Pageviews

20 Jun 2013

Belum bertemu yang lebih sulit

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Saya belum menemukan dalam ibadah, sesuatu yang lebih sulit daripada shalat di tengah malam.
(al-Hasan al-Bashri)


Memang betulkan kalau dah dapat tidur susah nya nak bangun solat malam, tinggal yang wajib jer.  
Bangun solat subuh.


19 Jun 2013

Apakah erti kasih dan sayang seorang ibu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Masih dan sedang mengalami kejutan yang amat sangat.  Entahlah perasaan dan suasana yang sukar digambarkan apabila seorang anak menengking ibunya sendiri.  Kejutan itu sebenarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa, hanya pada kali ini ia agak melampaui batas dalam perhubungan antara anak dan ibu.

Update
Sebenarnya perasaan dan gambaran peristiwa di atas bukanlah terjadi dalam keluarga atau antara anak-anak aye.  Tetapi ia adalah peristiwa yang berlaku di sekitar kehidupan pada malam tadi.  Di mana keheningan dan kesunyian malam dipecahkan dengan jeritan dan pekikan seorang anak remaja kepada ibunya sehingga mengejutkan jiran sekeliling.

Justeru aye dedikasikan petikan doa ini untuk anak-anak aye, semoga mereka sentiasa menjadi anak-anak soleh. Dan, semoga doa ini juga bermanfaat buat semua orang yang membacanya.
Wahai anak-anakku, umi doakan semoga kalian menjadi anak yang soleh dan sentiasa taat dan patuh kepada orang tua.  Jadilah anak yang mendengar kata dan hormat pada orang tua.  Semoga anak-anak umi berjaya di dunia dan akhirat disamping mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.  Semoga anak-anak umi juga dilindungi dari fitnah dunia dan akhirat. 
Ya Allah, ampunilah dosa kedua ibu bapaku dan dosa saudara-maraku serta sahabat-sahabatku.  

Apa lagi yang hendak diperkatakan apabila seorang anak bercakap dengan nada yang lebih tinggi dari nada ibu bapanya.  Sedangkan di dalam al Quran ada menyatakan berkata 'ah' kepada ibu sudah dianggap berdosa.

Didedikasikan doa ini buat ibuku yang tersayang.  Semoga doa ini turut memberi inspirasi kepada pembaca supaya mempunyai hati dan perasaan kasih dan sayang kepada ibu walau siapa atau dimana ibu berada.
Wahai ibuku yang ku sayangAmpunilah dosa dan kesilapan anakmu iniDalam sedar atau tidak kekhilafan pasti berlakuSemoga ibu segera pulih dan sihat sejahtera 

Apakah masih ada doa yang baik dari seorang ibu
bila mana anaknya telah mengherdiknya dengan keras sekali
Apakah masih tersimpan sedetik kasih ibu
bila mana anaknya mengeluarkan amaran keras kepadanya
Apakah erti kasih dan sayang seorang ibu yang melahirkan dan membesarkan anaknya
bila mana anaknya langsung tidak menghormatinya

Wahai anak
Di mana letaknya harga kasih dan sayang seorang ibu
Terbayarkah nilai pengorbanan seorang ibu dengan herdikan dan cacian?
Berapa pula nilai kasih dan sayang seorang anak terhadap ibu dan bapanya?

Dalam adat berjiran kita sudah semestinya perlu membantu semampu kita, tetapi kiranya bantuan kita tidak dipedulikan apalah kiranya hak kita untuk mempertikaikan.

Semoga dengan entri ini dapat membantu kita dalam beretika terhadap ibu bapa dan orang tua sekeliling kita.  

Rumahku Syurgaku



Wordless Wednesday: Sayang dan Rindu Mak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



"Appreciate what you have, since you don't know what you've got until it's taken away from you. 
That's when it is too late"

Hargai ibu anda kerana anda tidak tahu bila dia akan dipanggil oleh Penciptanya

Mak!  Saya sayang mak.

Antara dunia, hati dan tangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



gambar hiasan

Islam sama sekali tidak melarang pemeluknya untuk memiliki dunia dan segala isinya. Akan tetapi, waspadalah! Jangan sampai dunia masuk ke dalam hatimu. Karena sesungguhnya, apabila dunia berada di tanganmu, maka Andalah yang menguasainya dan Anda akan menggunakannya sekehendakmu. Akan tetapi, apabila dunia telah masuk ke dalam hatimu, maka dialah yang menguasai Anda dan Anda yang akan menjadi budaknya. Dia akan mempekerjakan Anda sekehendaknya.

(Seorang ahli hikmah)

18 Jun 2013

Masa dan cara yang sesuai untuk diet

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


gambar hiasan

Mohon mencelah sekejap.  Mood kerja tiba-tiba jatuh kegaung (kedaung) sebab perut lapar.  Hanya berlapikkan segelas pearl cafe dan nestum segera (3+1).  Rasanya masih belum cukup untuk mengisi ruang kosong dalam perut yang semakin deras berkocak...

Semuanya gara-gara malas nak ke kafe sana kerana menunya biasa-biasa dan mungkin juga tak memenuhi selera tekak yang terlampau memilih.  Perut lapar pun masih sempat memilih menu.

Maka disebabkan itulah terfikir untuk menulis mengenai diet.  Bukan kerana saya pakar diet atau pakar pemakanan tetapi sebab saya hanyalah seorang isteri, ibu dan blogger.  

Diet seorang isteri
Diet seorang isteri kerana hendak menjaga hati suami.  

Maklumlah bila rasa sana sini penuh lemak, perutpun macam mengandung 8 bulan walaupun tidak mengandung... hati mula terasa sendiri.  

Diet seorang ibu
Anak-anak pula mula bertanya soalan maut bercepu emas lagi... "Dalam perut umi ada baby ker? Yeayyy nak dapat baby lagi"... Jelingan manja harus segera dilemparkan.  

Harus mulakan diet sekarang juga.

Diet seorang blogger
Diet bukan dengan cara berlapar tetapi mengurangkan pengambilan makanan terutama makanan berlemak dan tinggi karbohidrat.... betul ke nie wei????

Soalan ini harus dijawab dan biasanya jawapan rakan blogger memberikan insprasi untuk terus berdiet dan berblogging... hahahah ada kaitan ker?  

Tiba-tiba teringat Menu Istimewa


"suka duka pentas dunia"

Bersiap-siap untuk meninggalkan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera



Ketahuilah! Sesungguhnya dunia telah bersiap-siap untuk meninggalkan kita dan sebaliknya akhirat telah bersiap untuk menjemput kita.
Masing-masing dari keduanya (dunia dan akhirat) memiliki anak-anak.
Jadilah kalian semua anak-anak akhirat dan janganlah kalian menjadi anak-anak dunia, karena sesungguhnya hari ini (dunia) adalah waktu untuk beramal tanpa ada hisab (perhitungan amal), sedangkan esok hari (akhirat) adalah saatnya hisab tanpa ada amalan.

('Ali bin Abi Thalib)

17 Jun 2013

Sambutan Hari Bapa di Restoran Nasi Ayam Fuziah Seri Iskandar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Agak lama juga tidak ke restoran Nasi Ayam Fuziah (Bazar Bulat) di Bandar U, Seri Iskandar.  Semasa awal pembukaannya sering juga ke sana pekena nasi goreng ayam, sedap!!!  Bila dah berpindah berhampiran restoran resepi rahsia... agak lama juga tunggu momentum untuk singgah.

Hanya beberapa hari lepas teringin pula nak makan di sana, tambahan pula kini restoran berkenaan buka dari pagi dengan menu biasa seperti Nasi Lemak, Mee Rebus, Pasembor, Mee Goreng Mamak dan roti canai.  Nasi ayam mula beroperasi mulai jam 12.00 tengahari.  Jadilah dulu untuk sarapan pagi terutama di hujung minggu yang sentiasa menjanjikan periuk belanga dan senduk segala galanya disimpan bersih.

Bila ke Restoran Nasi Ayam Fuziah, tidak sah bawa satu keluarga.  Memang kena bawa.  Harus ada pesanan makan dan minum untuk semua orang.  Didahului dengan anak-anak dan diikuti dengan umi dan ayah.

Setelah pesanan dibuat, sementara menantikan makanan di bawa ke meja apa kata kita bergambar dulu. Cheese.


Selamat Hari Ayah.  Tiga hero dalam keluarga  -  Ayah, Alif dan Abid.

Giliran Dina pula nak bergambar.  Eh... kenapa senyum macam tu?  Apa-apa aje lah

Yang ini satu.  Dah elok-elok senyum tiba-tiba melarikan muka pula.  Tak mahu tangkap gambar katanya.

Dan, yang ini adalah penulis blog ini.  Gambar ini ditangkap oleh anak lelakinya bernama Alif.  Mengapa hitam putih pula.  Biarlah lain sikit.... kan?

Dah selesai berposing, air minuman pun sampai.  Jom minum dulu.

Eh... tiada pula gambar minuman.  Kenapa tak tangkap?  Tak sempat sampai jer, memasing lepas baca Bismillah terus minum.  Tak sempat umi nak tangkap gambar.  

Tak apalah nanti kita kongsi gambar makanan pula, itupun yang sempat ditangkap.

Mee Rebus untuk umi berkongsi dengan Inas.  Gambar ni blurr skit berebut hp dengan Alif.

Pasembor untuk ayah.

Makanan lain ... roti canai dan mee goreng tak sempat nak tangkap gambarnya umi nak makan dan berebut pula dengan ayah nak jaga Abid.

Lepas ni nak datang tengahari atau petang sikit nak makan nasi goreng ayam... adakah rasanya masih sama.

Restoran Nasi Ayam Fuziah tetap di hati
Nasi ayam terbaik sedap tak terperi
Kekalkan kualiti dan kuantiti


Pelanggan datang pasti puas hati
.

Contoh nyata dan perilaku yang baik kepada anak kecil

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


corak hiasan

Sesungguhnya cara terbaik untuk menanamkan keimanan dan akhlak yang terpuji dalam diri anak kecil adalah dengan memberikan contoh nyata dan perilaku yang baik. Sesering apapun kita berbicara kepadanya tentang shalat –misalnya- maka tidak akan banyak berpengaruh, kecuali jika ia melihat kita (sebagai orang tua dan pendidik) senantiasa menjaga shalat lima waktu tepat pada waktunya.

(Abduh Majalli)

16 Jun 2013

Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com

Assalamualaikum 




Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.

Segmen ini hanya untuk hari ini sahaja, Ahad 16 Jun 2013 bermula dari jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malamMia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.

Hanya 4 langkah mudah diperlukan :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Follow & Blogwalking #3 Oleh Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini.
Pemilihan pemenang :
  1. 10 blog akan dipilih melalui random.org
  2. Pemenang dikehendaki memberikan satu URL entri terbaik dari blog mereka untuk di review di Mialiana.com
  3. URL entri terbaik hendaklah ditinggalkan di ruangan komen entri pengumuman pemenang nanti.

tunggu apa lagi... sila klik banner di atas untuk join....

Aksi di dalam kereta sorong

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Aksi bukan sebarang aksi 
Aksi Muhammad Abid belum lagi basi 
Sempena umurnya genap 8 bulan 1 hari 
Hari Ahad bukan hari lahir 

Ketika menulis tajuk entah mengapa tiba-tiba terbayang aksi yang terlihat beberapa bulan lepas di dalam kereta di lebuhraya timur barat di suatu tempat di Banjaran Titiwangsa. Meremang bulu roma bila difikirkan apa yang akan berlaku andainya kereta yang mereka naiki terbabas.  Entah kemana pergi sifat sabar dan rasa malu hingga tidak mengira tempat mereka buat begitu. Semoga diampun dosa mereka dan dosa kedua ibu bapa mereka. Segeralah kembali bertaubat. 

Kembali kepada tajuk hari ini, aksi Muhammad Abid di dalam kereta sorong. Setelah umurnya menginjak ke 8 bulan, semakin lincah dan pantas pula pergerakan. Letak saja dalam kereta sorong terus bingkas atas kepala hendak bangun. Kereta sorong perlu digerakkan segera.







Sekarang baru cuba letak dalam walker pula.  
Tidak boleh terus letak dan tinggal kena ada di sisi, tulangnya belum kuat lagi.



Rumahku Syurgaku