Pageviews

14 Julai 2014

Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




http://www.bubblynotes.com/2014/07/segmen-raya-2014-bubblynotes-dengan.html
Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas ini dibawakan khas untuk uolss bersempena dengan Syawal yang bakal menjelma beberapa minggu jer lagi ni. ^_^... Dalam masa yang sama kira2 macam Blog E-Card dari Bubblynotes.Com kepada uolss jugaklah... Tak dapat or tak sempat nak hantar Kad Raya pakai pos, pakai Blog E-Card pun boleh juga ye tak??? Janji ucapan sampai... Sebab kalau nak diikut2kan iolss nak ajer hantar Kad Raya pada semua readers Bubblynotes yang selama ini sudi datang menjenguk dan membaca entri2 Bubblynotes.Com selama ini... Dalam masa yang sama segmen ini bertujuan nak rapatkan lagi silaturahim sesama weolss semua, follow memfollow serta blogwalking. Semua blogger tak kira baru atau lama, famous atau tak, retis atau tak, glam atau tak adalah dijemput untuk memeriahkan segmen ini. 10 pemenang akan dipilih oleh Pakcik Random.Org dan kesemua pemenang yang terpilih akan disenaraikan di dalam Bloglist Segmen Bubblynotes.Com bagi menggantikan Bloglist Segmen yang terdahulu. 

"Tarikh Segmen: 12/7/2014 sehingga 19/7/2014"

Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com dan ADD TO CIRCLE G+ Farah Waheda Wahid
2. Buat entri bertajuk Segmen Raya 2014 Bubblynotes: Dengan Ingatan Tulus Ikhlas... 
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT/KLIK semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Credit to MiaLiana.Com
4. Tinggalkan URL entry uolss ke dalam ruangan komen entri ini. 

PEMILIHAN PEMENANG:
1. 10 blog akan dipilih melalui Random.Org. 
2. Pemenang akan diumumkan pada 23/7/2014 yang mana kemudiannya akan dimasukkan terus ke dalam senarai bloglist pemenang segmen. 


Sementara itu... sudahkah anda menyahut cabaran Contest Duit Raya 2014 oleh Denaihati?
Klik banner di bawah untuk menyertainya.
Cabaran Duit Raya 2014

12 Julai 2014

Ikan Tilapia Goreng Bercili

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Ikan Tilapia Goreng Bercili

Ikan Tilapia adalah ikan darat yang banyak terdapat di lombong tinggal di sekitar Seri Iskandar dan Tronoh atau mungkin juga di tempat anda.  Ada juga Ikan Tilapia yang diternak tetapi rasanya tidak sama dengan Ikan Tilapia yang hidup bebas di lombong atau sungai.

Saya, nak bercerita panjang lebar mengenai Ikan Tilapia tidaklah juga sebabnya saya bukan tahu sangat sejarah hidup ikan eksotik ini.  Yang saya tahu ada juga orang yang tidak makan ikan darat walaupun dia bukanlah orang laut.  Terpulang ... itu kelebihan masing-masing.

Ikan Tilapia jika tidak dibasuh dengan betul pasti akan membawa kesan bau hanyir yang kuat.  Bau hanyir ini boleh menyebabkan orang hilang selera makan.  Saya ada petua sendiri untuk menghilangkan bau hanyir ikan.  Petua saya kan ceritakan dalam siri lain yang akan datang.  Sabar yer!!

Hari ini saya nak bercerita mengenai resepi Ikan Tilapia Goreng Bercili yang dimasak oleh encik suami.  Dia memang suka masak dan suka makan juga. :D  Sebelum dia masak kesemua ikan tilapia tu.. saya dah pesan supaya tinggalkan separuh ikan goreng untuk anak-anak.  Sebabnya bila dah masak cili nanti pedas, anak-anak tidak boleh makan... sedangkan anak-anak saya semuanya suka makan ikan tilapia goreng. Yess!! anak umi kannnn.




BAHAN-BAHAN :-

3 ekor Ikan Tilapia
1 ulas bawang besar (dipotong dadu)
3 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1 biji tomato (dipotong dadu atau boleh juga dihiris nipis)
10 tangkai cili padi (diketuk) - boleh tambah untuk lebih pedas lagi
1/2 batang celeri (dipotong serong)
sedikit air asam jawa (saya gunakan paste asam jawa adabi dicampur dengan 1/4 cawan air masak - lebih mudah)
gula dan garam secukup rasa


CARA MEMBUATNYA :-

1.  Ikan Tilapia dibersihkan, sapukan sedikit asam jawa dan goreng sehingga garing.  Jika tidak suka garing, memadai sehingga masak.  Saya goreng garing kerana bila garing tulang yang kecil senang dimakan.  Setelah digoreng angkat dan ketepikan.
2.  Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak masak kira-kira 2 sudu besar.  Tumis sehingga bawang kekuningan, masukkan celeri yang telah dipotong dan cili padi.  Kacau sehingga rata dan sebati. 
3.  Masukkan tomato air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.  Seterusnya masukkan Ikan Tilapia yang digoreng tadi, balikkan perlahan-lahan supaya ikan tidak hancur.  Agak-agak kuah tadi telah selaputi ikan, angkat dan hidangkan.


*catatan:  
1.  Di dalam ikan kelihatan hitam kerana digaul dengan asam jawa sebelum di goreng.  Sekiranya tidak suka asam jawa atau tidak mahu ikan kelihatan gelap, ikan berkenaan boleh digaul dengan kunyit dan sedikit garam sebelum digoreng.
2.  Ikan Tilapia boleh dibersihkan lebih awal dan simpan dalam peti ais (freezer) sebelum digoreng atau goreng lebih awal sebelum buat kuahnya.  

Saya tidaklah berhasrat nak menandingi blogger masakan yang dah handal dan popular tetapi sekadar berkongsi resepi dan selera dengan pembaca blog ini.

Sekian adanya.  Terima kasih.


Sementara itu... sudahkah anda menyahut cabaran Contest Duit Raya 2014 oleh Denaihati?
Klik banner di bawah untuk menyertainya.

Cabaran Duit Raya 2014

2 jenis kezaliman

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Gambar hiasan.  sumber group whatsapp

Di dalam kehidupan ini terdapat dua macam kedhaliman :
(1) kedhaliman dalam hal ilmu dan
(2) kedhaliman dalam hal harta.

Yang dapat menyelamatkanmu dari kedhaliman ilmu adalah ibadah (mengamalkan ilmu tersebut), dan yang dapat menyelamatkanmu dari kedhaliman harta adalah dengan bersikap zuhud terhadapnya.

(Salah seorang ahli hikmah)

*Semoga kita terselamat dari kedua-dua kezaliman di atas.