Pageviews

21 Mei 2015

Giveaway Pertama Nota dan Kopi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Giveaway Pertama Nota dan Kopi.  Bukan sekadar giveaway.  Merujuk kepada hadiah yang ditawarkan blogger Nota dan Kopi melalui GA pertama yang dianjurkan.  YB juga peminat kopi dan juga minat kumpul buku resepi.  Sambil menghirup kopi taip entri kat blog dan juga belek-belek buku resepi.

Entahlah apa yang YB taip nie.  Idea menulis sekali lagi tak berapa nak menjadi.  Sebabnya sambil kejar masa nak siapkan kerja sebelum balik.  Suka sangat kan buat dua kerja dalam satu masa.... sambil kerja sambil blogging.  Kononnya nak hilangkan stress.

Kembali kepada giveaway pertama anjuran rakan blogger Nota dan Kopi.

Banner Giveaway Pertama
http://notaibu77.blogspot.com/2015/05/giveaway-pertama.html

Seperti biasa juga pesanan penting ini ditujukan kepada rakan blogger yang berminat nak ikut serta dalam giveaway ini adalah slik klik banner di atas.

Giveawy ini akan tamat pada 31 Mei 2015.  Nampaknya masih ada masa untuk join giveaway ini.

Jom kita raikan rakan blogger kita dengan mengikut Giveaway pertama ini.


Terima kasih kerana sudi baca dan kongsikan entri ini.

I Love Giveaway Seindahcerita By Nieyl

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


I Love Giveaway Seindahcerita By Nieyl.  Saya memang suka join giveaway (GA).  Kerana melalui GA dapat menambah kenalan dari kalangan blogger baru dan lama.  Lazimnya blogger yang seangkatan dengan YB ... suka join GA.  Melalui GA juga kita dapat memasarkan blog kita kepada blog-blog baru dan lama secara tidak lansung dapat menambah trafik.  Dalam keadaan gawat dengan entri sekarang ni... join GA boleh jadi satu daripada penambah sumber idea untuk entri terbaru.

Kembali kepada GA.  Jom kita tengok ada apa dengan I Love Giveaway Seindahcerita By Nieyl.

http://seindahcerita.blogspot.com/2015/05/i-love-giveaway-seindahcerita-by-nieyl.html


Rakan blogger yang berminat boleh klik banner di atas untuk turut serta.  Tidak kiralah sama ada anda gawat dengan entri atau tidak tetapi bagus juga sebagai sokongan kepada rakan blogger.  Lagi ramai yang turut serta dalam GA ini lagi meriah.  tinggal kita yang turut serta dalam GA ini ada masa atau tidak untuk blogwalking ke semua entri peserta. Kan.

Segmen berlangsung mulai 15 - 31 Mei 2015.  

Jom berikan sokongan kepada Nieyl.

Dan pastinya tidak lepaskan peluang untuk dapatkan 50 SMS dengan percuma.




20 Mei 2015

Sampul ini ada nilai tinggi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kandungan dalam sampul ini amat bernilai dan bermakna


Sampul 1




Sampul 2
posted from Bloggeroid

Jangan menilai ikut mata kasar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Jangan menilai seseorang dengan mata kasar. Tazkirah yg indah ini YB peroleh dari grup wasap. Pastinya sudah ramai yang pernah baca petikan sebahagian atau sepenuhnya. Namun tidak salah rasanya petikan ini dikeluarkan semula sebagai peringatan kepada diri ini yang selalu alpa.

1. Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab.
2. Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.
3. Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.
4. Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga.
Subhanallah.
Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.


posted from Bloggeroid

19 Mei 2015

Mukmin tidak pernah bermaksiat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mukmin tidak pernah bermaksiat.  Nak buat tajuk macam ni pun takut sangat.  Bimbang juga bila dituduh dikatakan terlalu ekstrim dalam pemilihan tajuk.  Tetapi itu lah resam kita kan.  Belum buat dah fikir yang bukan-bukan.  Takut tidak bertempat.  Itu pemikiran sebahagian daripada kita.

Diluar sana masih ramai lagi yang berani bermaksiat terang-terangan tetapi kita takut untuk menegur. Nauzubillah.  Sungguh lemah iman kita kerana kita terpaksa menegur dalam hati semoga maksiat itu segera dihentikan.  Kita tidak cukup kuat untuk menegur terang-terangan seperti mana mereka yang berani melakukannya secara terbuka.


Petikan Surah Yusof.  Gambar hiasan

YB ingin kongsikan petikan kata hikmah ini untuk renungan kita bersama.

Mukmin sejati bukanlah mukmin yang tidak pernah bermaksiat kepada Allah. Akan tetapi, mukmin sejati adalah mukmin yang apabila bermaksiat kepada Allah maka ia bersegera untuk kembali dan bertaubat kepada-Nya.  (Sebagian Ahli Hikmah)

Semoga bermanfaat buat kita semua.   Wallahu a'lam.

18 Mei 2015

Sabar Sahabat Sejati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sabar sahabat sejati. Sabar adakalanya sukar ditemui. Bersahabat dengan sabar acapkali memberi ujian. Ujian kepada nilai hidup manusia sejagat. Mencabar wibawa menguji minda menguatkan Iman.

Sabar sahabat sejati. Tatkala musibah datang melanda sabar itu tempatnya di dasar hati. Adakala tenggelam bersama amarah namun segera timbul bersama teguhnya keimanan. Ketaqwaan jua tali pengikatnya.



Sabar sahabat sejati. Sesekali jemu menguasai diri bilamana sabar semakin menghilang. Hanya kerana ikhlasnya sabar menunggu di kejauhan mengejarnya tidak kemana hilangnya ia memusnah harapan.

Sabar sahabat sejati. Pastinya tidakkan merugi bersahabat dengan sabar. Kerana sabar itu sebahagian daripada Iman. Iman itu ada di dalam dada setiap manusia selagi dia berstatus Muslim. Terpelihara Iman bersabar sabar. Sabar menempuh ujian, cabaran dan dugaan.

Sabat sahabat sejati. Di mana nak dicari sabar andai Iman semakin tercalar. Usah dibiarkan sabar melarat berduka lara. Sesudah kepayahan akan tiba kebahagiaan.

Sabar sahabat sejati. Biar perit derita di jiwa, kentalkan semangat panjatkan doa. Kesyukuran penuh nikmat atas limpah kurnia dari yang Maha Esa.

Sabar sahabat sejati.

Nukilan : yangbaik, 18/5/2015, 10.30 mlm,

posted from Bloggeroid

Projek Sempena Hari Guru | Mini Tote Bag

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Projek sempena Hari Guru. Sabtu lepas, 16 Mei adalah Hari Guru. Kebetulan pula jatuh pada hari cuti. Maka untunglah cikgu dapat cuti. Tetapi tidak semua cikgu bercuti dan berehat pada Hari Guru. Ada sekolah mengadakan gotong-royong pada Hari Guru.

Bukan sahaja cikgu yang bercuti pada 16 Mei lepas, tetapi kita-kita yang bukan cikgu juga dapat cuti. Kebetulan kan.

Sabtu lepas entah apa pula mimpi malamnya, bangun pagi dapat idea nak buat tote bag. Buat saiz kecil saja dulu sebab kain tak cukup. Kekuatan itu datangnya begitu tanpa disedari.



Alhamdulillah, berjaya juga siapkan 8 unit beg kecil ini. Beg kecil ini dihiasi sulaman riben yang ringkas. Kalau nak cerita halangan dan rintangan memang tidak akan siap beg ini. Hanya dengan kegigihan dan izin dariNya, beg kecil ini berjaya disiapkan sepenuhnya pada petang Ahad.

Ajak anak-anak buatkan kad hari guru untuk guru sekolah mereka. Tak sempat pula nak rakamkan kad yang mereka hasilkan. Kad yang comel mengikut kreativiti mereka. Ringkas sangat. Jadilah buat sementara ini untuk memberikan mereka sedikit aura Hari Guru di sekolah yang diraikan pada hari ini, Isnin 18 Mei 2015.

Selamat Hari Guru kepada semua Cikgu. Jasa dan bakti serta tunjuk ajar kalian amat kami sanjung tinggi dan sungguh bermakna buat kami. Semoga Cikgu terus diberkati.

posted from Bloggeroid

Hilang kata-kata

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hilang kata-kata.  Korang mesti selalu alami perkara ni.  Saat yang paling tidak disukai bila berhadapan dengan bermacam persoalan.  Tiba-tiba hilang kata-kata.   Tidak tahu apa yang hendak diungkapkan.  Nak setuju tak boleh nak bantah apatah lagi.  Langsung diam.  Bila diam orang kata kita setuju sedangkan kita tak setuju pun.

Koleksi buku lama.  Gambar hiasan


Dalam ketika ini, begitulah situasi yang sukar untuk ditempuh.  Bukan sahaja hilang kata-kata tetapi hilang idea.  Orang kata kita perlu banyak membaca untuk menambah koleksi perbualan dan perbendaharaan kata.

Ada juga orang kata sebab kita tak banyak bergaul.  Sebab itulah kita selalu hilang kata-kata, tak tahu nak sembang apa.

Apa pun yang yang orang kata... ketepikan saja.  Kita adalah kita.  Kehilangan kata-kata pada kita bukan kerana orang lain tetapi sebab kita memikirkan apa yang harus diperkatakan supaya tiada yang berkecil hati dengan perkataan kita.

Sekian.  terima kasih kerana sudi melayan kata-kata YB.


16 Mei 2015

Paling lama bersedih

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Paling lama bersedih.  Tidak tahulah dikalangan kita berapa lama kita mampu bersedih atas sesuatu peristiwa.  Mungkin juga kita mampu bersedih lama atas kehilangan orang yang disayang tetapi tidak berterusan.  Ada masa bila kita terlupa atau buat-buat lupa lalu kita bergembira.

Namun kesedihan kita pastinya tidak sama dengan kesedihan ahli Salafus Shalih.  Iaitu orang alim dan ulama.


Bila hujan orang sering kaitkan dengan bumi yang bersedih.  Gambar hiasan.

Kita hayati apa yang dinyatakan oleh ahli hikmah berikut mengenai kesedihan oleh al-Hasan:

Aku belum pernah melihat orang yang paling lama bersedih daripada al-Hasan. Ia berkata, kita tertawa, sementara bisa jadi Allah yang telah melihat amal-amal yang telah kita perbuat berfirman, 'Aku tidak mau menerima amal-amal kalian sedikitpun.'
(Yunus bin 'Ubaid)

Kita tidak tahu pula bagaimana perasaan kita dengan amalan kita yang sedikit ini.  Semoga ada kesedaran dan kebaikan untuk semua.

Sekian.

15 Mei 2015

1St GIVEAWAY By Blog Princess Mimi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


1St GIVEAWAY By Blog Princess Mimi. Bahagia rasanya bila dapat update entri setiap hari. Terutama dalam satu hari tu dapat update banyak entri, bukan dua atau tiga dan bukan juga empat tetapi lebih dari itu.  Begitulah resam blogger kan.  Ada masa bila kita tiada idea ada rakan blogger yang membantu bagi idea untuk buat entri dengan menganjurkan segmen dan giveaway. 

Mungkin ada ada sebilangan blogger yang tidak suka dengan segmen atau giveaway.  Tidak kisahlah itu hak peribadi dan kita tiada hak untuk menghalang selagi ianya tidak bercanggah dengan resam kita sebagai manusia normal.

http://mimirheem.blogspot.com/2015/05/1st-giveaway-by-blog-princess-mimi.html

Kali ini YangBaik ambil kesempatan untuk menyertai giveaway anjuran rakan blogger Princess Mimi.  Tengoklah pada banner segmen comel dan manja ala-ala princes juga kan...

Semoga giveaway pertama ini mendapat sambutan.  

Teruskan sokongan kepada rakan blogger Princess Mimi dengan klik banner di atas untuk join giveaway pertamanya ini.

Tempoh giveaway ini akan tamat pada 31 Mei 2015.

Klik banner di atas untuk turut serta.

YangBaik tag Irrayan dan TengkuButang.  Anda semua juga dijemput menyertai giveaway ini.

Terima kasih.