Pageviews

07 Oktober 2013

Koleksi buku lama | Ada yang berminat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Beberapa hari yang menyertai gotong royong 5S di pejabat.  Antara tempat utama yang di gotong royongkan adalah stor dan beberapa buah rak lama.  Suka sangat...

Dalam aktiviti berkenaan bermacam-macam benda yang dijumpai.  Antaranya adalah buku-buku lama yang tidak diketahui siapakah pemiliknya.  Banyak jugalah buku yang dijumpai.  Ada buku yang tertulis nama pemiliknya dan ada juga yang tidak ditulis.  Bagi buku yang ada nama dan tuannya masih ada kenalah tanya empunya badan untuk dipulangkan buku itu.  Bagi buku yang tiada nama pemiliknya, maka boleh ke kita ambil?  Sayangkan buku buku ilmiah sebegini terbiar begitu saja.

Jadi sebagai kesimpulannya aye ambil buku-buku yang tanda pemilikan.  Boleh tambah koleksi bahan bacaan.  Walaupun buku lama tetapi ilmu di dalamnya masih memberi makna kepada kehidupan.

Berikut adalah antara koleksi buku lama yang sempat aye sambar.


Insan dan Manhaj Ketuhanan (rasanya modul untuk pelajar), Cempaka (buku sastera, tak sempat nak belek apa isi kandungannya) dan TITAS (juga modul pengajian pendidikan Islam).


Tuju Cintai (himpunan puisi), Chambers Anagrams (himpunan perkataan untuk permainan shahibba, words puzzle dan yang seangkatan dengannya), Suara Anak Merdeka (himpunan puisi juga) dan Hanya sampai di sini (antara buku lama bertulis jawi yang menarik minat dan perhatian, kalau tak silap buku itu adalah novel atau cerpen)




Agak-agaknya bila boleh habiskan baca buku-buku ini semua ya.   Dapat baca satu hal nak hadam satu hal lain pulak...


suka duka pentas dunia


Jauhi sifat dengki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan



Jauhilah dengki, karena sesungguhnya anak Adam membunuh saudaranya saat ia dengki kepada saudaranya.
(Aun bin Abdullah)


06 Oktober 2013

KL Sogo Trendsetter telah dikredit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Hari ini 6 Oktober 2013, CPUV ke lima September 2013 iaitu KL Sogo Trendsetter Online telah dikreditkan.


Kira-kira 11 hari beriklan di blog yangbaik, iaitu mulai 25 September 2013 hingga 5 Oktober 2013.

Daripada pengamatan aye, tidak banyak iklan itu berjalan di blog ini.  Mungkin juga kerana aye kurang bercerita mengenai fesyen atau juga mungkin kerana komen yang diberikan pada catatan berkenaan.

Walau apapun tempoh iklan sudah tamat dan dapatlah sedikit sumbangan dari pengiklan.

Kepada Nuffnang dan KL Sogo, aye ungkapkan begini:
Kalau ada sumur di ladang boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang bolehlah anda beriklan lagi (di blog ini)
Kepada anda semua pengunjung blog ini, terima kasih atas kesudian dan keringanan tangan untuk klik pada iklan ini.

Semoga dimurahkan rezeki buat semua dan diberkati.

suka duka pentas dunia



Disebalik ungkapan Asane Asada Asakan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Melalui blog ini aye ini katakan bahawa perkataan Asane Asada dan Asakan bukanlah perkataan dari Jepun, Korea atau yang seangkatan dengannya. Tetapi seandainya ada ianya adalah secara kebetulan dan tidak disengajakan.


ini adalah pengasah pensil dan pensil yang telah diasah.

Idea menulis entri ini bertajukkan Asane Asada Asakan adalah kerana objek di atas, iaitu pengasah dan  pensil.


Inas Insyirah dan pensil yang telah diasah.

Apa pula kaitan antara pengasah pensil dengan gambar Inas di atas dan dibawah berikutnya?




Kaitannya adalah Inas meminta umi mengasah pensilnya dan antara ungkapan pertama yang disebutnya adalah "Umi! Asane".  Yang sebenarnya bermaksud "Umi, asah ni" (pensil yang sudah tumpul).



Bila dah siap umi asah pensil tu.  Inas kata "Umi asada pensil ni?".  Bila umi tak jawab Inas tanya lagi "Umi asakan pensil nie?" Bila umi jawab sudah, baru Inas happy.  Maksudnya "Umi asah dah pensil ni?".  Lagi satu "Umi asahkan pensil ni ker?"

Walaupun sekadar anak kecil, ungkapan yang disebutnya sekirany tidak betul silalah betulkan jangan biarkan dia bertutur dengan kata yang pelat atau kita mengikut dia menjadi pelat.

Sekianlah aktiviti bahasa bersama anak-anak untuk hujung minggu ini.

suka duka pentas dunia


Empat dalam satu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera




Anak-anak cahaya mata penyeri jiwa penyejuk kalbu

Dah tiada apa nak dikesahkan maka inilah gambar empat dalam satu untuk hari ini.

Tidak mudah sebenarnya nak dapatkan mereka duduk diam untuk bergambar.  Seorang diam, dua lagi buat aksi, bila tiga orang diam seorang lagi bergerak.  Pilih punya pilih.... hanya ini gambar yang terbaik untuk hari ini... 

Sila abaikan corak dan lakaran di dinding belakang mereka.  Itu semua adalah hasil karya yang sentiasa bertambah selagi mereka belum puas menghadap dinding.  

Hanya yang besar memahami dinding tak cantik dah comot.  Baru mereka tahu.  Okey siapa yang mulakan dulu?  

Corak di dinding itu bakal dihapuskan sejurus yang kecil sekali mula memahami erti cantiknya dinding yang dicat cantik tanpa lakaran tiada tajuk.

Okeylah sekian dulu untuk hari ini.



Rumahku syurgaku.  suka duka pentas dunia


Untuk apa berdoa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan


Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina
(QS. Al Mu’min: 60)



~~~~~~~~~~~~~~~~
suka duka pentas dunia

05 Oktober 2013

Gaya duduk yang klasik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Buat tajuk macamlah entry menyengat sangat.  Tapi tak kisahlah sebabnya memang tajuk tu sama dengan isi cerita yang nak buat nie..jangan terkejut eh..

Agak-agaknya lah kan macam mana gaya duduk yang dikatakan klasik tu eh.... 

Ini adalah pandangan peribadi aye dan dari mata kasar aye.  Gaya duduk yang klasik adalah seperti bertimpuh dan bersila.

Kalau perempuan terutamanya anak gadis bila duduk mesti bertimpuh.  Manis mata memandang.  Tetapi itu dulu-dulu zaman belum ada sofa L-shape atau sofa jati atau yang seangkatan dengannya.  Dulu-dulu kalau yang ada kerusi atau sofa pun tak banyak dan biasanya rumah orang kaya seperti tokey kedai ataupun cikgu.

Zaman sekarang kalau nak jumpa anak gadis atau anak dar bertimpuh adalah ketika majlis akad nikah.... jeng jeng jeng... betul tak?  Tak juga sebab ramai yang pilih untuk duduk atas kerusi kerana tak betah duduk bertimpuh atau bimbang rosak baju... 

Dan gaya duduk bersila pula lazimnya dikaitkan dengan orang lelaki.  Pasti nampak segak dan bergaya jer bila duduk bersila... jangan dibuat kena gout sudah... memang tak betah duduk bersila...

Betul tak... betul kan?

Ini adalah gambar berkaitan apa yang dimaksudkan dengan salah satu daripada gaya duduk klasik.  


Biasa tak jumpa orang tua-tua duduk begini?  Selalunya dikampung-kampung.  Kalau dapat duduk macam ni... rasa selesa sangat.  Terutama ketika nak makan... tak kiranya lelaki ke perempuan... :P



Nasib kau lah Abid... jadi bahan untuk cerita dalam blog umi kali ni.  
Apa tengok-tengok... 



cepat jer bertindak... cepat lari... Abid dah angkat punggung nak bangun.



Eh... tak jadi pulak.  Nak merangkak jer rupanya ingatkan nak bangun.  Amboi sekarang ni semenjak dah pandai merangkak lajunya jer geraknya.  Bila nak berjalan pula?  Demam dah dua tiga kali kebah dah... 


Suka kan dengan contoh gambar gaya duduk yang klasik.  Ha itu gaya duduk baby yang bakal mencecah umur setahun tak berapa hari lagi... tak lama lagi Abid dah boleh berjalan.  Sekarang ni baru buat ujian tapak kaki.

Sekian adanya... selamat buat semua.


suka duka pentas dunia


Jauhi sifat tamak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Apa yang kita ada berilah sedikit kepada orang lain semoga dengan pemberian itu dapat membantu orang lain dan kita pasti akan dapat semula apa yang kita beri tetapi tidak semestinya dalam bentuk yang sama atau dari orang yang sama.  Betul ke?



Tamak bukan sahaja pada makanan tetapi juga boleh termasuk dalam perkara yang lain seperti ilmu pengetahuan dan wang ringgit.  Gambar hiasan.


Semoga menjadi iktibar dan peringatan buat kita semua.


Jauhilah sifat tamak, karena sifat itulah yang mengeluarkan Adam dari Surga, padahal Allah telah menempatkan Adam di Surga yang luasnya seluas langit dan bumi, ia makan dari berbagai macam tumbuhan yang ada di Surga kecuali satu pohon yang Allah melarang untuk memakan buahnya, akan tetapi karena tamak, maka Adam memakan buah dari pohon terlarang itu, maka Allah mengeluarkannya dari Surga.  (Aun bin Abdullah)


Terima kasih atas perhatian yang diberikan.


04 Oktober 2013

CPUV pertama Oktober 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Buat pertama kali pada bulan Oktober 2013, CPUV muncul.  Dah agak lama juga CPUV ini muncul, kira-kira 2 hari yang lepas (tidaklah lama sangat).

Cuma kali ini agak lewat sikit buat entri ini sebab menantikan iklan nya menari di blog.  Tak juga muncul... atau iklan tu muncul ketika aye tidak online...


CPUV Pertama Oktober 2013|  Transitions Optical


Kisah kanta lekap keluaran Transition Optical.




Nak tahu lebih lanjut mengenai peraduan ini.  Sila klik pada gambar di atas atau klik saja iklan yang muncul di blog ini.

Sekian adanya.  Terima kasih kepada nuffnang dan Transitions Optical kerana sudi beriklan dengan CPUV di sini.  Terima kasih juga kepada kalian semua yang berkunjungan ke blog ini.  Sangat-sangat lah menghargainya.



:)



Nasib sang semut

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Nasib sang semut di dasar tempayan.


Begitulah nasib sang semut walaupun hidupnya seringkali dikaitkan dengan ketabahan dan kekuatan tetapi tidak lari dari kesusahan dan kesukaran.  Susah ke hidup semut tu?  Pada pandangan kasar memang nampak susah tetapi dah lumrah alam begitu jadinya maka kesusahan dan kesukaran itulah yang menjadikan semut itu tabah dan kuat.

Di mana juga kita tinggal tidak kekal lama pasti ada jua gangguan.  Hanya kekuatan dan ketabahan saja yang memungkinkan kita untuk menetap lama di situ.




Hidupnya sang semut ini di dalam pasu bunga.  Mungkin juga di dasar atau tapak pasu.  Setelah sekian lama bersenang lenang di situ tiba-tiba hari ini disirami air.  Pokok hiasan di dalam pasu itu memerlukan air untuk meneruskan hidupnya.



Entah ke mana hendak melarikan diri membawa segala kehidupan dan masa depan... di dasarnya sudah kebanjiran di atas pula masih lagi kebasahan... di dalamnya pula sudah tentu dipenuhi dengan air baja.

Sabarlah wahai sang semut kelak hidupmu akan senang jua.

Sekian adanya kisah nasib sang semut untuk renungan bersama.

=)


suka duka pentas dunia