Pageviews

24 November 2014

Bukan kerana perancangan kurang tepat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Perancangan kurang tepat


Gambar hiasan

1. Gambar di atas tiada kaitan secara langsung dengan tajuk cerita ini.
2. Kita mampu merancang tetapi Tuhan yang menentukan.
3. Ketepatan sesuatu perancangan memerlukan daya pemikiran dan pentaksiran yang tinggi.
4. Kejayaan sesuatu perancangan bergantung kepada sejauhmana komunikasi berkaitan difahami semua pihak yang terlibat.
5. Penglibatan semua warga dan ahli kumpulan turut memainkan peranan yang penting dalam menjayakan sesuatu misi/perancangan.
6. Ahli yang berjaya tidak banyak cakap seolah-olah mengadu atau memberi arahan.
7. Ketua yang bijak pandai mengagih tugas kepada ahlinya dan tidak terlalu mengharap ahlinya 100%.
8. Agihan tugas tidak boleh dilihat sebagai berat sebelah atau tidak adil, kerana kita bukan pengadil untuk menimbang berat sesuatu tugasan.
9. Kekurangan kemahiran dalam merancang dan mengagih tugas dijadikan sempadan untuk kejayaan sesuatu perancangan akan datang.
10. Beruntunglah seorang ketua itu bilamana mendapat ahli yang tekun dalam melaksanakan tugasnya walaupun dalam kekurangan yang tidak terungkapkan.

Terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan serta saling memahami kekurangan dan kelemahan. Sama-samalah kita perbaiki kelemahan untuk kejayaan yang lebih gemilang.

~(@^_^@)~ o (∩ ω ∩) o

posted from Bloggeroid

23 November 2014

Selamat berhujung minggu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Syukur dipinjamkan Allah hari ini untuk terus beribadah kepadanya...



Semoga pagi yang indah ini membawa rahmat yang tidak terhitung.

posted from Bloggeroid

22 November 2014

Doa seorang isteri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Doa seorang isteri




Semoga bermanfaat buat semua isteri dan bakal isteri.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Demam datang lagi

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Demam datang lagi



Sudah beberapa hari tak cukup tidur. Makan dan minum pun tidak ketahuan jadualnya. Semua ini kerana tersilap pengaturan jadual tugas.
Malam tadi adalah kemuncaknya... badan ini terasa menggigil di susul pula dengan bersin yang datangnya tidak diundang.

Sebelum itu, anak-anak sudahpun nenunjukkan simptom yang sama iaitu badan yang dedor bersin pun ada juga. Cepat-cepat diberi ubat supaya demam mereka tidak melarat berpanjangan.

Kali ini tiba giliran kami pula. Walaupun badan tidak berapa sihat, perhatian kepada anak-anak tetap tidak diabaikan. Keperkuan makan dan minum mereka perlu dicukupkan.

posted from Bloggeroid

Buat Sendiri Roti Bun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Roti Bun Buat Sendiri

Dah lama cuba buat roti bun sendiri.  Setiap kali cubaan itu gagal, tiada yang menjadi dengan betul sebaliknya keras dan tidak lembut atau gebu seperti yang dibeli.  Agak kecewa juga.  Nak salahkan resepi 100% tidak patut juga.  Kerana yang menyebabkan roti tidak menjadi kadang-kadang disebabkan kelalaian atau kesilapan kita.


Roti bun buat sendiri

Kali ini, dapat resepi baru untuk buat roti bun, nampak macam senang dan mudah.  Nak dapatkan bahan-bahanpun tidak susah.  Jika ada sesiapa yang pernah menyiarkan resepi roti bun buat sendiri... maaf lah resepi ini telah saya oleh semula ikut kehendak saya... jangan marah...nanti roti tidak menjadi.  Walau apapun terima kasih atas resepi yang telah disiarkan terdahulu.

Sekarang, lihat pula resepi yang telah saya olah semula.... mudah sangat.

Bahan-bahan

1/2 Cawan Air Suam
1 sudu kecil serbuk yis 
3 sudu besar susu pekat
(Semua bahan di atas dicampurkan di dalam mug/mangkuk kecil.  Biarkan bahan tersebut berbuih)

2 Cawan tepung gandum
1 cawan tepung kek (tepung naik sendiri)
1sudu makan majerin lembut
1 sudu teh gula 
(bahan ini digaul dijadikan peroi)

Cara-cara membuatnya

1.  Masukan bahan bancuhan yis tadi ke dalam adunan tepung.
2.  Gaul dan uli hingga  menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
3.  Perapkan selama 2 jam atau lebih sehingga adunan naik 2 kali ganda. (Selepas dua jam, setelah doh naik 2 kali ganda, tumbuk-tumbuk adunan untuk membuang angin di dalam doh)
4.  Uli doh dan bentukkan roti mengikut kesukaan. Bentuk paling mudah dan asa adalah bulat. Letakkan ke dalam Loyang yang disapukan sedikit minyak.
5.  Sapukan kuning telur untuk kesan keemasan di atas roti.
6.  Boleh juga ditaburkan bijan, kismis atau apa saje kesukaan anda.
7.  Rehatkan kali kedua anggaran 10 - 20 minit, supaya doh naik lagi.
8.  Bakar selama 25 minit mengikut oven masing-masing.  Saya gunakan kuali ajaib dengan api yang perlahan dan bakar selama 40 minit.

Anak-anak suka, suami suka... saya bertambah suka untuk buat lagi.  Walaupun tidaklah segebu roti Gardenia atau roti berjenama lain di pasaran, tetapi rasanya tetap tidak kalah.  Cuma pada rupa memang tidak boleh tiru sebab baru cubaan pertama yang menjadi...

Roti buat sendiri ini bukan sahaja mudah tetapi boleh dimakan pada setiap masa tidak kira pagi atau petang... untuk supper pun bagus juga.

Selamat mencuba kepada semua.

Terima kasih.

21 November 2014

Baik fikir kata buat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Fikir dan kata baik



Bermula dengan apa yang kita nampak dan lihat
Seterusnya fikirlah yang baik-baik mengenai apa yang kita nampak
Tugas mulut pula jangan dibiarkan celupar menutur kata. Ucaplah yang baik-baik hasil daripada pemikiran yang bersih lagi baik.
Akhirnya menghasilkan tindakan yang baik. Dan sudah pasti kebaikan itu akan kembali semula kepada kita dalam bentuk yang tidak kita sangka.

Semoga bermanfaat buat saya dan anda semua.

Terima kasih.

~(@^_^@)~

posted from Bloggeroid

Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Simple 1st Giveaway Segment by Beba Ifa

Beba Ifa itulah nama timangan rakan blogger yang menganjurkan segmen pada kali ini. Segmen yang ringkas ini merupakan segmen pertama yang dianjurkan oleh Beba Ifa dan paling bagusnya semua hadiah untuk segmen ini adalah 100% dari Beba Ifa.

Tujuan Beba Ifa menganjurkan segmen ini adalah untuk menghargai rakan followers di blognya.



Untuk melengkapkan syarat, saya tag:

2.  Asha Lya

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan menyertai segmen ini sila klik banner di atas.

GA ini akan tamat pada 30 Disember 2014.

Terima kasih atas perhatian semua.




Segmen Blog Review by Syukurnya Sihat. Com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Segmen Blog Review by Syukurnya Sihat. Com


Sekali lagi entri dibuat sebagai sokongan kepada rakan blogger.  Sebagai sokongan kepada blog rakan blogger yang julung kalinya menganjurkan sebuah segmen yang berjudul Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat Dot Com.


Segmen Blog Review By Syukurnya Sihat Dot Com

Untuk makluman dan rekod, blog SyukurnyaSihat ini terhasil dengan usahama sepasang suami isteri yang berkecimpung dengan Shaklee.  Blog Syukurnya Sihat bukan semata-mata untuk mempromosikan produk shaklee tetapi berkongsi info kesihatan, aktiviti, tip pemasaran, blogging dan kerohanian.

Salah seorang penulis blog ini merupakan blogger separuh masa yang aktif menulis blog di NotaMengajarBelajar .  Manakala penulis kedua merupakan seorang pengedar sah shaklee sekitar Pulau Pinang seperti Bukit Mertajam, Permatang Pauh, Seberang Perai dan Seberang Jaya. Berkecimpung dalam dunia blog untuk berkongsi info kesihatan dan pengalaman menggunakan produk shaklee.

Demikianlah serba ringkas pengenalan mengenai blog SyukurnyaSihat.com.

Jangan lupa Segmen Blog Review ini akan tamat pada 27 November 2014.  Untuk turut serta dalam segmen ini sila klik banner di atas.  Anda tidak akan rugi apa-apa.

Terima kasih semua.



Usaha bebaskan diri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Usaha bebaskan diri




corak hiasan


Seorang mukmin hidup di dunia bagaikan seorang tawanan yang sedang berusaha membebaskan dirinya dari penawanan dan ia tidak akan merasa aman kecuali apabila ia telah berjumpa dengan Allah Subhanahu wata'ala

(al-Hasan al-Bashri)

20 November 2014

Segmen Blogwalking Sampai Penat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Segmen Blogwalking Sampai Penat


Masih lagi menumpang tuah rakan blogger yang rajin anjurkan segmen.

Kali ini segmen blogwalking... sampai penat oleh Anis Nadhilah.   Memang penat la... nak blogwalking bila dah bercampur dengan kesibukan di tempat kerja dan sibuk dengan anak-anak serta urusan keluarga yang lain.

Asyik asyik ayat yang sama.... sebok sebok sebok.  Macamlah orang lain tak sebok kan...

Well,,, itulah resam dunia.  Semua orang dikurniakan masa sama banyak 24 jam, 60 minit, 7 hari seminggu dan 30 hari sebulan...



Suka sangat celoteh panjang lebar... membebel macam mak nenek pulak yer... itulah padahnya, idea tiada tetapi nak menulis sangat...  masa suntuk pun masih lagi ada hati nak berblogging... kannn

Jangan lupa klik banner di atas untuk jooin segmen ni... cepat cepat cepat... 30 November 2014 segmen ni dah tutup yer...

Terima kasih banyak-banyak kepada anda semua yang tidak jemu-jemu singgah di blog ini...