Pageviews

13 Mei 2015

Bila pakaian terkena kotoran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bila pakaian terkena kotoran


Apa pendapat Anda bila ada seseorang yang pakaiannya terkena air kencing, lalu ia hendak mensucikannya dengan air kencing pula? Mungkinkah air kencing itu dapat mensucikannya? Tentu saja tidak! Kotoran tidak dapat disucikan kecuali dengan sesuatu yang suci. Begitu pula halnya keburukan yang pernah kita lakukan, tidak akan dapat terhapus kecuali dengan memperbanyak melakukan kebaikan.

(Sufyan ats-Tsauri)

Gambar hiasan

CPUV Mei 2015 | Panadol - Superhero Parents

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


CPUV Mei 2015 |  Panadol - Superhero Parents


Pertama kali untuk bulan Mei 2015.  Setelah sekian lama tidak keluarkan entri berkenaan CPUV. Beberapa CPUV bulan April telahpun dikreditkan dan masih lagi bertapak dalam kempen CPUV di Nuffnang.  Lama tidak buat entri CPUV bukanlah kerana merajuk dengan Nuffnang tetapi ada sebab lain yang skema dan pastinya ramai orang tahu.

CPUV Pertama Mei 2015

Panadol - Superhero Parents.  Iklan ini barangkali sudah biasa kita melihatnya di kaca TV.  Tetapi di blog ini ada juga pernah terlihat kelibatnya dua tiga kali. Sepertinya tidak berapa perasan jer.  Nak baca kisah lain mengenai superhero ini boleh baca di blog Beautufulnara.

Untuk rekod CPUV bermaksud COST-PER-UNIQUE-VISIT.  Antara kempen yang dinanti-nantikan oleh blogger yang memasang widget iklan Nuffnang di blog.  

Terima kasih Nuffnang dan Panadol.

Aneka butang baju terpakai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Aneka butang baju terpakai


posted from Bloggeroid

12 Mei 2015

NEWBIE BLOGWALKING 2015 BY EYRA SAHA

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


NEWBIE BLOGWALKING 2015 BY EYRA SAHA


Join segmen lagi.  

http://eyrasaharuddin.blogspot.com/2015/05/newbie-blogwalking-2015-by-eyra-saha.html

Klik banner di atas untuk join

Segmen ini akan tamat pada 30 Mei 2015.

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger kita.


Bagaimana berhadapan saat sukar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Bagaimana berhadapan saat sukar


Sesuatu yang sukar kita lakukan, apatah lagi bila kita termasuk dalam kategori cepat melatah atau cepat patah semangat.  Bukan nak kata orang lain tetapi peringatan juga buat diri sendiri supaya tidak cepat melatah.

Berikut adalah catatan yang sempat diambil dari sumber yang tak sempat dikreditkan.  Kerana tidak ingat sebenarnya diambil dari mana memandangkan catatan dalam entri ini telah lama disimpan dalam kotak draf.  Kebetulan hari ini baru sempat nak edit semula.

"Heart"


Senarai yang perlu dilakukan.  Dapat lakukan sebahagian saja sudah cukup ketika berhadapan saat sukar.


  1. Bertenang
  2. Bersabar
  3. Ambil Peluang untuk Muhasabah Diri.  Kenalpasti kesilapan, kelemahan, kekurangan, kelebihan diri sendiri
  4. Berdiam diri
  5. Menangis - senjata paling kuat wanita?
  6. Berdoa - mohon kekuatan


Pada saat sukar kita memerlukan ketenangan.

Semoga bermanfaat.


SEGMEN : blogwalking sebelum Ramadhan bersama ayuinsyirah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


SEGMEN : blogwalking sebelum Ramadhan bersama ayuinsyirah


Semangat nak join segmen tetaplah tidak pudar walaupun keadaan blog masih lagi berselerak.  Susunan widget di blog ini masih lagi tidak ketahuan.  Macam mana nak susun, nak letak di mana, macam mana.  Dok bermain di minda.  Namun selagi berupaya, sokongan kepada rakan blogger tetap diteruskan.  

Kali ini semangat gigih berblogging diteruskan dengan menyertai Segmen blogwalking sebelum Ramadhan anjuran Cikgu Ayu.


http://www.ayuinsyirah.my/2015/05/segmen-blogwalking-sebelum-ramadhan.html


Segmen ini berlangsung mulai 8 Mei 2015 dan akan tamat pada 8 Jun 2015.  Masih banyak masa.

Jom berikan sokongan kepada rakan blogger Cikgu Ayu.  Klik banner di atas.

Terima kasih.

Lebih rendah daripada sayap lalat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Lebih rendah daripada sayap lalat



Seluruh manusia, yang baik maupun yang jahat, berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih rendah (nilainya di sisi Allah) daripada sayap lalat, yaitu Dunia

(Abu Mu'awiyah al-Aswad)


11 Mei 2015

Bahagi sama banyak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bahagi sama banyak

Bagi blogger seperti YangBaik, bila dah masuk tahap mak-mak ni pastinya akan berhadapan dengan situasi yang agak sukar. Terutama dalam isu pembahagian atau agihan makanan. Telah biasa kita berhadapan dengan situasi anak-anak tidak setuju dengan cara kita membahagikan makanan. Semasa anak seorang tiada masalah, masuk anak dua tidaklah menimbulkan masalah sangat. Isu tidak sama akan timbul bila anak ke-3 dah pandai makan sendiri. Itu belum masuk anak ke-4 lagi.

Tetapi itu semua bukanlah masalah sangat cuma kadang-kadang saja bila tiba-tiba ada yang tidak puas hati. Bila disuruh ambil sendiri... tidak pandai pula nak berkira. Ambil sikit atau banyak tidak pula jadi isu yang jadi isu pula... boleh habis ke?



Apapun situasi dan keadaan, pasti ada penyelesaian mengikut kebijaksanaan masing-masing.

Anak-anak penyeri kehidupan berkeluarga. Bagi yang berpeluang memilikinya merupakan satu pengalaman indah. Bagi yang tidak berpeluang memilikinya... pasti ada anugerah dan kelebihan yang lain.

*p/s: blog ini masih dalam proses penyelenggaraan dan penambahbaikan. Semoga bersabar dengan setiap kesukaran.
o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

Blog sedang dikemaskini | New Thesis SEO v3

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Blog sedang dikemaskini | New Thesis SEO v3


Pertama kami mohon maaf kerana kedudukan dan susunan dalam blog ini agak celaru.  Ini adalah kerana YangBaik sedang dalam proses mengemaskini blog menggunakan template baru iaitu New Thesis SEO versi 3.  Template ini baru saja dibaca dari blog otai SEO melalui entri INI.

Untuk rekod berikut adalah paparan awal blog YangBaik untuk hari ini.

New Thesis 1


New Thesis 2


Nantikan perubahan seterusnya yang bakal berlaku sedikit waktu lagi.

Semangat SEO baru... yezzzaaa

Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tanggungjawab Kepada Diri Sendiri


YangBaik nak bebel sekejap mengenai tanggungjawab kepada diri sendiri.  Tajuk entri idea spontan yang datang tiba-tiba ketika dalam perjalanan ke bilik air di pejabat.  Nampak tak?  Kalau dah namanya blogger apa saja yang terlintas di minda pasti akan menjadi tajuk.  Cuma bezanya cara kita mengolah mengikut kefahaman dan kebijakan kita dalam membuat karangan.

Kalau nak menyusun mengikut turutan keutamaan tajuk selalunya YangBaik memang akan kalah. Kalah dengan diri sendiri yang tidak bijak menyusun ayat dan kata-kata.  Sama juga bila bos suruh buat surat, dua tiga jam baru nak siap.  Bukan senang nak faham kehendak soalan dan kehendak tajuk.