Pageviews

13 Mei 2016

Mengharap dan Menumpang Tuah

Mengharap dan Menumpang Tuah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Dalam hidup ini, kita tidak dapat lari dari menumpang.  Menumpang tuah dan rezeki orang.  Bukan sahaja kita yang membawa tuah dan rezeki kepada orang.  Tetapi kita juga turut menumpang.

Ada ketika kita tidak punya apa-apa... hanya mengharapkan tuah orang lain.  Bagaimana?  Semuanya kerana bantuan dan kasih saya dari Allah.  Bantuan dan tuah itu ada ketikanya tidak diberikan kepada kita secara langsung sebaliknya melalui orang lain.  Seperti mana kita juga memberi bantuan kepada orang lain.   Semuanya atas kitaran hidup dan konsep "Ada, Beri, Dapat".

Apa yang kita ada, dikongsikan dengan orang lain dan kita akan dapat kembali apa yang telah kita berikan.  Bahkan berlipat kali ganda.


Apa sebenarnya yang hendak dikongsikan dalam entri ini adalah kita sentiasa memerlukan orang lain. Bukan mengharapkan orang lain itu sebagai Tuhan, tetapi sebagai pembantu kita yang menolong kita sebagai perantara.  Yang terbaik kita lakukan adalah mengharapkan belas ikhsan dari Allah.  Hanya Allah yang akan membantu kita dalam apa juga keadaan dan apa jua cara.

Maknanya kita perlu menjadi insan yang sentiasa berbuat baik kepada setiap makhluk.  Tidak kiralah kita suka atau tidak.  Jika suka santuni mereka sebaik-baiknya.  Jika pun kita tidak suka, jangan pula sampai menyumpah seranah.

Kita ini tidak punya apa-apa untuk digantikan dengan sumpah seranah kita.  Biarlah yang buruk itu berlalu pergi jangan sampai kita terikut-ikut dengan caranya.

Jadilah insan yang terbaik buat diri kita dan buat orang sekeliling kita.

Wallahu a'lam.  Maafkan saya andai ada yang terluka dan terguris hati dengan entri ini.  Entri ini sekadar pandangan peribadi YB dan masih terbuka kepada perkongsian idea rakan-rakan semua.

Terima kasih atas kesudian singgah baca dan kongsi komentar anda untuk entri Mengharap dan Menumpang Tuah.


3 ulasan:

  1. Sentiasa berbuat baik sesama makhluk itu memang amalan yang dituntut.
    Sharing is caring

    BalasPadam
  2. buat baik berpada2..jahat jgn sekali

    BalasPadam
  3. Bula dipuji jgn riak.
    bila dicela jgn marah.
    sederhana...

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.