dalam bloglist blog Fiza. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 29 JUN 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 




Terima kasih atas sokongan semua ^__^


Terima kasih sudi baca entri Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017

Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pertandingan Reka Bentuk Cenderamata Sempena Tahun Melawat Perak 2017 adalah anjuran bersama Persatuan Pelancongan Negeri Perak dan Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak serta Tourism Perak Management Berhad.  Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Tahun Melawat Perak 2017 seperti yang telah diumumkan oleh Kerajaan Negeri Perak. 

Menariknya mengenai pertandingan ini adalah ianya dibuka kepada semua warga negara Malaysia, program ini secara tidak langsung cuba membawa perkembangan produk cenderamata negeri Perak ke arah reka bentuk kontemporari.  Melalui pertandingan ini juga dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam menghasilkan produk seumpama serta membina personaliti usahawan dalam industri pelancongan.

Reka bentuk produk yang dipertandingkan akan menampakkan imej pelancongan negeri Perak serta dihasilkan dengan menggunakan kos yang rendah.  Melalui aspek imej pelancongan dan kos pembuatan yang rendah adalah secara tidak langsung akan mewujudkan daya saing yang sihat terhadap para peserta untuk menghasilkan produk cenderamata menerusi idea dan kreativiti masing-masing.




Format Pertandingan

Format pertandingan ini mempunyai tiga peringkat iaitu:

a)  Peringkat Saringan

Keperluan: 2 (Dua) Lukisan Reka Bentuk Produk bersaiz A3 dan Keterangan Produk;

Pada peringkat ini, semua peserta akan menghantar borang bersama lukisan rekaan produk terkini serta asli dan mempunyai keterangan produk. Lukisan yang dihantar adalah berbentuk teknikal iaitu dinyatakan ukuran produk dan berwarna. Lukisan berkenaan adalah yang asli dan tidak meniru mana-mana produk yang terdapat dipasaran. Keterangan produk perlu dinyatakan aspek-aspek berikut dengan jelas iaitu;

i) Sumber Idea
ii) Keaslian
iii) Proses (pembuatan, bahan, warna, fungsi dan ketahanan)
iv) Potensi Komersil (sasaran pasaran dan cadangan harga)

Penyertaan produk peserta boleh dibatalkan jika tidak menyerahkan keterangan produk ini bersama dua (2) lukisan rekaan produk.


b) Peringkat Penerimaan Prototaip

Dua puluh lima (25) produk terbaik lima (5) setiap kategori) yang dipilih akan dihubungi dan diminta menghantar satu unit atau set prototaip produk dan persembahan video untuk dinilai oleh pihak juri.

Persembahan video yang perlu dibuat oleh peserta terpilih ini adalah dirakam selama 5 minit sahaja (maksimum) yang akan memberikan perincian tentang produk berkenaan seperti idea, fungsi, proses, aspek komersil atau lain-lain lagi yang boleh memberikan nilai tambah kepada produk yang terpilih. Juri yang dipilih berdasarkan kepakaran tertentu akan memberikan komen terhadap prototaip produk tersebut. Segala komen pihak juri ini akan diserahkan kepada peserta semula (25 peserta terpilih) untuk tindakan penambahbaikan produk sebagai persedian mereka ke peringkat akhir pertandingan.

Jika ada peserta yang terpilih tidak dapat menyerahkan prototaip dan video rakaman seperti yang diperlukan, secara tidak langsung penyertaannya terbatal dan pihak penganjur berhak memilih produk lain untuk ke peringkat akhir (jika ada dan dapat dikenalpasti).


c) Peringkat Pameran (Akhir)


Pada hari pameran ini, kesemua dua puluh lima (25) peserta akhir akan membawa produk-produk prototaip yang telah dilakukan penambahbaikan dan dipamerkan pada booth yang disediakan. Para juri akan memberikan markah akhir kepada 25 peserta akhir ini berdasarkan persembahan akhir mereka. Majlis penyampaian hadiah juga akan diadakan pada hari tersebut. Peserta boleh menyediakan maklumat tambahan seperti portfolio produk atau persembahan slide (melalui komputer riba yang dibawa oleh peserta sendiri dan slide/video projector serta computer riba tidak disediakan oleh pihak penganjur) sebagai maklumat bantuan atau tambahan di dalam persembahan akhir nanti kepada juri.

Jika peserta gagal mempamerkan produk akhir seperti yang diminta, pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan pertandingan produk berkenaan dan automatik peserta berkenaan gagal memenangi sebarang hadiah (termasuk saguhati). Peserta juga akan dibatalkan penyertaan jika mempamerkan reka bentuk lain daripada lakaran atau prototaip/model yang dihantar terdahulu.

Jika pihak penganjur mendapati produk yang dipertandingkan pernah dipasarkan atau pernah dihasilkan oleh pihak atau dipasarkan sebelum pertandingan akhir ini, secara automatiknya penyertaan peserta berkenaan akan terbatal dan tidak boleh menuntut apa-apa hadiah daripada pihak penganjur.


Kategori Pertandingan


Rekaan produk cenderamata adalah bebas dan perlu mempunyai ciri-ciri reka bentuk kontemporari, bertemakan pelancongan Tahun Melawat Perak 2017 atau seumpamanya. Reka bentuk produk mestilah asli dan mempunyai ketahanan. Setiap produk yang direka mestilah mengikut kategori yang ditetapkan iaitu:

i) Kategori 1: Kayu

ii) Kategori 2: Seramik / Polimer

iii) Kategori 3: Fabrik

iv) Kategori 4: Plastik / Getah

v) Kategori 5: Bahantara Bebas (alam semulajadi, logam, bahan kitar semula dan lain-lain)

Para peserta perlu menyatakan bahan yang digunakan dengan jelas di dalam keterangan produk dan di dalam lukisan persembahan. Markah tambahan akan diberikan kepada mereka yang menggunakan bahan kos yang rendah (seperti bahan kitar semula/semulajadi/terbuang dll) serta dapat memberikan potensi harga jualan yang menarik. Setiap produk mestilah disertakan bersama maklumat tentang imej pelancongan yang digunakan sebagai satu maklumat pengetahuan kepada juri samada pada pembungkusan, lampiran kad atau label pada produk berkenaan. Jika rekaan produk berkenaan mempunyai persamaan atau meniru produk yang telah dikeluarkan dipasaran atau pernah dihasilkan oleh mana-mana pihak, secara automatiknya pihak penganjur berhak menyingkirkan peserta berkenaan daripada menyertai pertandingan ini. Kesemua rekaan yang dihantar akan menjadi hak milik bersama pihak Tourism Perak Management Berhad dan Persatuan Pelancongan Negeri Perak.


Hadiah dan Anugerah


Hadiah yang ditawarkan adalah berjumlah RM30,000.00. Setiap kategori di atas akan mempunyai pemenang hadiah utama, pilihan juri dan saguhati iaitu bernilai:


a) Hadiah Pertama: RM 3,000.00 + Sijil

b) Dua (2) Hadiah Pilihan Juri: RM 1,000.00 + Sijil (setiap satu)

c) Dua (2) Hadiah Saguhati: RM 500.00 + Sijil (setiap satu)


Penjurian


Ketua Juri akan dilantik dari UiTM manakala panel juri yang lain dilantik dari industri dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Perak).

Tarikh Penting Program


a) Tarikh Mula Pertandingan 25 April 2016 (Isnin)

b) Tarikh Tutup Penyertaan 17 Jun 2016 (Jumaat)

c) Tarikh Penjurian Peringkat Saringan (Pertama) 23 Jun 2016 (Khamis)

d) Tarikh Peringkat Penerimaan Prototaip 26 Ogos 2016 (Khamis)

e) Tarikh Peringkat Akhir 24 September 2016 (Sabtu)


Para perserta akhir termasuk ahli (seramai 3 orang) akan diberikan penginapan untuk hadir pada Peringkat Akhir nanti.

Layari laman blog rasmi pertandingan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut serta borang pertandingan

Moh ramai-ramai sertai pertandingan ini.