Pageviews

15 Julai 2015

Langit bersedih Ramadhan bakal pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Langit bersedih Ramadhan bakal pergi


Ramadhan,
Hadirmu dinanti berjuta ummat
Manfaatmu banyak membawa rahmat
Saban malam penuh rakaat
Mengharap berkat penuh sarat

Ramadhan,
Hadirmu cuma setahun sekali
Bertamu cuma 30 hari
1000 bulan tetap dinanti
Semoga ketemu hajat dipatri

Ramadhan,
Kini hampir penghujung seri
Kami teruja juga bersedih
Apakah bakal hadir lagi
Pada Yang Kuasa kami merintih
Dipanjangkan umur berjumpa lagi

Ramadhan bakal pergi
Langit bersedih sepanjang hari


Nukilan: yangbaik | 15.7.2015 = 28 Ramadhan 1436





Kebaikan seorang hamba

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kebaikan seorang hamba


Banyak sebenarnya kebaikan kita selaku hamba.  Kadang-kadang kita tidak sedar kerana kita sering dimomokkan dengan keburukan sikap kita.  Sedikit sahaja perkara baik yang kita buat sudah menjadi panduan dan jalan kepada kita untuk berbuat perkara baik yang seterusnya.  Tidak semestinya perkara baik itu mesti dilakukan dengan perkara yang besar tetapi cukup dengan perkara yang kecil seperti membersihkan habuk atas meja serta mengemas permainan yang bersepah termasuk juga membuang sampah bungkusan makanan ringan di laluan.

Senangkan kita nak buat baik.  Tidak perlulah kita pertikaikan apa yang orang lain buat.  Kita ada akal dan boleh berfikir sendiri apa yang baik dan apa yang buruk.  Tidak perlulah kita sentiasa mengharapkan orang lain berfikir bagi pihak kita.  Gerakkan minda dan mulalah berfikir dan bertindak untuk berbuat baik mulai sekarang dan teruskan secara konsisten.

Kebaikan seorang hamba

Kebaikan seorang hamba


Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri seorang hamba, maka Dia akan membukakan untuknya pintu amal dan menutup baginya pintu perdebatan. Sebaliknya, apabila Allah menghendaki keburukan pada diri seorang hamba, maka akan dibukakan untuknya pintu perdebatan dan ditutup baginya pintu amal.  (Sebagian ahli hikmah)

Semoga mendapat kebaikan.


You Have Won

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

You have won


Apa YangBaik telah menangi?


You have won
You have won


Senangnya mereka nak bagi duit... Macam tu jer :P

Korang percaya?

14 Julai 2015

Keutamaan Solat Malam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Keutamaan Solat Malam


Solat malam selain dari Solat Maghrib dan Solat Isyak lazimnya dikaitkan solat sunat yang lain seperti Solat Sunat Tahajjud.

Buku Pesona Solat Tahajud
Buku Pesona Solat Tahajud.  Gambar hiasan

Perumpamaan keutamaan shalat (sunnah) yang dikerjakan pada malam hari jika dibandingkan dengan keutamaan shalat (sunnah) yang dikerjakan pada siang hari seperti keutamaan shadaqoh yang dilaksanakan secara rahasia atas shadaqoh yang dilaksanakan secara terang-terangan.  (Ibnu Mas'ud)

Semoga kita dikurniakan kekuatan jiwa dan semangat untuk terus istiqamah dalam mengerjakan Solat Tahajud.


MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


MEGA RAMADHAN ATJ GIVEAWAY


ATJ adalah ringkasan bagi Amal Till Jannah dan kita terjemahkan kepada Amal hingga ke Syurga. Begitulah hendaknya.... semoga amalan baik yang kita lakukan mampu memberi bekal kepada kita sehingga ke syurga.  

Sedikit pengenalan mengenai penubuhan projek Amal Till Jannah:
  1. Ditubuhkan pada 1 Januari 2015.
  2. Pengasas ATJ: Pn Rosyamila binti Yunus.
  3. Misi ATJ: membantu anak-anak yatim, pelajar tahfiz, rumah warga emas, fakir miskin, pesakit kronik, gelandangan, asnaf serta golongan yang memerlukan.
  4. Objektif:  Mendidik diri mendekati Allah swt dan Rasulullah saw melalui saluran sedekah 
  5. Matlamat:  Meluaskan pelbagai program aktiviti dakwah dan kerohanian di pelbagai daerah dan negeri melibatkan golongan kanak-kanak hingga warga emas melalui program yang bakal dirancangkan 
  6. Harapan utama ATJ:  Melihat kejayaan umat Islam dalam pelbagai bidang khasnya dari segi ekonomi, sosial dan politik dengan mengutamakan prinsip dan syariah Islam. Semoga ATJ menjadi medium bagi umat Islam menyalurkan sumbangan sedekah, ilmu serta tenaga dalam mencari redha Allah swt.

Mega Ramadhan Giveaway 2015
Mega Ramadhan Giveaway 2015 

Nah... begitu pula pengenalan untuk entry giveaway kali ini.  Semoga kita sama-sama mendapat berkat dalam setiap amalan kita.  Melalui blog juga kita boleh dapat ganjaran pahala selagi kita tidak menulis perkara yang sia-sia.

Berikutnya kita lihat pula hadiah yang ditawarkan melalui mega Ramadhan ATJ giveaway.  Antara Hadiah MENARIK yang disediakan : 

Hadiah Pertama
1x Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)
1x Buku Allah Tempat Meminta (ATM)
1x Buku Amalan Orang Soleh

Hadiah Kedua
1x Buku Allah Tempat Meminta (ATM)
1x Sampul Raya ATJ
1x Buku Amalan Orang Soleh

Hadiah Ketiga
1x Stiker Kereta ATJ
1x Buku Amalan Orang Soleh
1x Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)

Hadiah Keempat - Kesepuluh
1x Buku Amalan Orang Soleh
1x Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR)


Klik banner di atas  untuk menyertai projek ATJ.  Projek pertama ATJ ini bakal berakhir pada 31 Julai 2015.

Sama-samalah kita memberikan sokongan kepada projek ATJ.  


Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Jom Raya 2015 By Sweet Rose


Manis saja kan.  Semakin hampir dengan hari raya semakin bertambah segmen dan giveaway bersempena hari raya.   Jadi peluang keemasan kepada rakan blogger untuk menambah kenalan dan trafik dari rakan blogger baru dan lama.  Kita pakat ramai-ramai beri sokongan kepada rakan blogger dengan menyertai segmen Jom Raya 2015.  Segmen ini dianjurkan oleh rakan blogger yang manis sangat... Sweer Rose. 


Segmen Jom Raya 2015

Segmen Jom Raya 2015


Bukan sebarang segmen kerana peserta bakal mendapat Fridge Magnet Selamat Hari Raya by Sweet Rose.  Selain dari itu Rose juga akan memilih 10-15 orang untuk dimasukkan dalam bloglist menggunakan khidmat random.org.

Menarik.  Jom kita gegarkan Segmen Jom Raya 2015 by Sweet Rose.  Apa lagi... silalah klik banner di atas yer... 

Cepat-cepat, tarikh tutup segmen adalah pada 31 Julai 2015. 

Selamat maju jaya.


13 Julai 2015

Mini Giveaway : #CelebratingRamadhanSyawalBersamaMyaFarisha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mini Giveaway : #CelebratingRamadhanSyawalBersamaMyaFarisha


Ramadhan diraikan Syawal dirayakan.  Haa... gitu kan kita buat tagline sendiri pulak.  Kehadiran Ramadhan semestinya diraikan kerana hadirnya hanya sekali setahun.  Syawal pula kita rayakan setelah sebulan berpuasa... itu satu kemestian kerana Syawal menandakan kemenangan kita dalam meraikan Ramadhan.

Entri ini sekali lagi dikeluarkan untuk meraikan rakan blogger baru, iatu Mya Farisha.


#CelebratingRamadhanSyawalBersamaMyaFarisha
#CelebratingRamadhanSyawalBersamaMyaFarisha

Hadiah :
  1. 3x Bantal hiasan ekslusif *ikut design* 
  2. 1x CelebrityLass
  3. 2x Topup RM 5 *any telco*
  4. dan akan diupdate lagi ..
  • Hadiah istimewa kepada top referral mingguan .

Tempoh Giveaway:  3/7/2015 - 24/7/2015

Jom klik banner di atas sebagai tanda sokongan kepada Mya Farisha.


Tetamu Ramadhan bakal pergi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tetamu Ramadhan bakal pergi


Ramadhan sudah semakin ke penghujung.  Tinggal beberapa hari saja lagi Ramadhan akan pergi meninggalkan kita setelah hampir sebulan singgah bertamu.  Tidak pasti pula bagaimana layanan yang diberikan kepada tetamu yang bernama Ramadhan.  Adakah yang terbaik atau sekadar adanya sahaja.  Dalam kesibukan menghitung hampirnya hari raya yang bakal tiba tidak sedar bahawa Ramadhan hanya datang sekali setahun ini akan pergi.  Tidakkah Ramadhan berkecil hati andainya persiapan hari raya ini seolah mengabaikan kehadirannya di sisi.  Sedangkan tetamu Ramadhan masih jua tidak diberikan layanan yang istimewa, masih ada hati menyambut tetamu Aidilfitri.

Renungkan amalan di bulan Ramadhan
Renungkan amalan di bulan Ramadhan.  Sumber

Dan adakah hampir pasti bahawa tahun hadapan akan berjumpa kembali dengan Ramadhan.  Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dari Allah, dapatlah berjumpa lagi dengan Ramadhan.  






11 Julai 2015

10 Julai 2015

Segmen : Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen : Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl


Tak senang duduk rasanya bila satu hari tidak dapat up entri raya.  Maklumlah hari raya dah semakin dekat.  Paling menarik ketika sibuk nak perah idea sendiri pun dah kematu, join segmen atau giveaway pun menarik juga.  Bukanlah hadiah yang dipentingkan tetapi untuk berkenalan dengan lebih ramai rakan bloggger.  Sebagai blogger, dapat kongsi trafik sesama rakan blogger atau peserta juga penting.

Sebelum celoteh lebih panjang jom lah kita tengok apa yang Nieyl sajikan untuk segmen Duit Raya 2015.

Duit Raya 2015
Segmen  Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl

Untuk melengkapkan syarat penting,  ucapan hari raya ini saya tujukan kepada semua rakan blogger sama yang kenal atau tidak, juga kepada sesiapa yang singah baca entri ini.

Sepuluh jari tersusun rapi
Bunga melati pengharum hati
Salam dikirim pengganti diri
Memohon maaf setulus hati

Suasana indah diterangi pelita
Anak dara membasuh muka
Usah dikenang kisah duka
Bersama gembira di hari raya


Segmen Duit Raya Seindah Syawal by Nieyl ini akan tamat pada 15 Julai 2015.  

Perkara utama yang mesti dilakukan adalah klik banner di atas untuk turut serta.