Pageviews

18 Mei 2016

Siapa mukmin sejati

Siapa Mukmin Sejati



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sejarah Umat Islam.  Gambar hiasan


Mukmin sejati bukanlah mukmin yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah. Akan tetapi, mukmin sejati adalah mukmin yang apabila bermaksiat kepada Allah maka ia bersegera untuk kembali dan bertaubat kepada-Nya.
(Sebagian Ahli Hikmah)


Terima kasih sudi singgah baca Siapa Mukmin Sejati.

17 Mei 2016

First Giveaway Prelove by Lea Azleeya

First Giveaway Prelove by Lea Azleeya



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sekali lagi akak YB join giveaway.  Memang tak jemu-jemu.  Sebab melalui giveaway kita dapat mengenali ramai blogger baru dan dalam masa yang sama blogger baru pun dapat mengenali kita. Kiranya situasi menang-menang lah.  Bukan mudah sebenarnya nak buat giveaway ini.  Ianya memerlukan komitmen dan kesabaran yang tinggi.  Kalau sekadar di pinggiran ajer... memang tak boleh jalan.

Okey, jom kita tengok semangat rakan blogger kita, Lea Azleeya dengan givewaynya yang pertama. Tengok pada banner pun dah bersemangat.



First Giveaway Prelove by Lea Azleeya

First Giveaway Prelove by Lea Azleeya


Untuk menyertai giveaway ini sila klik banner di atas.


Hadiah Untuk Para Pemenang


Lea menyediakan dua kategori pemenang seperti berikut:

  • 3 helai Bawal Aidijuma / BBS Prelove
    • **3 orang pemenang sahaja di cari
    • **setiap pemenang akan mendapat sehelai bawal AJ / BBS

  • Hadiah Khas
    • 1 helai Shawl BBS Prelove untuk penyertaan terpilih

Giveaway ini berlangsung mulai 5 hingga 31 Mei 2016.  Jom berikan sokongan anda kepada rakan blogger Lea Azleeya.


Terima kasih atas sokongan anda untuk First Giveaway Prelove by Lea Azleeya

Pencarian Bloglist Jun 2016 By Beeha Azman

Pencarian Bloglist Jun 2016 By Beeha Azman



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Beeha Azman, begitulah nama rakan blogger yang menganjurkan segmen Pencarian Bloglist Jun 2016 By Beeha Azman.  Namanya mungkin agak baru dalam dunia blogging, apabila melihatkan kepada tempoh blog yang baru diwujudkan pada tahun 2015.  Tetapi nampaknya mempunyai pengetahuan yang luas dalam dunia IT dan blogging.  Ye lah remaja zaman sekarang memang cepat memahami IT kerana IT adalah sebahagian daripada dunia mereka.  

Seperti biasa jugalah, Segmen Pencarian Bloglist Jun 2016 dibuat bagi mengumpul rakan blogger. 


Pencarian Bloglist Jun 2016 By Beeha Azman

Pencarian Bloglist Jun 2016 By Beeha Azman


Untuk mengikut serta dalam segmen ini, sila klik banner di atas.

Jangan terkejut pula bila korang dapat trafik dari US.  Sebabnya Beeha sedang study di US.  Jadi marilah kita sama-sama memberi sokongan kepada rakan blogger Beeha Azman.

Segmen ini dijangka tamat pada 4 Jun 2016, mengikut waktu US.

Jom kumpul dan tambah trafik dari US pula.  Berdesup lah trafik akak nie...


Terima kasih atas sokongan anda semua untuk segmen Pencarian Bloglist Jun 2016 By Beeha Azman.




Orang yang paling dermawan

Orang yang paling dermawan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sedekah.  Gambar hiasan


Sesungguhnya orang yang paling dermawan di dunia ini adalah orang yang menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang kikir dalam hal lain. Dan sesungguhnya orang yang paling kikir di dunia ini adalah orang yang kikir untuk menunaikan hak-hak Allah walaupun orang lain melihatnya sebagai orang yang dermawan dalam hal lain.
(Wahab bin Munabbih)


Terima kasih sudi singgah baca entri Orang yang paling dermawan.

Segmen Bersama Amirah Azman & Sponsor

Segmen Bersama Amirah Azman & Sponsor


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selang beberapa hari blog ini agak sunyi bila tiada entri segmen.  Jadi hari ini, YB rasa tergerak hati nak join segmen anjuran rakan blogger Amirah Azman.  Segmen yang mudah sangat, hanya perlu salin dan tampal kod html yang disediakan oleh penganjur.  Selebihnya terpulang kepada kreativiti dan kerajinan blogger.  Oleh kerana hari ini akak YB terlebih rajin... maka dirajinkan jejari ini untuk menulis lebih banyak walaupun tidaklah sehingga 300 patah perkataan tetapi memadai untuk tambah sedikit kelainan.


http://eira-shamiera.blogspot.my/2016/05/segmen-bersama-amirah-azman-dan-sponsor.html
 ( CLICK banner untuk Join sekali )

TAMAT : 31/05/2016
UMUM PEMENANG : 01/06/2016

Terima kasih atas kesudian melayan entri meroyan YB, Segmen Bersama Amirah Azman & Sponsor



16 Mei 2016

Didi & Friends Siri Animasi Dalam DVD

Didi & Friends Siri Animasi Dalam DVD



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Didi & Friends, satu lagi fenomena yang melanda kanak-kanak di Malaysia.  Menonton siri animasi Didi & Friends banyak input dan pengajaran menarik untuk anak-anak.  Persembahan yang ringkas dan mudah dikenali oleh kanak-kanak, sehinggakan ibu dan bapa harus hafal setiap bait-bait lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak.  Dan.... lihatlah kini, umi dan ayah kembali muda remaja hanya dengan menyanyikan lagu-lagu dari siri Didi & Friends.




Fenomena Didi & Friends


Hora Horey!!! Pernah tonton Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Didi & Friends di Astro Ceria atau Youtube? Haaaa.. kalau ada anak kecil dibawah 6 tahun. Saya amat rekemen beri anak anda tonton Lagu Animasi ini, baby bawah setahun pun layan juga. Silap-silap mak bapak pun layan sekali. Memang layan betul. Semua lagu best. Sudah lebih 130 Juta Views di Youtube tau!

Pertama kali menonton siri ini pastinya memberikan satu kelainan dalam dunia pengajaran dan pembelajaran anak-anak.  Keasyikan lenggok lagu dan watak-watak dalam Didi & Friends sungguh berbeza sekali.

Tak Caya? Cuba Tengok Video dibawah.


Lagu Kalau Rasa Gembira


Lagu Chan Mali Chan


Lagu Lompat Si Katak Lompat


Haaa... layan tak? Ada banyak lagi lagu-lagu Didi & Friends anak anda boleh tonton di Youtube dan Astro Ceria. Gerenti layan punyalah...

Ada yang  nak beli DVD Original Didi & Friends? Kalau ada yang nak beli boleh terus beli online di website The Baby Store . Ada Volume 1 dan Volume 2. Stok amat terhad memandangkan permintaan yang tinggi dari kalangan ibu-ibu seluruh Malaysia dan mungkin juga dari luar.



Apa tunggu lagi. Ayuh dapatkan DVD Original Didi & Friends.  Jadikan DVD ini salah satu daripada koleksi pembelajaran buat anak-anak kita.  



Terima kasih atas ruang masa yang diberikan untuk membaca artikel Didi & Friends Siri Animasi Dalam DVD.  


Segmen blogwalking hujung minggu by Ann

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Assalamualaikum hii
LINK SINI


saya akan blogwalking blog semua yang join segmen ni selepas segmen ni tamat.
16/5/2016 - 20/5/2016


klik banner untuk join!!

14 Mei 2016

Melihat Keburukan Diri Sendiri Lebih Selamat

Melihat Keburukan Diri Sendiri Lebih Selamat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Barangsiapa melihat kebaikan-kebaikan dirinya sendiri, maka ia akan diuji dengan melihat keburukan-keburukan orang lain. Dan Barangsiapa melihat keburukan-keburukan dirinya sendiri, maka ia akan selamat dari melihat keburukan-keburukan orang lain. Dan barangsiapa menyangka bahwa seorang saudaranya muslim sedang ditimpa fitnah, maka sesungguhnya dirinya sendirilah yang sedang ditimpa fitnah.
(Mahfudh bin Mahmud)

13 Mei 2016

Mengharap dan Menumpang Tuah

Mengharap dan Menumpang Tuah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dalam hidup ini, kita tidak dapat lari dari menumpang.  Menumpang tuah dan rezeki orang.  Bukan sahaja kita yang membawa tuah dan rezeki kepada orang.  Tetapi kita juga turut menumpang.

Ada ketika kita tidak punya apa-apa... hanya mengharapkan tuah orang lain.  Bagaimana?  Semuanya kerana bantuan dan kasih saya dari Allah.  Bantuan dan tuah itu ada ketikanya tidak diberikan kepada kita secara langsung sebaliknya melalui orang lain.  Seperti mana kita juga memberi bantuan kepada orang lain.   Semuanya atas kitaran hidup dan konsep "Ada, Beri, Dapat".

Apa yang kita ada, dikongsikan dengan orang lain dan kita akan dapat kembali apa yang telah kita berikan.  Bahkan berlipat kali ganda.


Apa sebenarnya yang hendak dikongsikan dalam entri ini adalah kita sentiasa memerlukan orang lain. Bukan mengharapkan orang lain itu sebagai Tuhan, tetapi sebagai pembantu kita yang menolong kita sebagai perantara.  Yang terbaik kita lakukan adalah mengharapkan belas ikhsan dari Allah.  Hanya Allah yang akan membantu kita dalam apa juga keadaan dan apa jua cara.

Maknanya kita perlu menjadi insan yang sentiasa berbuat baik kepada setiap makhluk.  Tidak kiralah kita suka atau tidak.  Jika suka santuni mereka sebaik-baiknya.  Jika pun kita tidak suka, jangan pula sampai menyumpah seranah.

Kita ini tidak punya apa-apa untuk digantikan dengan sumpah seranah kita.  Biarlah yang buruk itu berlalu pergi jangan sampai kita terikut-ikut dengan caranya.

Jadilah insan yang terbaik buat diri kita dan buat orang sekeliling kita.

Wallahu a'lam.  Maafkan saya andai ada yang terluka dan terguris hati dengan entri ini.  Entri ini sekadar pandangan peribadi YB dan masih terbuka kepada perkongsian idea rakan-rakan semua.

Terima kasih atas kesudian singgah baca dan kongsi komentar anda untuk entri Mengharap dan Menumpang Tuah.


12 Mei 2016

MaMom Milk Booster Pilihan Terbaik Untuk Ibu dan Bayi

MaMom Milk Booster Pilihan Terbaik Untuk Ibu dan Bayi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Menjadi ibu merupakan satu detik terindah dalam hidup seorang wanita.  Tiada siapa boleh meragui akan perasaan indah yang dialami oleh ibu ketika pertama kali menatap wajah cahaya mata yang dikendongnya selama 9 bulan.  Saat-saat indah menjadi ibu pastinya lebih bermakna apabila dapat menyusukan bayinya sepenuh masa.

Namun tidak semua ibu dapat merasai keindahan itu hanya kerana kekurangan yang ada pada dirinya. Jangan pula kekurangan itu menjatuhkan semangatnya untuk terus menjadi ibu yang bertuah dan beruntung di atas muka bumi ini.  Pengorbanan ibu melahirkan anaknya dan membesarkan anaknya dengan caranya yang tersendiri tidak perlu dipertikai oleh orang lain.

Setiap wanita ada keistimewaannya yang tersendiri.  Semoga semua ibu-ibu diluar sana terus menjadi ibu yang gigih dan tabah dalam apa juga keadaan.  Berusaha untuk menjadi ibu yang terbaik dalam apa jua keadaan.  Terima seadanya kelebihan dan kekurangan diri tanpa mengurangi kasih dan sayang kepada ahli keluarga terutama anak-anak.




Jenama Milk Booster Pilihan


Bagi ibu-ibu yang berkeupayaan untuk menyusukan bayinya, pasti ada peluang dan ruang untuk menambah baik kualiti dan kandungan susu badan.  Mesti ramai ibu-ibu di luar sana pening bila nak beli milk booster sebab banyak sangat lambakkan jenama-jenama milk booster di pasaran.

Bila survey punya survey study kelebihan dan kekurangan. Akhirnya tak jadi beli sebab pening kepala nak pilih yang mana satu.

Bila tak jadi beli atau tangguh, susu badan mulai kurang. Ini sangat serius. Tambahan pula stress nak pilih jenama yang mana satu pun salah satu faktor menyumbang susu kurang.


Jadi macam mana cara banyakkan susu ibu dengan memilih milk booster yang berkesan?


Di pasaran ada pelbagai jenis milk booster seperti dalam bentuk tablet, serbuk, pil, perisa susu, perisa coklat dan pelbagai lagi.  Ibu-ibu perlu bijak membuat pilihan yang terbaik untuk kesejahteraan diri sendiri dan juga bayi yang disusu.

Dalam artikel ini saya kongsikan satu jenama yang sangat top dikalangan ibu-ibu menyusu. Iaitu jenama MaMom.

Kalau anda jenis yang sangat sibuk dan tiada masa. Saya sarankan anda menggunakan produk MaMom Milk Booster.  Sebab produk MaMom Milk Booster ini dalam bentuk tablet.  Botolnya juga tidak besar. Anda boleh bawa kemana-mana sahaja. Mudahkan?


Ciri-Ciri MaMom Milk Booster


Terdapat beberapa ciri-ciri menarik pada MaMom Milk Booster yang sudah pasti memberi banyak kelebihan dan kemudahan kepada ibu yang sentiasa bergerak pantas dan yang berkerjaya.  Antara ciri-ciri hebat MaMom Milk Booster adalah :-
  • Tablet kunyah yang mudah!
  • Susu melimpah-limpah
  • Berkesan seawal 24 jam ( *berdasarkan ribuan testimoni diterima)
  • Ada sijil Halal JAKIM, KKM dan lulus lab test SIRIM
  • Digunakan di hospital dan farmasi
  • Produk Malaysia, kini dieksport keluar negara
  • Produk tambah susu PALING DIPERCAYAI ibu menyusu di Malaysia dan Indonesia


MaMom Milk Booster boleh didapati secara online melalui The Baby Store.


Apa Kata Ibu Yang Pernah Guna MaMom Milk Booster.


Ibu 1

"Alhamdullilah.. rasa susu dah banyak. Pagi ini dapat 8oz.. syukur sangat-sangat... rezeki anak"

Ibu 2

"Alhamdullilah.. selepas 2 minggu susu bertambah-tambah meriah.. ini baru pusingan pertama pump.. 3 hari pertama makin dah nampak susu makin bertambah.. inshaAllah akan repeat order"

Ibu 3

"Saya baru makan semalam.. pagi tadi breast sudah bengkak.. saya terus pam, sebelah sahaja boleh dapat 1 botol penuh.. biasanya 3oz pun payah.. Alhamdullilah seronok sangat."

Ibu 4

"Salam sis.. ada berita gembira! Susu dah banyak tau sis.. Hari tu kan saya beritahu hari 1st consume MaMom susu tiba-tiba drop.. tapi saya nekad teruskan jugak amik MaMom.. dan hari ini bila pump sebelah sahaja dapat 7-8oz. Total kedua belah dapat 15oz. Sangat terkejut sis sebab sebelum ini belum pernah dapat banyak ini."

Ibu 5

"Ada perubahan. Alhamdullilah increase, officemates pun try. Now semua nak order. Nak repeat order 4 kotak"


Ini hanya sebahagian kecil sahaja feedback mengenai produk ini. Ada banyak lagi sebenarnya.


Ikuti video mengenai pengalaman ibu ini dalam penggunaan MaMom Milk Booster.


Dimana Hendak Dapatkan Produk Ini?


Anda boleh dapatkan terus melalui The Baby Store. Hanya order online sahaja ... terus sampai ke rumah anda.

Kenapa saya sarankan beli melalui The Baby Store? Ini kerana setiap belian anda membeli di website ini, anda dapat kumpul mata ganjaran dimana anda dapat tebus pada belian seterusnya. Memang menjimatkan.

Oppss lupa... setiap pendaftaran baru. Anda dapat 200 mata ganjaran yang boleh ditebus untuk belian pertama. Wow....

Selain itu, website yang boleh dipercayai... kalau anda risau bab-bab kene tipu dengan seller online. Kalau di website ini anda tidak perlu risau. Konfiden 100% selamat. Website pun cun!

Klik link ini ---> http://thebabystore.com.my/MaMom-Milk-Booster




Sudah pasti setiap ibu mahukan yang terbaik buat anak-anaknya.  Biar apapun kekurangan yang ada pada diri jangan dijadikan itu sebagai penghalang kepada anda untuk menjadi ibu yang terbaik. Sokongan keluarga dan rakan-rakan juga penting dalam memastikan semangat ibu-ibu ini tidak jatuh.

Sudahkah anda membuat pilihan?  Buatlah pilihan yang terbaik untuk anda dan keluarga.