Pageviews

27 Disember 2013

'Ibrah itu pelajaran

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



corak hiasan


Berfikir merupakan cahaya yang masuk ke dalam hati seseorang. Dan apabila seseorang mau berfikir, maka ia akan akan mampu mengambil 'ibrah (pelajaran) dari segala sesuatu (yang ia lihat, dengar, baca, rasa dan alami).

(Ibnu 'Uyainah)




suka duka pentas dunia


.

26 Disember 2013

Last Giveaway In 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Last Giveaway In 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com

Di penghujung bulan Disember 2013... aye mengambil kesempatan untuk menyertai Last Giveaway In 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com.  Giveaway ini merupakan giveaway terakhir bagi blog dakwah mahabbah, tetapi mungkin tidak bagi aye :D ini adalah kerana selagi masih ada masa dan keizinan aye akan ikuti atau sertai mana-mana giveaway sepanjang tempoh bulan Disember ini walapun dah hampir ke penghujung hari... 

Blog dakwahmahabbah ini dimiliki oleh Ain Rahman.  Jangan terkejut pula selain berblogging Ain Rahman juga seorang doddler (betulkan aye jika tersalah eja) untuk blog dan facebook.  Memang hebat kerana idea kreatif untuk buat doddle bukan semua orang boleh aplikasikan dengan baik.  Yang penting bakat dan minat serta keinginan.  Betul tak Ain? :D

Okey... kembali kepada Last Giveaway In 2013 @ dakwahmahabbah.blogspot.com, giveaway ini akan tamat pada 28 Disember 2013.

Sila Klik SINI atau pada banner di atas untuk memberikan sokongan.

Jom meriahkan giveaway anjuran Ain Rahman dan rakan bloggernya.


suka duka pentas dunia



Tiada sebab untuk tidak berdoa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera





Janganlah kalian meninggalkan doa! Dan jangan sampai perbuatan dosa yang kalian lakukan, menghalangi kalian untuk berdoa kepada Allah, karena sesungguhnya Allah telah mengabulkan permohonan Iblis, padahal ia adalah makhluk yang paling buruk. (Lihat surat al-Hijr ayat 36 dan 37) 

(Sufyan bin 'Uyainah)


suka duka pentas dunia





25 Disember 2013

Hari cuti hari untuk berehat?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




gambar kitar semula :D



suka duka pentas dunia

Jawab panggilan ibu dengan suara yang lembut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Diceritakan bahwa pernah suatu hari, Ibnu 'Aun al-Muzani dipanggil oleh ibunya, maka ia pun menjawabnya dengan suara yang lebih keras dari suara ibunya agar dapat didengar oleh sang ibu. Tak beberapa lama kemudian, Ibnu 'Aun tersadar atas apa yang baru saja ia lakukan. Ia pun menyesalinya dan segera memerdekakan dua orang budak yang ia miliki.

()


suka duka pentas dunia



24 Disember 2013

2.5k Followers Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


2.5k followers GA

sila klik pada banner di atas untuk berkenalan dengan pemilik 2.5k followers GA.  Cepat!!!




suka duka pentas dunia

Kategori Penulisan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Kategori penulisan atau lebih dikenali sebagai 'Label' dalam istilah blog.

Pada awal pembabitan aye di dalam blog penggunaan label ini pelbagai dan tidak terlalu spesifik.  Mungkin juga kerana terikut-ikut dengan gaya penulisan blogger lain atau lebih senang tidak mempunyai pendirian sendiri.

Hanya setelah beberapa tahun kemudian, maksudnya sejak kebelakangan ini baru tersedar bahawa penggunaan label pada penulisan di blog perlu di perhalusi dan ditetapkan.  Baru boleh dinamakan sebagai 'Kategori Penulisan'.

Buat masa ini masih banyak yang perlu diperbaiki dalam kategori penulisan.  Antaranya kata kunci untuk setiap entri perlu lebih jelas supaya tidaklah banyak sangat.  Nampaknya kena masuk belajar Pengajian Maklumat pulak...

Inilah rupa 'Kategori Penulisan' sekarang.  Nak tengok yang lebih jelas... nuuuun di kaki blog kat bawah sekali.  Terdapat kira-kira 1217 kategori.   Memang banyak dan perlu dikecilkan lagi.


Kategori Penulisan atau Label pada blog

Untuk itu sehari dua ini memang kena buat sesuatu dengan kategori ini supaya tidak nampak macam tamak sangat atau mungkin juga macam sampah???? Ohh jangan itu semua idea penulisan aye... dan ia perlu dibaiki segera...

Sekian dulu celoteh kali ini.

suka duka pentas dunia



Dunia ini tempat berlumba

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Gambar hiasan



Barang siapa mengetahui bahwa dunia ini adalah negeri tempat berlomba untuk meraih dan mengumpulkan amal shalih, dan ia pun mengetahui bahwa semakin tinggi kedudukan seseorang dalam ilmu dan amal maka makin tinggi pula kedudukannya di surga kelak, maka ia tidak akan menyia-nyiakan waktu sedikitpun dan akan berusaha memanfaatkannya dengan sebaik-baiknya, dan ia tidak akan melewatkan kesempatan sekecil apapun untuk berbuat baik.

(Ibnu 'Aqil)




suka duka pentas dunia


23 Disember 2013

Dia suka belon dan bola

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dia memang suka belon dan bola.  Entah sudah berapa biji belon sudah berjaya dipecahkan.  Termasuk juga bola plastik.

Pernah satu hari beli dua biji bola plastik .. versi kanak-kanak la.  Ayah yang beria-ia sangat nak beli, kalau ikut umi memang tak layan dah.  Entah mengapa ayah kata dia cair bila anaknya merayu minta dibelikan mainan.  Ayah?!!!  Umi memang dah tak kuasa nak layan.

Tak ingat pula berapa hari belon kuning dan belon pink itu bertahan.  Adakah patut dicucuknya belon-belon tu dengan pensil... katanya nak tengok isi kat dalam.

Budak-budak... nak kata pelik memang dah begitu sifatnya kan...

Ayah pun dah tak terkata apa... mula-mula macam marah... tetapi dengar khabarnya si anak 'bodek' ayah sekali lagi nak beli belon ..... terpulang lah kat ayah...

Hari Sabtu lepas kami menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara ayahnya di Sitiawan.

Kalau ikutkan gelagat anak-anak memang umi dah tak segan... sebabnya memang anak-anak macam tu...  cuma umi mengharapkan jangan lah sampai jatuh atau rosak apa-apa barang yang berharga.


Tengoklah turutan gambar-gambar di bawah ni.... Umi suruh naik ke atas pentas nak tangkap gambar. Tetapi mereka berdua memang tak pandai posing... sudahnya umi dapat tangkap gambar 'candid' saja. :)



Mula-mula naik mata dah tenang kat benda alah tu.... geram sungguh rasanya... dah suruh ketengah sikit asyik... takmau..



Tengok... eiiii dicuit juga benda alah tu... nasib tak koyak atau pecah...



Dah kena jerit ... woi.. bukanlah kuat sangat... jerit manja gitu... barulah nak ke tengah sikit.

Lepas ni dan tak tau sampai bila... pasti akan diminta juga mana-mana belon yang dok bergayut depan kedai mainan.  Yang tak tahannya jeritannya ... memanglah... kalau tak berpaling semua orang memang bukan dia.

Kerenah anak-anak masa kecil... boleh lagi tahan kan... bila dah besar sikit...mudah-mudahan tidaklah sampai menyakitkan hati umi dan ayah.... boleh kan???


suka duka pentas dunia



Zahra Bakar Collection Giveaway

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Assalamualaikum...



Zahra Bakar Collection merupakan sebuah online shop yang menjual pelbagai jenis tudung dan shawl antaranya tudung syria, bawal arjuma, alsya ring dan sebagainya. Zahra Bakar Collection, turut mengambil tempahan sulaman (cross stitch) dengan pelbagai jenis design/ reka bentuk mengikut kehendak pelanggan.



Zahra Bakar Collection GiveawayZahra Bakar Collection Giveaway




Selain itu, Zahra Bakar Collection turut menjual kain pasang dan kain batik terengganu yang dihiasi dengan pelbagai jenis corak dan warna yang pastinya memikat hati. InsyaAllah, kainnya berkualiti tinggi dan selesa dipakai. Harganya juga sangatlah berpatutan.



Untuk meraikan pembukaan Zahra Bakar Collection online shop, kami mengadakan simple giveaway buat anda. Ingin dapat hadiah yang menarik dari kami? Ayuh, sertai sekarang. 


Zahra Bakar Collection Giveaway

Klik banner untuk sertai.