Pageviews

11 Januari 2014

Nuffnangers pada hari ini

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru berkesempatan update entri terpanas untuk hari ini.  Pagi tadi tak sempat nak berblogging... sibuk masak untuk anak-anak dan encik suami.  Maklumlah pada hari cuti macam ini bila tiada kerja lebih masa atau tiada aktiviti luar... maka dipenuhkan masa terluang dengan aktiviti masak-masak.

Selepas makan bersama keluarga... keluar 'jalan-jalan' sekejap pusing bandar Seri Iskandar sampai ke Puncak Iskandar... hajat nak tengok perkembangan rumah baru tergendala kerana jalan ke sana belum siap. Masuk pusing-pusing di kawasan perumahan Desa Iskandar, kebanyak rumah di sana adalah dari jenis banglo mewah dan memang besar-besar.  Suka melihat suasana di kawasan berkenaan kerana boleh nampak kelainan dari segi lanskap dan hiasan luar serta reka bentuk rumah yang pelbagai...

10 Januari 2014

Cabaran atau peluang

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Cabaran atau peluang

Masih terkesan lagi dengan ungkapan yang tertera pada banner satu majlis dan kemudiannya diungkapkan pula oleh seorang ahli akademik pada bulan lepas.  Ungkapan yang cukup memberi makna dan rasanya inilah peluang yang aye perolehi setelah berjaya melepasi cabaran untuk hadir ke program berkenaan.  Nama program yang diringkaskan dengan CHAD2013.

Memang kita tidak sempurna

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Entah macam mana tiba-tiba dapat idea nak tulis tajuk macam ni.  Tak tahulah macam mana pengisiannya. Point nak tulis dah ada tetapi bimbang huraiannya tidak menepati tajuk dan point yang dimaksudkan. Bukanlah terdesak sangat sehingga buat tajuk macam ni.  Tetapi atas kesedaran diri sendiri dan untuk ingatan kepada diri bahawa kita ini memang tidak sempurna apatah lagk maksum.