Pageviews

07 Oktober 2013

Koleksi buku lama | Ada yang berminat

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Beberapa hari yang menyertai gotong royong 5S di pejabat.  Antara tempat utama yang di gotong royongkan adalah stor dan beberapa buah rak lama.  Suka sangat...

Dalam aktiviti berkenaan bermacam-macam benda yang dijumpai.  Antaranya adalah buku-buku lama yang tidak diketahui siapakah pemiliknya.  Banyak jugalah buku yang dijumpai.  Ada buku yang tertulis nama pemiliknya dan ada juga yang tidak ditulis.  Bagi buku yang ada nama dan tuannya masih ada kenalah tanya empunya badan untuk dipulangkan buku itu.  Bagi buku yang tiada nama pemiliknya, maka boleh ke kita ambil?  Sayangkan buku buku ilmiah sebegini terbiar begitu saja.

Jadi sebagai kesimpulannya aye ambil buku-buku yang tanda pemilikan.  Boleh tambah koleksi bahan bacaan.  Walaupun buku lama tetapi ilmu di dalamnya masih memberi makna kepada kehidupan.

Berikut adalah antara koleksi buku lama yang sempat aye sambar.


Insan dan Manhaj Ketuhanan (rasanya modul untuk pelajar), Cempaka (buku sastera, tak sempat nak belek apa isi kandungannya) dan TITAS (juga modul pengajian pendidikan Islam).


Tuju Cintai (himpunan puisi), Chambers Anagrams (himpunan perkataan untuk permainan shahibba, words puzzle dan yang seangkatan dengannya), Suara Anak Merdeka (himpunan puisi juga) dan Hanya sampai di sini (antara buku lama bertulis jawi yang menarik minat dan perhatian, kalau tak silap buku itu adalah novel atau cerpen)




Agak-agaknya bila boleh habiskan baca buku-buku ini semua ya.   Dapat baca satu hal nak hadam satu hal lain pulak...


suka duka pentas dunia


5 ulasan:

  1. baca pelan2 dan hadamkan pelan2 kak... ^_^

    BalasPadam
  2. wah semuanya buku ilmu
    terngat la ngan subjek titas tu
    yumida isi tabung Nuffnang sini...selamat menabung :)

    BalasPadam
  3. farah, memang kena baca pelan2 baru mudah faham...

    BalasPadam
  4. terima kasih Yumida, buku lama tu masih lagi bernilai kan?

    BalasPadam
  5. saya pun ada buku preloved nak di letgo..tapi semuanya novel dewasa dan kanak2..heheh

    jom singgah ke blog saya...saya ad bisnes nak dikongsikan

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    BalasPadam

Komen anda tanggungjawab anda. Komen dan pandangan anda amatlah dihargai. Terima kasih atas pandangan yang diberikan.