Pageviews

30 Jun 2015

Rangking Alexa Blog YangBaik Jun 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rangking Alexa Blog YangBaik Jun 2015


Ada apa dengan Alexa Rank?  Banyak adanya.  Boleh dapat trafik paling tidak dapat perhatian juga dari Alexa Rank.  Maka bila dapat perhatian dapatlah meningkatkan taraf blog cop kaki ayam nie. Blog picisan sangat kan.  

Malas nak tulis banyak-banyak, jom lihat rangking Alexa Rank blog YangBaik pada penghujung bulan Jun 2015.  

Alexa Trafik Rank Jun 2015

Global Rank:  1,015,553 1,851,400

Rank in Malaysia:  8,167

Global Rank:  1,601,743 
Rank di Malaysia:  12,759 

Walaupun melepasi sebulan YangBaik tidak update trafik Alexa Rank, nampaknya ada sedikit kenaikan.  

Harus berusaha lebih gigih lagi.

Bagaimana pula trafik rank blog rakan blogger yang lain yer?


RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE


Memang best dan teruja sangat bulan puasa nie join giveaway raya.  Untung-untung dapat duit raya dan baju raya atau kueh raya.  Boleh tampung yang mana kurang kat rumah tu.   Anak-anak pun tumpang gembira sebab boleh tumpang hadiah yang umi dapat... hehehe.  Tetapi join giveaway bukan sahaja kerana hadiah yang ditawarkan.  Yang turut penting adalah persahabatan di kalangan rakan blogger.  Ada blogger baru dan lama yang join giveaway, langsung kita tidak kenal.  Kita ingat kita dengan blog kita dan rakan blogger dalam group kita saja.

Jangan tidak tahu di luar sana masih ramai lagi rakan blogger yang baru dan lama tetapi kita tidak tahu.   Jadi, bila kita join giveaway, bukan sahaja dapat trafik tetapi dapat berkenalan dengan peserta yang join giveaway.  Janji kita rajin blogwalking melalui senarai yang disediakan oleh penganjur. Tak gitu cik Rafidah?

Panjang pula celoteh YangBaik kali ini.  Bukan apa teruja sangat nak join giveaway.

Baiklah oleh kerana YangBaik sudah kekeringan idea nak mengarang, jomm kita tengok apa yang ditawarkan oleh RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE


RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE

Syarat penyertaan

Setiap giveaway pastilah ada syarat-syaratnya kan.  Bukan sekadar tangkap muat jer.  Meh tengok syaratnya
  1. Blogger Malaysia. Mesti yg berada di Malaysia jugak.
  2. Buat entry bertajuk 'RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE' 
  3. Letak banner di atas tu kat entry korang & linkkan banner ke entry RAYA GIVEAWAY BY RAFYDAHOUSE.
  4. Tag 4 kawan blogger korang, pastikan kawan2 korang tu tau.
  5. Follow blog sy ni & also follow instashope sy :-- sitishoppe (It's ok if u dont have insta)
  6. Publish kan entry korang yg comel tu & tinggalkan link entry korang di ruangan komen di SINI

Senarai hadiah

  1. Dress
  2. Wide shawl
  3. Peel off nail polish
  4. HADIAH MISTERI (extra sempena raya tahun ni)

Apa lagi menarik kan .. So klik banner di atas untuk join.

Giveaway ini bermula dari 15 June 2015 sehingga 5 July 2015.

Rakan blogger yang ditag ialah:
  1. Syira Lokman
  2. Azhafizah
  3. Yumida
  4. Akif Imtiyaz
Good luck!!!






Cara terbaik menanamkan keimanan dan akhlak dalam diri anak kecil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cara terbaik menanamkan keimanan dan akhlak dalam diri anak kecil


Anak-anak ibarat kain putih dan kita sebagai ibu bapalah yang memberikan corak dan warna kepada kain putih itu.  Andai cantik maka cantiklah jadinya, walaupun ibu bapa bukanlah orang seni.

Takut nak tulis pasal anak-anak, sebabnya diri sendiri pun kadang-kadang ada juga terlepas pandang dan mendidik anak-anak.

Bunga hiasan

Sesungguhnya cara terbaik untuk menanamkan keimanan dan akhlak yang terpuji dalam diri anak kecil adalah dengan memberikan contoh nyata dan perilaku yang baik. Sesering apapun kita berbicara kepadanya tentang shalat –misalnya- maka tidak akan banyak berpengaruh, kecuali jika ia melihat kita (sebagai orang tua dan pendidik) senantiasa menjaga shalat lima waktu tepat pada waktunya. (Abduh Majalli)

Tidak sukar untuk mendidik anak-anak seandainya kita sendiri pandai menjaga tingkahlaku. Perkongsian ini diharapkan dapat dijadikan iktibar dan peringatan buat diri yang sering alpa.



29 Jun 2015

1 sebab utama mendapat taufik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1 sebab utama mendapat taufik


Sesungguhnya diantara sebab terbesar untuk dapat meraih taufik dari Allah Subhanahu wa ta'ala di dunia dan akhirat adalah birrul walidaini (berbakti kepada kedua orang tua). Sebaliknya, diantara sebab terbesar yang menghalangi seseorang untuk mendapatkan taufik dari Allah adalah 'uququl walidaini (durhaka kepada Ayah dan Bunda).  (Shalih al-Maghamisi hafidzahullah)


gambar hiasan


Oleh itu, sentiasalah kita berbakti kepada kedua orang tua kita.  Andainya mereka telah tiada, kita masih berupaya meneruskan bakti kepada orang tua kita dengan sentiasa sedekahkan pahala bacaan al-Fatihah kepada arwah mereka.  Selain dari itu, kita juga boleh terus berbakti kepada kedua orang tua kita dengan cara berbakti kepada sahabat-sahabat mereka serta saudara mara mereka yang juga merupakan saudara mara kita juga.

Sekian.  Semoga bermanfaat.

26 Jun 2015

Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Pencarian bloglist bagi bulan Julai dan Ogos 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 26 Jun 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #15 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 Jun 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Raya Giveaway by Sally Samsaiman


Selagi belum habis puasa dan hari raya, kita join mana-mana giveaway berkaitan dengan raya.  Esok esok bila dah lepas raya tiada dah giveaway berkaitan raya.  Yang mana rajin anjurkan giveaway atau segmen tu sila teruskan... pasti ada ramai rakan blogger yang akan turut serta asalkan syaratnya mudah dan buat entry pun mudah.

Berbalik semula kepada tajuk entri hari ini Raya Giveaway by Sally Samsaiman, siapa tidak kenal dengan Sally yang merupakan peminat k-Pop tegar.  YangBaik tidaklah berhasrat nak bercerita mengenai k-pop pula dalam entri ni tetapi mengenai giveway yang dianjurkan oleh Sally.

Jom kita tengok apa yang Sally tawarkan melalui giveawaynya kali ini...


Raya Giveaway by Sally Samsaiman


Syarat-syaratnya:
  1. Buat Entry Giveaway bertajuk "Raya Giveaway by Sally Samsaiman" 
  2. Letakkan banner giveaway dan link kan ke entry ini.
  3. Follow Blog Sally Samsaiman | mialiana.com | Ainim Rashihah | Mama Niza | Dayang Deno
  4. Follow Instagram  @sallysamsaiman | @mialiana | @dayangdeno
  5. Like Fanpage Official Sally Samsaiman | Blog DayangDeno | mialiana.com | Blog Ainim Rashihah 
Hadiah yang ditawarkan
  1. Duit Raya RM 20 - 7x Pemenang
  2. Kad Raya Design by DayangDeno - 5x Pemenang
  3. Kad Raya Sally - 15x Pemenang
Hadiah akan di'update' selalu jika ada penambahan

Giveaway telahpun bermula pada 18 Jun 2015 dan akan tamat pada 3 Julai 2015.

Jom klik pada gambar banner di atas untuk turut serta dalam Raya Giveaway by Sally Samsaiman.


GA CINTAN CINTUN by CIKNA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


GA CINTAN CINTUN by CIKNA


Cintan cintun. Teringat kisah ketika di bangku sekolah.  Masa tu baru kenal ayat tu.  Tetapi selalunya dikaitkan dengan mee segera CINTAN.  Bulan puasa ni nak tulis mengenai makanan pulak... ohh tidak!!  Zaman sekolah dulu cikgu selalu pesan "jangan suka sangat nak bercintan cintun, tumpukan pada pelajaran".  Betul tu kan?  Masa sekolah belajar lah jangan nak cintan cintun bagai pulak.  Yang penting pelajaran.

Ahkak merepek ehh di bulan puasa nie?  Bukanlah, itu ayat selingan bagi meraikan giveaway rakan blogger Cikna136.  Dah tajuk GA dieja begitu maka kita buatlah intro sikit mengenai tajuk nya.  Itu bukan merapu kan?

Yelah... jom kita tengok apa yang Cikna136 tawarkan untuk Giveaway Cintan Cintun.


Banner Giveaway Cintan Cintun


Hadiah yang ditawarkan

  1. 10 x bloglist bride2be 15/16 selama setahun(selagi korang follow blog ni)
  2. 10 x bloglist (boy+girl) selama setahun(selagi korang follow blog ni)
  3. 3 x bookmark lovely theme (boleh request nak bagi kat siapa)
  4. 1 x kad raya home made (Raya Haji)
  5. 1 x sampul raya home made (Raya Haji)
Tempoh giveaway bermula dari 24/6/2015 - 25/7/2015

Apa lagi... jom klik banner di atas untuk menyertai giveway cintan cintun... nak sangatkan bercintan cintun :D

Selamat bercintan cintun !!! 



Pergi tidak dilarang bahkan dijemput

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pergi tidak dilarang bahkan dijemput

Pernah dengarkan istilah "rumah kata pergi kubur kata mari".  Seram sejuk pula tajuk dan permulaan untuk entri hari ini.  Biasalah ... kita semua dah biasa dengan bermacam-macam istilah.  Sudah tidak kisah sangat dengan istilah yang berbagai sekarang.  Cuma terpulang kepada kebijaksanaan kita untuk menilai baik dan buruk sesuatu istilah.

gambar hiasan


Sekadar berkongsi petikan hikmah untuk renungan kita bersama.

Ketahuilah! Sesungguhnya dunia telah bersiap-siap untuk meninggalkan kita dan sebaliknya akhirat telah bersiap untuk menjemput kita. Masing-masing dari keduanya (dunia dan akhirat) memiliki anak-anak. Jadilah kalian semua anak-anak akhirat dan janganlah kalian menjadi anak-anak dunia, karena sesungguhnya hari ini (dunia) adalah waktu untuk beramal tanpa ada hisab (perhitungan amal), sedangkan esok hari (akhirat) adalah saatnya hisab tanpa ada amalan.  ('Ali bin Abi Thalib)

Semoga sama-sama kita mendapat manfaat.  Selamat beribadah di bulan Ramadhan.  Maaf Zahir dan Batin.

Ramadhan Kareem.

25 Jun 2015

Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015


Ya betul!!! Giveaway lagi kita, bersempena dengan Jualan Raya Meletop 2015 oleh nile.com.my. Sesiapa yang pernah shopping secara online dengan nile.com.my pasti tidak melepaskan peluang ini. Ini adalah kerana kali ini nile.com.my menyediakan hadiah berupa baucer beli belah bernilai RM150 untuk 5 orang pemenang bertuah.  


Hadiah berkenaan disediakan kepada rakan blogger yang menyertai  Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015.  Kepada yang tunggu, tengok dan lihat... tiada peluang untuk merebut baucer beli belah yang disediakan nile.com.my.  Untuk menyertai giveaway meletop ini klik pada link berikut : http://www.nile.com.my/page.php?cd=101

Sebelum tu nak cerita sikit syarat penting untuk menyertai giveaway ini, seperti berikut:
  1. Tulis sebuah entri dengan tajuk - Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015.
  2. Letak banner di atas ni dalam entri blog anda dan buat pautan atau link kan banner tersebut dengan page khas Giveaway Jualan Raya Meletop 2015 di ini: http://www.nile.com.my/page.php?cd=101
  3. Daripada link tersebut, anda perlu memilih 5 produk yang ada di Jualan Raya Meletop tersebut, dan nyatakan di dalam entri giveaway anda (seperti yang akan saya lakukan).
  4. Email penyertaan anda kepada give_away@nile.com.my berserta dengan butiran berikut: 
  • Subject: Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015
  • URL blog :
  • Nama Penuh :
  • No. Telefon : 
*kredit kepada sifu blogger hasrulhassan.com.  YangBaik pinjam petikan syarat ini dari blog HH.

5 produk pilihan Meletop 2015


Pilihan 1

Tambah koleksi jubah atau dress untuk diri sendiri.  Walaupun tanpa corak tetapi dengan perincian manik pada lengan jubah ini tampak elegan.  Ringkas tetapi menarik. Sesekali pakai jubah di petang hari raya pun sesuai juga kan...


Product: Haniya Embroidery DressPrice Meletop: RM29.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 2.00pm
Quantity: 80 pieces

Pilihan 2

T shirt untuk encik suami.  Pasti dia suka dengan kelainan corak dan warna yang ada pada baju t ini. Setelah seharian memakai baju melayu di hari raya.  Pilihan terbaik untuk petang raya atau baju T. Ringkas dan santai.


Product: Men Tee
Price Meletop: RM13.90
Date: 30/06/2015
Time: start: 3.00pm
Quantity: 100 pieces



Pilihan 3

Beg serbaguna yang comel.  Dalam beg besar ada beg kecil, dan beg kecil yang comel inilah yang sesuai.  Boleh menyusun kad dan duit kecil serta besar.  Boleh juga digunakan untuk menyimpan duit raya anak-anak.  Namun nak bagi beg ini kepada anak yang baru berusia 9 tahun rasanya belum masanya.


Product: Multipurpose Wallet/Handbag
Price Meletop: RM6.90
Date: 10/07/2015
Time start: 11.00am
Quantity: 200 units


Pilihan 4

Beg besar ini memang YangBaik suka.  Boleh simpan macam-macam. Tak kisahlah nak simpan botol susu anak atau lampin anak sekeping dua.  Nak simpan bekas kueh raya... agaknya muat juga kot. Itupun bekas yang kecil ... boleh lah.


Product: Tassel Retro Stylish Bag
Price Meletop: RM9.90
Date: 03/07/2015
Time: start: 11.00am
Quantity: 250 pieces


Pilihan 5

Kasut flat memang kesukaan YangBaik.  Kelainan pada kasut ini adalah warnanya ada dua.  Dengan tone yang agak kontra tetapi kombinasi yang menarik.  Tak kalah untuk mencuba.  Meletop lah raya tahun ni.


Product: Dual Color Woman Flats
Price Meletop: RM9.90
Date: 01/07/2015
Time: start: 3.00pm
Quantity: 100 pairs


Selesai sudah membuat 5 pilihan. Walaupun sebenarnya banyak lagi pilihan tetapi kena patuh kepada syarat yang telah diberikan.  Sabar yer.  Jom kita pakat ramai-ramai join giveaway ini.  Mana tahu alsebab ramai sangat yang join nile.com.my tambah lagi bilangan hadiah.  Cepat-cepat klik banner di atas untuk menyertai Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015.  

Tarikh akhir tutup penyertaan adalah 14 Julai 2015.  Jom kongsikan Raya Giveaway: Jualan Raya Meletop 2015.


CPUV 7 8 9 dan 10 Bulan Jun 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV 7 8 9 dan 10 Bulan Jun 2015


Rezeki berganda di bulan Ramadhan.  Sekali lagi lagi Nuffnang bermurah hati membekalkan kempen CPUV kepada blog YangBaik.  Inilah yang dikatakan orang memberi kita merasa.  Ada sedikit buat cara sikit.  Dah ada banyak kita buat secara pukal. Kan

Bukan sengaja nak kumpula empat CPUV untuk satu entri.  Tetapi disebabkan sebab-sebab tertentu yang pastinya semua orang tahu.  Yang mana tidak tahu... jangan segan boleh bertanya, YangBaik akan menjawabnya :D

Diikutkan hati setiap CPUV yang diberikan oleh Nuffnang hendak dibuat entri.  Barulah entri mengenai Nuffnang tidak putus-putus dan entri blog pun setiap hari ada saja.

Jom kita tengok ada apa dengan CPUV 7, 8, 9 dan 10 untuk bulan Jun 2015 di blog YangBaik.

CPUV 78910 Jun 2015


Terselit CPUV 6 di situ.  Ini adalah kerana CPUV ke-7, Tesco - Lebih Jimat hanya keluar sejurus entri CPUV 3456 dikeluarkan.

CPUV ke-8, uMobile Blogger Ambassador bermula 22 Jun 2015.  Ada terlintas iklan UMobile di blog YangBaik tetapi tidak pasti pula Blogger Ambassador ini merujuk kepada iklan yang mana satu.
CPUV ke-9, Resort World Sentosa bermula 23 Jun 2015.  Tidak pasti bila iklan resort world muncul di blog YangBaik.

CPUV ke-10, OLDTOWN White Coffee bermula 24 Jun 2015.  Memang sedang trending di blog sekarang.  Telah kelihatan beberapa kali semenjak ianya mula dimasukkan.  Hari ini pun ada juga kelihatan.

Terima kasih kepada Nuffnang yang sudi meletakkan CPUV di blog YangBaik dan terima kasih juga kepada anda semua ada sokongan.

Sekian.