Pageviews

09 Mei 2016

Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


klik untuk sertai
Berita Baik! Hari ini kami Nurfuzie dan The Baby Store nak jemput semua blogger-blogger yang hebat untuk sama-sama meriahkan Giveaway kami. Hadiah menarik akan diberikan kepada 10 pemenang. Kami dari The Baby Store selaku penaja utama GiveAway ini.


Sebuah Kedai Bayi Online yang meningkat naik dan menjadi pilihan ibu-bapa untuk membeli barangan kelangkapan ibu dan anak di atas talian. 

Mempunyai lebih 700 barangan untuk dipilih dan mempunyai pelbagai jenama antarabangsa dan tempatan.
Antara Barangan yang Hot di The Baby Store
Anda boleh klik pautan diatas untuk melihat produk tersebut.

Setiap pendaftaran akaun baru di The Baby Store akan menerima 200 mata ganjaran dimana boleh ditebus pada belian pertama dan setiap belian juga anda akan dapat mata ganjaran yang boleh ditebus pada belian seterusnya. Sangat menguntungkan.

========================================================================

Untuk melayakkan anda menyertai GiveAway ini, anda perlu memenuhi beberapa syarat mudah yang perlu anda patuhi. Sebelum tu mari tengok senarai hadiah dulu.

SENARAI HADIAH PEMENANG

Wang tunai Rm100 x Tempat Pertama

Wang tunai Rm50 x Tempat Kedua

Wang tunai Rm30 x Tempat Ketiga

Head Rest Massage x 10 Unit (Tempat Pertama hingga Kesepuluh)

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Like facebook penaja.
  
2. Follow instagram penaja.

3. Follow Blog penaja
4. Buat satu entry khas dengan tajuk Giveaway Nurfuzie & THE BABY STORE - Malaysia Baby Online Shop


  • Copy Coding yang disediakan dan paste kan di html blog post anda.
  • Tinggalkan link entry di kotak komen di entry ini.
  • Tarikh tutup pada 5 Jun 2016 jam 11.59 malam.
  • Pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti membuat blog post, memenuhi syarat yang ditetapkan. Keputusan juri adalah muktamad.
5. Share/Ping Artikel ini di samaada di Facebook Personal anda, Fanpage atau Facebook Group lain.

Semoga berjaya semua..

Nota Tambahan : - Jika anda adalah seorang blogger dan ingin menjana pendapatan melalui blog anda. Anda boleh sertai Program Affiliate The Baby Store. Pihak The Baby Store akan guide anda bagaimana anda boleh membuat duit melalui blog anda dengan program ini. 

Sasaran The Baby Store adalah membantu para Affiliate menjana sekurang-kurangnya RM2000 sebulan tanpa menjual. Hanya post artikel yang dibekalkan oleh The Baby Store sahaja. Mudah kan?

Jika anda berminat anda boleh klik di link ini --> Program Affiliate The Baby Store


Giveaway FV oleh Mieza Suhaini

Giveaway FV oleh Mieza Suhaini


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Akhirnya, inilah entri penyertaan giveaway yang pertama bagi bulan Mei 2016, Giveaway FV oleh Mieza Suhaini.  Secara tidak langsung blog Mieza Suhaini merupakan blog pertama yang mengisi ruang Bloglist 5.2016.  Sibuk sangat kah YB ini sehingga sekarang baru update bloglist?  Tidaklah sesibuk mana cuma ruang untuk berblogging terpasksa dibataskan, biarpun hati ini meronta-ronta nak update blog setiap hari, setiap jam dan setiap saat.  Biarlah... apa pun yang berlaku telah berlaku, tiada maknanya hendak ditangisi hari-hari yang lepas biarpun ada harinya blog tidak terisi.

Okey kita kembali kepada entri Giveaway FV oleh Mieza Suhaini.  Jom kita lihat ada apa dengan giveaway ini.

Giveaway FV oleh Mieza Suhaini
Giveaway FV oleh Mieza Suhaini

Giveaway ini dijangka tamat pada 10 Mei 2016.  

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai giveaway ini, sila klik banner di atas.  Geram ajer tengok buah strawberry tu ... merah menyala.

Cepat-cepat berikan sokongan anda kepada rakan blogger.  penyertaan dah nak tutup tu.  Apa-apa pun klik saja banner di atas yer

Sekian lah dulu penyertaan YB dalam Giveaway FV oleh Mieza Suhaini.  Terima kasih atas sokongan anda :*

3 Hari Tanpa Blog

3 Hari Tanpa Blog 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tiada apa yang dapat digambarkan bila tidak dapat berblogging selama 3 hari.  Bukan saja-saja punya alasan tetapi memang sengaja.  Dek kesibukan uruskan anak-anak setelah 2 hari keluar kawasan. Maka ada beberapa urusan dan kerja rumah telah tertangguh selama dua hari... apa itu?  Kerja biasa seorang suri rumahtangga.

Oleh itu, masa untuk blog terpaksa ditangguhkan untuk seketika bagi memberi laluan kepada urusan rumahtangga dan keluarga.


Putih 

Malam tadi, Alif merungut... esok dah Isnin... kena Sekolah.

Umi jawab; jangan merungut dengan hari Isnin.  Kita kena bergembira dengan hari Isnin dan raikannya.  Kerana hari Isnin adalah hari lahir Nabi Muhammad S.A.W.  Kita tidak boleh berduka cita pada hari Isnin.

Entahlah Alif faham ke tidak.... mudah-mudahan ada sesuatu yang baik tersemat di hatinya.  Hari ini Alif bangun awal dan bersiap ke sekolah.... seperti biasa.






05 Mei 2016

Di Sini Di Hotel UiTM Shah Alam

Assalamualaikum Dan selamat sejahtera


Hari ini, seperti yang telah diceritakan dalam entri lewat malam tadi. YB kini berada di Hotel UiTM bagi mengikuti sesi lawatan rasmi. Hotel UiTM merupakan tempat penginapan kami untuk malam ini. Agak lama juga YB tidak kemari. Maklumlah semakin jarang keluar jauh begini. Selalunya program rasmi balik hari dan tidak memerlukan penginapan.

Ada beberapa perubahan yand dapat diperhatikan. Tiada lagi sudut santai tempat lepak waktu malam di sudut luar hotel ini. Tempat untuk makan malam ada disediakan tetapi di dalam bangunan yang diberi nama Anggerik Terrace.


Melihatkan menunya memang menarik dan sesuai sangat bagi yang malas makan diluar. Kebanyakan menunya ala-ala western dan disulam menu tradisional.



Malam ini kami makan diluar, nasi Arab. Pagi esok baru makan di hotel. Tengoklah nanti apa menunya. Agak-agak rajin YB update menu sarapan pagi dari Hotel UiTM.

Terima kasih.

posted from Bloggeroid

6 Perkara Sempurnakan Keimanan

6 Perkara Sempurnakan Keimanan



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ada enam perkara, apabila dimiliki oleh seseorang maka telah sempurnalah keimanannya :
(1) memerangi musuh Allah dengan pedang,
(2) tetap menyempurnakan puasa walaupun di musim panas,
(3) tetap menyempurnakan wudhu walaupun di musim dingin,
(4) tetap bergegas menuju mesjid (untuk melaksanakan shalat berjama'ah) walaupun di saat mendung,
(5) meninggalkan perdebatan dan berbantah-bantahan walaupun ia tahu bahwa ia berada di pihak yang benar dan
(6) bersabar saat ditimpa musibah.
(Yahya bin Muadz)


Gambar hiasan


Persoalannya, sempurnakah iman kita andainya kita tidak mampu laksanakan kesemua 6 perkara di atas.  Tepuk dada tanya Iman?






04 Mei 2016

Antara lipat dan gosok

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Inilah antara dilema ibu berkerjaya. Kerjaya lah sangat. Esok pagi-pagi dah kena outstation. Kalau diikutkan memang tak berapa suka outstation, tetapi demi tugas digagahkan jua. Sedangkan hari-hari biasa tanpa keluar pun kerja rumah tak habis-habis inikan pula bila ditinggalkan. Rasanya baru saja dapat bernafas dengan tenang setelah beberapa minggu lepas baru saja keluar.

Esok pagi dah nak keluar, bag pakaian tak kemas lagi. Kain baju sekolah anak pun belum digosok lagi.


Harus digosok juga baju sekolah malam ini.


Kemudian... sambung pula lipat kain nan sebakul.

Lepas ni baru boleh packing bag pakaian... tak mengapa esok kita tidor dalam bas.

posted from Bloggeroid

PENGALAMAN PERTAMA KE SABAH MENAIKI PESAWAT AIRASIA DI KLIA2

PENGALAMAN PERTAMA KE SABAH MENAIKI PESAWAT AIRASIA


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Sabah Negeri di Bawah Bayu, AirAsia pula dikenali antara syarikat penerbangan yang menawarkan tiket murah.  Dua perkara yang tidak pernah disangka akan terjadi dalam hidup YB.  Selalu juga dengar cerita kawan-kawan yang melancong ke Sabah.  Seronok juga dengar cerita mereka tidak kurang juga cerita-cerita yang tidak enak.  Cerita yang tidak enak itu kita simpan saja dalam dalam kamus usang biarlah ia berlalu tanpa perlu diulang-ulang lagi.  Pengalaman bersama AirAsia bukanlah yang pertama kali.  Satu ketika dulu pernah uruskan tiket untuk seseorang dan pernah menghantarnya hingga ke KLIA yang sepatutnya dihantar ke LCCT. Satu lagi pengalaman pahit yang tidak ingin diingati tetapi peristiwa itu tetap menjalar dalam darah ingatan biarpun telah lama dilontar dalam kolam memori.


Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu
Gunung Kinabalu, satu nama yang sinonim dengan Negeri Di Bawah Bayu.  Tidak pernah terlintas diminda bahawa satu hari YB akan melihatnya sendiri.  Biarpun tidak sampai ke puncak tertinggi itu, tetapi pengalaman bergambar di kaki gunung tertinggi di Asia Tenggara merupakan satu daripada pengalaman yang menarik bagi tahun ini.


KLIA2
Mungkin ramai yang pelik dengan kelibat orang ini, siapa lagi?  YB lahhh. Mana tidaknya perasaan nak bergambar di pintu masuk KLIA2 tidak kesampaian kerana mereka sudahpun ke hadapan. Tinggallah YB terkial-kial di belakang sambil mencuri peluang mengambil sudut yang sesuai. Agaknya kalau tengok gambar ni boleh perasan ke ini adalah KLIA2?  Hanya yang biasa saja yang tahu.


KLIA2
Bukan selalu dapat bergambar bersama pesawat AirAsia menggunakan kamera hp sendiri... selfie lah nie.  Inilah antara gambaran perasaan teruja seorang YB yang pertama kali bergambar dengan pesawat AirAsia.  Dari ruang menunggu.


KLIA2
Ni lagi satu, jadual penerbangan pun nak snap juga ke?  Ye lah.  Ada gunanya, siapa yang pernah mengalami situasi ini pasti mengetahui betapa pentingnya jadual ini.  Tidak perlu bersusah payah nak buka beg tengok boarding pass.  Terutama bagi YB yang mudah lupa.  Sekejap ingat, sekejap lagi lupa gate mana nak masuk.  Nombor flight pun macam-macam ada.


KLIA2
Berikan keutamaan kepada mereka yang memerlukan.  Hanya kebetulan ketika itu tempat ini kosong dan tidak kelihatan pula insan seperti yang dilogokan, maka YB ambil kesempatan untuk duduk di sini, menunggu giliran untuk lapor diri.  Ha ahh yer la... lapor diri sebelum masuk ke gate yang betul. Dari sini boleh nampak pesawat tiba untuk menurunkan bagasi dan penumpang.


AirAsia
Ketika ini, jam menunjukkan 6:18 petang.  Masih ada masa kira-kira satu jam lagi sebelum YB menaiki pesawat bersama "team 5 bintang".  Rakan-rakan yang lain telahpun bertebaran ke merata kiosk menjamu mata atau mendapatkan sesuatu sebagai tanda kenangan.  YB masih lagi di sini menikmati pemandangan yang jarang-jarang ditemui.

Masih banyak lagi cerita yang ingin direkodkan di sini.  In Shaa Allah, di lain kesempatan YB akan menulis lagi beberapa pengalaman menarik sepanjang berada di Sabah.  Semoga YB diberikan kekuatan dan masa untuk menulis.


Terima kasih atas kesudian singgah baca PENGALAMAN PERTAMA KE SABAH MENAIKI PESAWAT AIRASIA DI KLIA2.

Buku | Dr. Zakir Naik: Tidak Merbahaya Tetapi Membahagiakan

Buku |  Dr. Zakir Naik:  Tidak Merbahaya Tetapi Membahagiakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nota: Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger seluruh dunia tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing menerusi ruangan komen entri tersebut.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Terima kasih atas kesudian singgah jengok Buku |  Dr. Zakir Naik:  Tidak Merbahaya Tetapi Membahagiakan



Terima kasih Bloglist 3.2016

Terima kasih Bloglist 3.2016


Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Agak lewat YB keluarkan entri penghargaan bukan rakan blogger yang pernah menghuni ruang senarai blog sepanjang bulan Mac - April 2016.  Peluang untuk mengeluarkan entri sudah ada di depan mata tetapi terlewat pula dikeluarkan kerana kesibukan urusan kerja dan keluarga.  Hidup ini begitulah ada pasang surutnya.... untung sabut timbul, untuk batu tenggelam.


Bloglist 3.2016



Senarai rakan blogger di atas telah menghuni ruang bloglist 3.2016 bersempena dengan penyertaan Giveaway/Segmen/Contest. Salah seorang dari mereka merupakan calon top 5 bagi program APO2016. Ramai dah tahu kan... tak perlulah diceritakan yer.


Terima kasih Bloglist 3.2016, atas peluang berkenalan secara online.

01 Mei 2016

2 rakaat lebih baik dari 70 puluh rakaat

2 rakaat lebih baik dari 70 puluh rakaat



Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dua raka'at yang dilaksanakan sesuai dengan tuntunan (sunnah) Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, lebih baik daripada tujuh puluh raka'at yang dilaksanakan tidak sesuai dengan sunnah.
(Hassan bin 'Athiyyah)