Kebaikan seorang hamba
Banyak sebenarnya kebaikan kita selaku hamba. Kadang-kadang kita tidak sedar kerana kita sering dimomokkan dengan keburukan sikap kita. Sedikit sahaja perkara baik yang kita buat sudah menjadi panduan dan jalan kepada kita untuk berbuat perkara baik yang seterusnya. Tidak semestinya perkara baik itu mesti dilakukan dengan perkara yang besar tetapi cukup dengan perkara yang kecil seperti membersihkan habuk atas meja serta mengemas permainan yang bersepah termasuk juga membuang sampah bungkusan makanan ringan di laluan.
Senangkan kita nak buat baik. Tidak perlulah kita pertikaikan apa yang orang lain buat. Kita ada akal dan boleh berfikir sendiri apa yang baik dan apa yang buruk. Tidak perlulah kita sentiasa mengharapkan orang lain berfikir bagi pihak kita. Gerakkan minda dan mulalah berfikir dan bertindak untuk berbuat baik mulai sekarang dan teruskan secara konsisten.
Kebaikan seorang hamba |
Apabila Allah menghendaki kebaikan pada diri seorang hamba, maka Dia akan membukakan untuknya pintu amal dan menutup baginya pintu perdebatan. Sebaliknya, apabila Allah menghendaki keburukan pada diri seorang hamba, maka akan dibukakan untuknya pintu perdebatan dan ditutup baginya pintu amal. (Sebagian ahli hikmah)
Semoga mendapat kebaikan.
singah dulu
BalasPadam