Apakah hak yang sering terabai
Dalam kehidupan kita ada beberapa hal yang kita perlu ambil perhatian. Bukan semata-mata untuk kepentingan hidup kita sendiri tetapi untuk kemaslahatan hidup insan sejagat seantero alam.
Kadang-kadang kita terlupa bahawa setiap tindakan kita turut memberi kesan kepada orang lain. Kerana kita terlalu pentingkan hak kita dan terlalu menjaga apa yang dikatakan keutamaan kita.
Kita mampu merubah untuk terus menjadi lebih baik dari sekarang.
3 hak saudara seiman yang sering terabai |
- Apabila engkau tidak memberi manfaat kepadanya maka janganlah membahayakannya
- Apabila engkau tidak membahagiakannya maka janganlah membuat dia sedih
- Apabila engkau tidak memujinya maka jangan engkau mencelanya.
Semua hak itu, adakah kita mampu melaksanakannya?
Semoga kita mampu memberikan yang terbaik buat insan seiman dengan kita. In shaa Allah.
Terima kasih kerana membaca entri ini, Apakah hak yang sering terabai.