Pageviews

07 Jun 2015

Kualiti Diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kualiti diri. Kualiti diri akan terpancar kepada tugas harian yang dilakukan. Manakala kualiti diri tersebut pula hanya akan diperolehi melalui ilmu dan akhlak. (Prof. Syed Muhamad Naquib Al Attas)



Banyak makna yang tersembunyi di sebalik kualiti kerja kita. Bukan nak kata kerja orang lain tetapi kualiti kerja diri sendiri. Semuanya tergantung juga cara kita mengendalikan emosi semasa melaksanakan kerja berkenaan.

Semoga bermanfaat.

posted from Bloggeroid

06 Jun 2015

Berbangga dalam majlis

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Berbangga dalam majlis.  Tidak kira majlis apa pun yang kita hadiri pastinya kita hendak memberikan penampilan yang terbaik.  Bagi YB apa pun penampilan kita biarlah patuh pada syariah dan tidak berlebih-lebihan.  Sebaliknya jika sesuatu majlis itu ada temanya sendiri, pastikan tema itu tidak lari dari kehendak syariah dalam cara kita berpenampilan.  Sekiranya tema yang diberikan melarikan kita dari patuh pada syariah adalah wajar kita tidak menghadiri majlis sebegitu.


Gambar 9.  sekadar hiasan

Semoga kita sentiasa menjaga penampilan dan bicara kita sepanjang majlis.

Apabila seseorang sedang berbicara dalam suatu majelis, kemudian timbul dalam dirinya rasa ta'ajub (berbangga diri) dengan pembicaraannya tersebut, maka hendaklah ia diam. Sebaliknya, apabila ia sedang diam dalam suatu majelis, kemudian timbul dalam dirinya rasa ta'ajub dengan diamnya tersebut, maka hendaklah ia berbicara.  (Ubaidillah bin Abi Ja'far salah seorang ahli fikih dan ahli hikmah negeri Mesir pada zamannya)

Kutip hikmah untuk pedoman.  Sekian.



June Mini Giveaway by Shyue Kim

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


June Mini Giveaway by Shyue Kim.  Merajinkan diri join giveaway apa salahnya.  Sementara masih berkesempatan, YangBaik akan join giveaway terutama yang mudah dan ringkas.

Untuk Mini Giveaway ini, dah terlebih rajin pulak buat tambahan ayat segala bagai lagi.


JUNE MINI GIVEAWAY
[Click Banner]




Syarat-syarat penyertaan :

1. Buat satu entry bertajuk June Mini Giveaway by Shyue Kim

2.Copy + Paste code dibawah

3. Follow blog Shyue Kim dan Google + Shyue Kim

4. Follow IG @bonjour_qaseh @ciknurulcloset

5. Tag 2 blogger lain pastikan mereka tahu - Jika tidak menjadi kesalahan YangBaik ingin tag anda semua ... jom serta mini giveaway by Shyue Kim.

6. Tinggalkan link entry GA dan nama IG anda diruang komen entry ini.

Senarai peserta akan di update semasa ke semasa. Terima Kasih cuz sudi join GA yg tak seberapa ni. ^^


Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy.  Bestnya join giveaway lagi.  Kali ini giveaway anjuran Bicara Mummy.  Senang sangat nak join giveaway ini sebabnya Mummy dah siapkan coding dan tinggal nak salin dan tampal jer kat entri.  Kalau rajin sikit tambah ayat sikit macam YB buat nie. Rajin kan??

Tengoklah banner giveaway yang besar gerabak tu... kalau tak nampak saja sangat lah korang nie.

Jom kita tengok apa pula Bicara Mummy mengenai giveaway yang dianjurkan ini.

Giveaway 2015, Jun 2015, Bicara Mummy

GIVEAWAY JUN 2015 OLEH BICARA MUMMY

Sempena bulan ulang tahun perkahwinan ke 3 tahun kami. 

Kami mengadakan simple giveaway yang mudah untuk di menangi. Hanya ikuti syarat Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy :

1) Buat satu blogpost entri 'Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy '

2) Follow / Add :

3. Tinggalkan komen di sini


SENARAI HADIAH :

Wang Tunai RM5 + Slazenger All In One World Wide Universal Adaptor x 1 pemenang 

Wang Tunai RM5 + Tudung Bawal Satin x 1 pemenang

Tudung Bawal Gucci x 1 pemenang

RM10 (wang tunai) x 4 pemenang

Perfume tanpa alkohol yang mampu bertahan 4-5 jam x 1 pemenang

TARIKH GIVEAWAY :
5 JUN  2015 ~ 14 JUN 2015 (11.59 MALAM)

PENGUMUMAN PEMENANG:

19 JUN 2015, JAM : 3 PETANG 

Pemenang akan di pilih melalui random.org dan juga yag telah memenuhi kriteria yang di tetapkan. Semoga berjaya dan terima kasih kerana menyertai  ''Giveaway Jun 2015 oleh Bicara Mummy '

Jom klik banner di atas.


Pemenang Wide Shawl

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pemenang wide shawl.  Terbelit lidah nak sebut shawl.  Nak eja pun sampai 3 kali tersilap... hehehe. Bukan apa teruja sangat sebab terpilih sebagai pemenang 2 helai wide shawl.  Alhamdulillah. Rezeki di bulan Jun juga bersempena dengan Hari Raya yang bakal tiba.  Tidak sangka boleh terpilih sebagai penerima shawl.

Menang Wide Shawl

http://mimirheem.blogspot.com/2015/06/pemenang-1st-giveaway-by-blog-princess.html

Eh Eh  dok bercerita pasal menang wide shawl tapi tak cerita pulak menang dari mana.

Sebagai menghargai penganjur giveaway, entri ini ditujukan khas buat beliau iaitu Mimi.  Hadiah ini shawl ini dimenangi melalui penyertaan dalam 1St GIVEAWAY By Blog Princess Mimi.  Terima kasih Mimi dan tahniah juga kepada rakan blogger lain yang telah terpilih sebagai pemenang.

Hadiah belum sampai lagi.  In shaa Allah bila sampai kelak dan ketika itu YB berkelapangan YB buat entri lagi.

Sekian.  Terima kasih kepada semua dan ...

Mini Giveaway By Nuha

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mini Giveaway By Nuha.  Masih lagi join giveaway anjuran rakan blogger.  Kali ini giliran Nuha pula anjurkan mini giveaway.  Seperti YB juga Nuha sebelum ini selalunya join giveaway anjuran rakan blogger.  Namun naluri seorang blogger kan... asyik join giveaway blogger lain jer tak best juga.  YB kurang pasti pula Mini Giveway ini yang keberapa Nuha telah anjurkan.

Celoteh banyak pun tak siapa nak baca.  Jom kita tengok ada apa dengan mini giveaway by Nuha.


http://www.nuhahayati.com/2015/06/mini-giveaway-by-nuha.html

Mini giveaway ini berlansung mulai 1 hingga 7 Jun 2015.  Tinggal satu hari lagi.  Masih sempat rasanya kepada rakan blogger yang hendak turut serta.

Klik banner di atas untuk join sebagai tanda sokongan kepada rakan blogger, Nuha.

Hadiah yang ditawarkan agak lain sikit iaitu 30 RESEPI JUADAH BERBUKA PUASA. Sesuai sangatlah untuk bulan puasa yang bakal tiba. 

Apa tunggu lagi, hadiah dah tahu.  Cepatlah klik banner di atas... cepat!!!


05 Jun 2015

CPUV ke-2 Jun 2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV ke-2 Jun 2015.  Kali ini tiba giliran Doraemon pula memeriahkan blog YangBaik.  Sungguh tidak sangka juga dalam kesibukan yang membataskan masa dan ruang untuk update blog Nuffnang masih sudi lagi menempatkan CPUV untuk kali ke-2 bagi bulan Jun 2015.


CPUV ke-2 Jun 2015 | e-Curve Doraemon


Agak berbeza juga kerana kali ini CPUV ini hanya terlekat satu siri saja.  Mungkin juga kerana blog kurang aktif lantaran itu hanya satu CPUV sahaja diletakkan berbanding CPUV yang lepas-lepas.

Apa pun terima kasih kepada Nuffnang dan Doraemon kerana berCPUV di blog YangBaik.  Tak sempat nak tinjau iklan CP bagaiman yang singgah.

Sekian.




04 Jun 2015

Hasil karya Inas Insyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hasil karya Inas Insyirah. Setiap seorang dari anak kita pastinya mempunyai bakat dan kepandaian tersendiri. Tidak kiralah kebolehan memuralkan dinding bilik, dinding almari atau daun pintu. Anak-anak kadang-kadang tanpa disedari sebenarnya mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Mungkin juga menjadi satu kerugian kepada kita kiranya kita terlepas mana-mana daya kreativiti.

Ada ketikanya kreativiti itu datangnya seketika, hanya kita leka maka kita tidak sedar bahawa kreativiti itu terbantut bilamana kita tidak memberikan perhatian sewajarnya mengenai kebolehan mereka.



Gambar di atas adalah hasil karya Inas Insyirah. Lakaran itu terhasil daripada tekapan melalui cetakan huruf yang ada pada "papan huruf". Tak perlu dibetulkan gambar itu kerana memang lakaran itu kelihatan seperti huruf yang terbalik kerana "papan plastik" itu diletakkan terbalik. Inas barangkali pernah melihat umi atau abangnya melakar nama pada kertas untuk satu projek kraftangan. Dan, dia meniru perbuatan itu tanpa disedari papan itu terbalik atau memang sengaja diterbalikkan.

Pemikiran anak berusia 4 tahun, kadang tidak terduga terutama bila saraf otaknya bersambung dengan terlalu pantas.

Hendak kenal siapa Inas Insyirah, boleh lihat melalui label/link yang tertera namanya di bawah entri ini.

Sekian.

posted from Bloggeroid

Mini Giveaway by Syira Lokman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mini Giveaway by Syira Lokman.  Rajin juga blogger sorang ni, dalam sibuk-sibuk dengan pengajian masih sempat lagi anjurkan giveaway.  Walaupun sekadar mini giveaway, bukan calang-calang orang mampu laksanakan dengan baik.  Selain daripada masa, komitmen kepada peserta giveaway juga amat penting.  Nak kena update senarai peserta dan juga lihat sejauh mana peserta ikut syarat.

Untuk rekod selain daripada menguruskan blog peribadinya, Syira Lokman turut kendalikan blog berkaitan aktiviti pembelajarannya dan juga ada butik.

Nak tahu lebih lanjut sila klik banner di bawah.


Banner Mini Giveaway Syira Lokman

http://syiralokman.blogspot.com/2015/05/mini-giveaway-by-syira-lokman.html

Berikut adalah senarai hadiah yang ditawarkan kepada bakal pemenang untuk Mini Giveaway Syira Lokman:-

  1. Wang tunai RM30 x1 [gnor.gnur]
  2. Wang tunai RM10 x1 [ikazulaikh]
  3. Wang tunai RM10 x2 [Aimi]
  4. Wang tunai RM20 x1 [BarakahCollections]
  5. Wang tunai RM10 x2 [mrspuex]
  6. Wang tunai RM10 x1 [khaty]
  7. Tapak Iklan free selama sebulan x1 [Syira]
Pemilihan pemenang dibuat Syira sendiri.

Segmen ini tamat pada 10 Jun 2015. 

Jom klik banner di atas untuk turut serta dan memeriahkan Mini Giveaway Syira Lokman.


Rahsia hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Rahsia hati.  Jangan kata tidak pernah buat atau tidak tahu.  Setiap dari kita pastinya da rahsia dalam hati kita.  Dan rahsia itu kebanyakannya kita simpan, tidak semua orang perlu tahu.  Hanya orang yang tertentu sahaja boleh diberitahu.  Kita juga pastinya ambil masa yang sesuai untuk memberitahu rahsia dalam hati kita... Kan?

gambar 5.  Sekadar hiasan

Tidaklah seorang hamba merahasiakan sesuatu dalam hatinya, melainkan Allah Subhaanahu wata'ala akan menampakannya melalui ucapan lisannya.  (Imam Abu al-'Izz al-Hanafi)

Sekian.