Pageviews

05 Mei 2014

Aku terlalu cemburu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan
Aku terlalu cemburu
Pada masa silam dan masa lampau
Lalu aku mencari apa sebenarnya
Mengapa aku menjadi terlalu cemburu

Aku terlalu cemburu
Cemburu pada insan kuat taqarrubnya
Cemburu pada insan yang tenang hatinya
Lalu aku mencari makna disebalik taqarrub

Ada apa dengan tangan kiri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sedari kecil kita diajar supaya makan dengan tangan kanan dan dimulakan dengan Bismillah supaya kita kenyang dan makanan yang masuk ke dalam perut juga mendapat berkat.

Sekarang bila dah jadi mak... kenalah ambil perhatian dengan cara pemakanan anak-anak. Kadang-kadang kita tidak perasan anak-anak makan dengan tangan kiri.  Bila ternampak cepat-cepatlah tegur jangan dibiarkan sahaja.

Makan dengan tangan kanan.  Gambar hiasan


04 Mei 2014

Kekuatan terletak di dalam hati

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Kekuatan terletak di dalam hati
Dari hati datangnya kehendak dan kemahuan
Lantas menghasilkan kekuatan
Kekuatan yang tidak terduga

Namun kekuatan itu harus datang bersama didikan iman
Iman kepada yang satu
Lalu menghasilkan kekuatan yang bermakna
Bermakna kepada diri dan sejagat